Menu

MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB), agensi di bawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) memeterai kerjasama dengan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) untuk pengurusan wasiat.

Melalui kerjasama itu, MAAB mengunjur untuk menguruskan wasiat dengan aset terkumpul mencecah RM4 bilion dalam tempoh setahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ahmad Saruji Abdul Azizi berkata, sasaran itu dijangka mampu dicapai memandangkan Pos Malaysia mempunyai banyak saluran selain perkembangan positif yang ditunjukkan melalui program perintis dijalankan.

"Projek perintis dijalankan di 11 pejabat pos dan ia merekodkan sehingga 113 sijil wasiat dengan aset terkumpul bernilai RM40 juta.

"Ia akan diperluaskan kepada 587 pejabat pos di Semenanjung dan menjangkakan angka berkenaan akan mencecah 1,000 pendaftaran baru wasiat dalam tempoh setahun dengan nilai mencecah RM4 bilion, katanya selepas pelancaran kerjasama antara MAAB dan pos Malaysia di sini, semalam.

Majlis itu disaksikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Beliau berkata, melalui program perintis berkenaan statistik jualan bagi segmen penjualan wasiat dan rujukan di Pos Malaysia meningkat sehingga 100 peratus.

"Malah, ia turut mencatatkan peningkatan lebih tinggi setiap bulan sejak diperkenalkan dan kami berharap trend berkenaan akan konsisten pada masa akan datang," katanya.

Menurutnya, pengurusan wasiat itu tidak terhad kepada individu beragama Islam semata-mata kerana ia juga terbuka kepada mereka yang bukan Islam.

"Pengurusan wasiat tidak hanay terhad untuk mereka yang beragama Islam kerana terbuka kepada mana-mana individu.

"Ini kerana kami menyediakan perkhidmatan penulisan wasiat untuk individu Islam dan wasiat konvensional untuk mereka yang bukan beragama Islam," katanya.

Ahmad Saruji berkata, selain perkhidmatan pengurusan wasiat, pihaknya turut menawarkan khidmat pengurusan amanah dan hibah.

 

Sumber - Harian Metro

PELAWAT DI TALIAN

Terdapat 163 tetamu dan tiada ahli online

HUBUNGI ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Ungku A.Aziz . Jalan SS6/1
47301 Kelana Jaya . Petaling Jaya . Selangor

Tel : +603 7806 1977 (General Line)
Faks : +603 7884 6489 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak
Aras Bawah
Lot 496 Seksyen 6, KTLD
No. 19, Jalan Kulas 93400 Kuching,  Sarawak
Tel : +6082 239 401 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
Lot 13 . Lrg Grace Square . Jln Pantai Sembulan
88582 Kota Kinabalu . Sabah

Tel : +6088 255 917, +6088 250 151 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

STATISTIK PELAWAT LAMAN WEB

25948096
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lalu
Bulan Ini
Bulan Lalu
Keseluruhan
7876
7767
39131
3636705
187333
258945
25948096

IP Anda: 54.156.69.204
21-09-2017 20:46
Go to top