Menu

Setelah lima tahun menyewa rumah kedai di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur kini Koperasi Seniman Kuala Lumpur Berhad boleh menarik nafas lega apabila mempunyai premis baharu banglo dua tingkat yang terletak di Bukit cheras.

Presidennya, Datuk Jurey Latiff Rosli berkata, dengan adanya pejabat baharu ini membuktikan koperasi itu benar-benar komited untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dan cemerlang pada masa depan.

"Bangunan baharu ini bakal melancarkan lagi aktiviti sesama anggota koperasi berkenaan kerana sebelum ini kita terhad untuk menjalankan sebarang aktiviti kerana kawasan yang sempit.

"Saya juga berterima kasih kepada rakan artis, Den Wahab kerana berbesar hati menyewakan banglo miliknya kepada koperasi," katanya.

Dalam pada itu, Jurey juga menggalakkan penggiat seni tanah air supaya mendaftar diri menjadi ahli koperasi berkenaan kerana banyak manfaat yang boleh diperoleh.

"Setakat ini kita sudah memiliki seramai 72 ahli dan saya berani kata bahawa ini satu-satunya persatuan seniman yang menyediakan kad perubatan untuk ahlinya ketika ditimpa musibah.

"Skim insurans ini sangat penting sebagai perlindungan buat ahli koperasi ketika hari mendatang kelak," katanya.

Dalam perkembangan lain, Jurey berkata, pihaknya akan menjalinkan kerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dengan menghasilkan program majalah untuk siaran televisyen.

Program 13 episod itu bakal memaparkan cerita tentang koperasi yang terdapat di negara ini supaya masyarakat dapat mengenalinya dengan lebih dekat.

"Kita juga menyahut hasrat kerajaan untuk merealisasikan sasaran 16,000 koperasi pada 2020 nanti.

"Jadi dengan rancangan berbentuk majalah itu diharapkan masyarakat lebih peka tentang kepentingan menyertai koperasi," jelasnya.

Beliau ditemui ketika perasmian bangunan dan mesyuarat agung kali kelima koperasi itu baru-baru ini.

Antara artis yang turut hadir ialah Yusof Kelana, Den Wahab, Mubarak Majid dan Delimawati.

 

Sumber - Utusan Malaysia

PELAWAT DI TALIAN

Terdapat 164 tetamu dan tiada ahli online

HUBUNGI ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Ungku A.Aziz . Jalan SS6/1
47301 Kelana Jaya . Petaling Jaya . Selangor

Tel : +603 7806 1977 (General Line)
Faks : +603 7884 6489 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak
Aras Bawah
Lot 496 Seksyen 6, KTLD
No. 19, Jalan Kulas 93400 Kuching,  Sarawak
Tel : +6082 239 401 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
Lot 13 . Lrg Grace Square . Jln Pantai Sembulan
88582 Kota Kinabalu . Sabah

Tel : +6088 255 917, +6088 250 151 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

STATISTIK PELAWAT LAMAN WEB

25187733
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lalu
Bulan Ini
Bulan Lalu
Keseluruhan
2306
7730
44581
2872480
188549
202696
25187733

IP Anda: 54.80.175.56
23-06-2017 08:30
Go to top