Menu

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menggesa golongan ibu bapa melibatkan diri secara aktif dalam koperasi sekolah bagi meningkatkan perniagaannya.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, ia boleh dilakukan dengan menambahkan jumlah saham koperasi sekolah.

"Puratanya, setiap individu (ibu bapa) melabur di koperasi sekolah RM10, kalau dapat ditingkatkan jumlah itu (kepada) RM100, maka (ia memberi) impak besar kepada senario perniagaan koperasi sekolah," katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kelana Jaya dan koperasi baharu sekolah itu di sini, hari ini.

Pada masa sama, Abdul Fattah mahu setiap koperasi sekolah merangka strategi menyediakan barang keperluan komuniti bagi menggalakkan penglibatan ibu bapa.

"Ketika ini, ada sebanyak 500 koperasi sekolah yang menjual barangan runcit harian seperti gula, tepung dan beras yang boleh dibeli tanpa perlu ke kedai atau pasar raya.

"Secara tidak langsung, keuntungan hasil perniagaan koperasi sekolah itu dapat disalurkan semula dalam menjayakan kegiatan pelajar selain menjadi platform untuk mereka mempelajari kemahiran keusahawanan." katanya

 

Sumber - Mingguan Malaysia

PELAWAT DI TALIAN

Terdapat 148 tetamu dan tiada ahli online

HUBUNGI ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Ungku A.Aziz . Jalan SS6/1
47301 Kelana Jaya . Petaling Jaya . Selangor

Tel : +603 7806 1977 (General Line)
Faks : +603 7884 6489 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak
Aras Bawah
Lot 496 Seksyen 6, KTLD
No. 19, Jalan Kulas 93400 Kuching,  Sarawak
Tel : +6082 239 401 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
Lot 13 . Lrg Grace Square . Jln Pantai Sembulan
88582 Kota Kinabalu . Sabah

Tel : +6088 255 917, +6088 250 151 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

STATISTIK PELAWAT LAMAN WEB

24622855
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lalu
Bulan Ini
Bulan Lalu
Keseluruhan
839
7709
36701
2319769
237494
152461
24622855

IP Anda: 54.161.138.15
31-03-2017 03:13
Go to top