Menu

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menerusi anak syarikatnya, MyAngkasa Farmasi Sdn Bhd menjalinkan kerjasama strategik bersama Kumpulan HR, syarikat pengeluar dan pengeksport produk kesihatan.

Menerusi kerjasama ini, MyAngkasa Farmasi dan Kumpulan HR menawarkan peluang perniagaan dalam program keusahawanan 'Cocoa Pacak' dan program pembekalan produk-produk HR ke pasaran koperasi.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, kolaborasi ini akan meningkatkan pendapatan koperasi menerusi produk HR Marketing yang terpilih.

"Keistimewaan program ini adalah konsepnya yang lengkap dan bakal memberikan manfaat kepada koperasi dan ahli Angkasa.

"Selain latihan dan motivasi, Angkasa juga akan memberikan kemudahan modal pinjaman," katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kolaborasi kerjasams strategik bersama Kumpulan HR di Kelana Jaya, semalam. 

Turut hadir, Pengerusi MyAngkasa Farmasi, Datuk Aliasak Ambia yang juga merupakan Naib Presiden Angkasa.

Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HR, Datuk Hashim Jahaya yakin program keusahawanan tersebut akan lebih berkembang dengan jaringan pemasaran yang disediakan menerusi Angkasa.

"Program ini dilancarkan sejak tiga bulan lalu dan dalam tempoh tersebut, HR berjaya menjual sebanyak 1.5 juta cawan menerusi 200 peniaga Cocoa Pacak.

"Dengan kerjasama ini, saya menyasarkan 10,000 peniaga menjelang pertengahan tahun dengan jualan lebih tinggi," katanya.

Hashim berkata, HR juga bakal memasarkan kesemua produknya menerusi jaringan perniagaan tersebut.

Katanya, HR juga akan mempelbagaikan konsep perniagaan, termasuk menggunakan motosikal roda tiga dan 'food truck'.

PELAWAT DI TALIAN

Terdapat 165 tetamu dan tiada ahli online

HUBUNGI ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Ungku A.Aziz . Jalan SS6/1
47301 Kelana Jaya . Petaling Jaya . Selangor

Tel : +603 7806 1977 (General Line)
Faks : +603 7884 6489 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak
Aras Bawah
Lot 496 Seksyen 6, KTLD
No. 19, Jalan Kulas 93400 Kuching,  Sarawak
Tel : +6082 239 401 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
Lot 13 . Lrg Grace Square . Jln Pantai Sembulan
88582 Kota Kinabalu . Sabah

Tel : +6088 255 917, +6088 250 151 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

STATISTIK PELAWAT LAMAN WEB

25187738
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lalu
Bulan Ini
Bulan Lalu
Keseluruhan
2311
7730
44586
2872480
188554
202696
25187738

IP Anda: 54.80.175.56
23-06-2017 08:31
Go to top