Menu

Portal e-dagang terbaru, Shopeera akan dijadikan platform untuk memasarkan produk dan perkhidmatan gerakan koperasi di pasaran Malaysia dan rantau ASEAN.

Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyAngkasa Holdings Sdn Bhd (MHSB), Shaharuddin Mohamed, berkata Shoppera adalah hasil kerjasama pihaknya dengan Pertubuhan Koperasi ASEAN (ACO) dan syarikatnya D&B Concepts Sdn Bhd.

Beliau berkata, pelancaran platform e-dagang terbaru itu sebagai usaha membantu ahli koperasi mendapat akses pasaran dengan lebih meluas.

Manfaat 13,000 koperasi

"Ia mampu memberi manfaat kepada lebih 13,000 koperasi di seluruh negara untuk menerokai pasaran atas talian secara menyeluruh bukan saja bagi pasaran domestik, tetapi juga di peringkat rantau ASEAN.

"Shopeera juga menyediakan platform atas talian eksklusif kepada peniaga untuk menyenarai, menjual dan mempromosikan produk serta perkhidmatan mereka dalam dagangan maya dengan pembabitan pelbagai vendor," katanya.

Beliau berkata demikian selepas prapelancaran dan majlis menandatangani memorandum persefahaman, portal e-dagang, Shopeera di Kelana Jaya, semalam. Portal terbabit dijangka dilancarkan secara rasmi bulan depan.

Sasar tarik 7.4 juta pengguna

Majlis prapelancaran itu disempurnakan Timbalan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Sdn Bhd (ANGKASA), Muthado Bahri dan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif D&B Concepts Sdn Bhd, Daniel Phan.

Sementara itu, Phan berkata, sebagai permulaan pihaknya menyasarkan Shoppera mampu menarik 7.4 juta pengguna yang merangkumi ahli koperasi di seluruh negara.

"Dalam tempoh tiga bulan ini, kami sasar untuk meraih RM3 juta nilai transaksi sebulan menerusi penjualan produk yang disediakan dalam platform e-dagang terbaru ini.

"Ada lebih 20,000 produk merangkumi pelbagai segmen seperti makanan dan minuman; fesyen; kelengkapan rumah dan gajet dijual dalam Shopeera," katanya.

Beliau berkata, pihaknya memperuntukkan kira-kira RM500,000 bagi kos permulaan portal berkenaan termasuk penyediaan pejabat serta promosi.

"Harga produk serta perkhidmatan ditawarkan dalam Shopeera adalah 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran dan ia menyediakan pelbagai rangkaian produk dari dalam dan luar negara," katanya.

Melangkah ke hadapan, Phan berkata, pihaknya akan menerokai pasaran luar negara bagi memperluaskan pasaran portal itu.

"Setakat ini kita akan memfokuskan pasaran domestik tetapi berusaha untuk mencapai sasaran pasaran ke enam negara antaranya Indonesia, Filipina dan China sebelum akhir tahun ini," katanya.

 

Sumber - Berita Harian

PELAWAT DI TALIAN

Terdapat 168 tetamu dan tiada ahli online

HUBUNGI ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Ungku A.Aziz . Jalan SS6/1
47301 Kelana Jaya . Petaling Jaya . Selangor

Tel : +603 7806 1977 (General Line)
Faks : +603 7884 6489 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak
Aras Bawah
Lot 496 Seksyen 6, KTLD
No. 19, Jalan Kulas 93400 Kuching,  Sarawak
Tel : +6082 239 401 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
Lot 13 . Lrg Grace Square . Jln Pantai Sembulan
88582 Kota Kinabalu . Sabah

Tel : +6088 255 917, +6088 250 151 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

STATISTIK PELAWAT LAMAN WEB

25187744
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lalu
Bulan Ini
Bulan Lalu
Keseluruhan
2317
7730
44592
2872480
188560
202696
25187744

IP Anda: 54.80.175.56
23-06-2017 08:31
Go to top