Menu

Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA diwujudkan selepas penstrukturan baru dilaksanakan dalam bulan Ogos 2015. Bahagian ini berfungsi menyediakan perkhidmatan ICT bagi keseluruhan ANGKASA termasuk menyokong operasi sistem komputer BPA serta keperluan bagi pembangunan koperasi melalui sektor peneraju utama ekonomi. Ketua Pegawai Teknologi Maklumat bertanggungjawab untuk mengurus operasi Bahagian Teknologi Maklumat serta aktiviti Sektor Inovasi, Teknologi & Telekomunikasi yang menjadi peneraju untuk membangunkan ekonomi koperasi dalam bidang teknologi dan telekomunikasi.

Visi & Misi

ANGKASA menjadi penyedia perkhidmatan ICT yang terbaik serta berperanan melahirkan masyarakat koperasi yang berinovasi, memaksimum produktiviti dan menjadi pusat rujukan teknologi maklumat bagi sektor koperasi, melalui pelan strategi berikut ;

  • Menyediakan perkhidmatan ICT berkualiti yang inovatif dan responsif.
  • Meningkatkan kemahiran teknikal dan kesedaran keselamatan ICT dikalangan warga ANGKASA dan gerakan koperasi.
  • Menyediakan infostruktur ICT dengan teknologi terkini bagi menyokong operasi ANGKASA serta mempastikan kelancaran perkhidmatan ANGKASA sebagai badan apex gerakan koperasi.

Bengkel Penggunaan Teknologi Maklumat (ICT)

Sepanjang tahun 2016 sebanyak 45 bengkel latihan penggunaan teknologi maklumat telah dilaksanakan oleh ANGKASA dengan kehadiran seramai 1,928 koperator. Setiap koperator berpeluang mendapat pengetahuan teknikal dan membuat praktikal penggunaan aplikasi ICT yang memberi manfaat kepada pembangunan perniagaan koperasi secara online.

Berikut adalah ringkasan aktiviti dalam tahun 2016.

Modul Bilangan Penyertaan
Bengkel Pembangunan Laman Web Koperasi JOOMLA 12 kali 345 peserta
Bengkel e-Dagang Shopping Chart & Eniaga Coop 10 kali 472 peserta
Bengkel Kreatif Grafik 4 kali 156 peserta
Bengkel Aplikasi e-Anggota Koperasi 14 kali 508 peserta
Bengkel Portal JustKlik.my 3 kali 70 peserta
Bengkel e-Usahawan Koperasi 2 kali 97 peserta

Pembangunan Aplikasi ICT Koperasi & Inovasi

Bahagian Teknologi Maklumat juga telah membangunkan sistem kira undi digital (e-Undi) berkonsep ”paper-less” yang menggunakan paparan sesentuh IPAD (touch screen). Penggunaan aplikasi ini masih dalam peringkat penyesuaian prosedur dengan peraturan undian yang telah biasa dijalankan oleh ANGKASA dan juga koperasi lain.

Unit ICT mengendalikan laman web rasmi ANGKASA ’angkasa.coop’ dan juga laman web bagi 180 koperasi dengan menggunakan sub-domain ’mykoperasi.coop’.

Unit Komputer terlibat bersama Bahagian Perkhidmatan Syariah membangunkan aplikasi web TAWARUQ ANGKASA bagi kegunaan koperasi kredit yang memberi pembiayaan secara tawarruq. Projek melibatkan integrasi dengan Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) dan Sistem As-Sidq yang menguruskan pembelian komoditi airtime secara pukal dan patuh syariah.

Perkhidmatan Koperasi

Bahagian Teknologi Maklumat menyediakan perkhidmatan sistem pendaftaran (versi Ipad) dan sistem kira undi digital (paper-less) untuk mesyuarat tahunan koperasi dan juga agensi lain seperti CUEPACS. Caj perkhidmatan yang berpatutan akan dikenakan mengikut jumlah keanggotaan, perkakasan IT dan tenaga kerja yang dibekalkan secara ’out-sourcing’ kepada koperasi. Sepanjang tahun 2016 sebanyak 22 koperasi dan organisasi bukan koperasi telah menggunakan perkhidmatan ANGKASA dan menghasilkan pendapatan tambahan hampir RM 76,738 setahun.

