Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)

PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 07/ 2017

PENGESAHAN KAKITANGAN UNTUK MAJIKAN DI BAWAH:-

  1. JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN, K.LUMPUR.
  2. SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT - SPAD
  3. HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR, KEDAH.
  4. PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA – BERNAMA.
  5. MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD.
  6. JABATAN KERJA RAYA DAERAH SEPANG, SELANGOR.
  7. JABATAN KERJA RAYA DAERAH KLANG, SELANGOR.
  8. INSTITUT JANTUNG NEGARA.

Dimaklumkan bahawa majikan di atas telah mengeluarkan arahan dengan menyatakan bahawa kuasa menandatangani borang BPA hanya diberikan kepada pegawai-pegawai yang dilantik sahaja.

Dilampirkan bersama surat dari majikan tersebut, berkenaan dengan nama pegawai yang diberi kuasa menandatangani borang BPA untuk rujukan dan tindakan semua pelanggan BPA.

Semua pelanggan BPA perlu memastikan kakitangan di jabatan tersebut mendapat pengesahan dari pegawai yang dilantik sebagai kebenaran untuk ANGKASA menguruskan potongan gaji pada borang BPA 1/79 termasuk pinjaman bertindih (overlaping).

Pekeliling ini berkuatkuasa serta merta dan pelanggan BPA perlu mematuhi arahan ini.

Sekian.

“SADIK, AMANAH, TELUS”
Yang benar,

lampiran