Menu

Model 'Koperasi Kariah Masjid' boleh dijadikan kaedah baru untuk menjana pendapatan sekali gus membentuk penduduk setempat serta ahli koperasi jenis itu untuk meraih pendapatan sampingan menerusi pelbagai bidang perniagaan.

Biarpun koperasi jenis itu adalah model perniagaan baru, namum kaedah berkenaan membuka pelbagai ruang untuk memperoleh pendapatan sampingan selain merancakkan ekonomi penduduk setempat.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, banyak bidang perniagaan boleh diceburi oleh koperasi model ini sama seperti jenis lain.

"Mereka (ahli koperasi ini) boleh mencuba bidang perniagaan dalam sektor hartanah, perniagaan runcit, pelancongan dan sebagainya. Cuma memerlukan mereka kreatif dalam memikirkan bidang perniagaan untuk diceburi.

"ANGKASA optimis bahawa koperasi kariah ini akan mencapai perolehan keuntungan melebihi RM1 juta jika semua pihak berganding bahu menjayakan model koperasi baru itu," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kariah Masjid Bukit Indah, Ampang, dekat sini.

Katanya, negara ini mempunyai kira-kira 6,222 masjid, manakala surau yang boleh mendirikan solat Jumaat berjumlah 344 dan angka itu menunjukkan jaringan yang begitu luas untuk menjayakan koperasi ini.

Sehingga kini, Abdul Fattah berkata, sebanyak 409 koperasi kariah sudah ditubuhkan manakala 483 lagi masih dalam proses penubuhan.

"Kita menyasarkan sebanyak 1,000 koperasi kariah masjid ditubuhkan dalam tempoh setahun dua ini dan berdasarkan situasi terkini, sasaran itu mampu dicapai," katanya.

Mengulas lanjut berhubung perkara itu, katanya, model perniagaan berkenaan ammpu berjaya dengan cemerlang kerana membabitkan jumlah koperasi yang besar jika semua masjid di seluruh negara mengambil langkah sedemikian.

"Jumlah ini amat besar dan jika kita menggunakan sepenuhnya iaitu semua masjid mempunyai koperasi kariah, sudah pasti ia satu perniagaan yang amat kukuh," katanya.

PELAWAT DI TALIAN

Terdapat 153 tetamu dan tiada ahli online

HUBUNGI ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Ungku A.Aziz . Jalan SS6/1
47301 Kelana Jaya . Petaling Jaya . Selangor

Tel : +603 7806 1977 (General Line)
Faks : +603 7884 6489 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak
Aras Bawah
Lot 496 Seksyen 6, KTLD
No. 19, Jalan Kulas 93400 Kuching,  Sarawak
Tel : +6082 239 401 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
Lot 13 . Lrg Grace Square . Jln Pantai Sembulan
88582 Kota Kinabalu . Sabah

Tel : +6088 255 917, +6088 250 151 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

STATISTIK PELAWAT LAMAN WEB

25948081
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lalu
Bulan Ini
Bulan Lalu
Keseluruhan
7861
7767
39116
3636705
187318
258945
25948081

IP Anda: 54.156.69.204
21-09-2017 20:44
Go to top