Sistem kira undi digital (versi Ipad) yang telah dibangunkan ANGKASA serta diuji oleh pihak ketiga bagi mempastikan tahap keselamatan aplikasi dan kebolehpakaian untuk kegunaan umum. Sijil keselamatan produk (IT Product Security Assurance) akan disediakan oleh CyberSecurity Malaysia.

Konvensyen ICT-COOP dan Inovasi Koperasi 2016

Pada 23-24hb September 2016, ANGKASA telah menganjurkan konvensyen ICT peringkat kebangsaan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan koperasi dalam bidang teknologi maklumat serta memberi pendedahan peluang ICT atau inovasi yang boleh diceburi oleh sektor koperasi untuk meningkatkan pendapatan. Seramai 280 koperator telah hadir semasa majlis perasmian        di Hotel Royale Bintang, Seremban. Majlis perasmian disempurna oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang mewakili Menteri MOSTI serta turut dihadiri oleh Presiden ANGKASA, Jawatankuasa Tabdir Kebangsaan ANGKASA.

Beberapa penceramah dari agensi kerajaan dan koperasi telah dijemput berkongsi pengalaman.

  • CyberSecurity Malaysia – ”Pengurusan Risiko dan Keselamatan Maklumat Peribadi”
  • Malaysian Digital Economy Corporation – ”Inisiatif Dalam Pembangnan Usahawan Siber”
  • SIRIM – ”Pembungkusan Menggunakan Teknologi Hijau”
  • Koperasi Pos Nasional Malaysia – ”Portal Perniagaan Justklik Bagi Sektor Peruncitan”
  • Koperasi Bekas Pelajar Sekolah Izzudin Shah – ”Aplikasi Telefon Mudahalih 1Koop 1Mobile”
  • Koperasi Alumni Sek Men Teknik – ”Aplikasi ICT Pembangunan Kerjaya Remaja”
  • Zul Design Autotronic Sdn Bhd – “Pengalaman Dalam Inovasi”
  • MyANGKASA Services Bhd – “MYKAD Smart Shopper”

MAKLUMAT PERHUBUNGAN 

ENCIK MOHD. SOFIAN OSMAN
Ketua Pegawai Teknologi Maklumat / Sektor Inovasi, Teknologi dan Telekomunikasi
Telefon: +603 - 7800 7805 Faks: +603 - 7884 6464 E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

TUAN HAJI NOORASHIDI NAZARI
Pengurus Besar
Telefon: +603 - 7800 7889 Faks: +603 - 7884 6488 E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pejabat Bahagian Teknologi Maklumat (Tingkat 2)
 Wisma Ungku A. Aziz,
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor

Pejabat Ketua Pegawai Teknologi Maklumat (Tingkat 4)
 Wisma Ungku A. Aziz,
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor

PELAWAT DI TALIAN

Terdapat 138 tetamu dan tiada ahli online

HUBUNGI ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Ungku A.Aziz . Jalan SS6/1
47301 Kelana Jaya . Petaling Jaya . Selangor

Tel : +603 7806 1977 (General Line)
Faks : +603 7884 6489 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak
Aras Bawah
Lot 496 Seksyen 6, KTLD
No. 19, Jalan Kulas 93400 Kuching,  Sarawak
Tel : +6082 239 401 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
Lot 13 . Lrg Grace Square . Jln Pantai Sembulan
88582 Kota Kinabalu . Sabah

Tel : +6088 255 917, +6088 250 151 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

STATISTIK PELAWAT LAMAN WEB

25187487
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lalu
Bulan Ini
Bulan Lalu
Keseluruhan
2060
7730
44335
2872480
188303
202696
25187487

IP Anda: 54.80.175.56
23-06-2017 07:51
Go to top