Menu

VISI

Peneraju Kecemerlangan Koperasi dengan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Binaan menjelang 2020.

MISI

  1. Mengenal pasti dan memajukan perniagaan baru untuk koperasi yang berpotensi.
  2. Membangun dan memperkukuhkan aktiviti perniagaan koperasi yang sedia ada.
  3. Mewujudkan jaringan perniagaan koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa.

MOTTO SEKTOR

Hartanah adalah aset koperasi

PERANAN & FUNGSI SEKTOR

  1. Merangsang dan membangunkan aktiviti perniagaan koperasi yang terlibat dalam Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Binaan
  2. Membina rangkaian perniagaan koperasi dalam bidang ini.
  3. Menjadi organisasi pemudahcara untuk perancangan pembangunan hartanah dan projek koperasi.

OBJEKTIF SEKTOR

  1. Membuka peluang koperasi untuk menceburi pembangunan hartanah dan industri binaan.
  2. Membimbing koperasi mencapai kadar pertumbuhan pendapatan yang mampan.
  3. Menyediakan platform kepada koperasi untuk berunding dan mencipta persetujuan usahasama projek antara koperasi.

CARTA ORGANISASI

 b_660_0_16777215_00_images_Carta-Organisasi-Bahagian-Pengurusan-Aset-Dan-Hartanah--edited.jpg

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

TUAN HAJI ZOLKEFLI OTHMAN
Pengurus Besar
Bahagian Pengurusan Aset & Hartanah ANGKASA

Suite A-306, Tingkat 1, Block A
 Glomac Business Centre
Jalan SS 6/3, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Telefon: +603 - 7803 0494 / 0469 / 0347 Faks: +603 - 7802 8274 E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 


KONSORTIUM KOPERASI HARTANAH NEGARA BERHAD

1. Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad telah didaftarkan pada 28 Oktober 2016 di alamat No. 14-01, Jalan Tun Abdul Razak, Susur 6, Taman Suria Muafakat, 80200 Johor Bahru, Johor. Suruhanjaya Koperasi Malaysia bersetuju meluluskan penubuhan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Fungsi utama Konsortium Koperasi inni adalah pembangunan hartanah dan kawasan operasi seluruh Malaysia.  Kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh konsortium koperasi seperti berikut:-

  1. Pembangunan hartanah, perunding, pengurusan projek, pemaju, kontraktor dan sub kontraktor;
  2. Membina rumah kediaman, kondominium, pangsapuri, rumah kedai, permis perniagaan, bangunan pejabat dan perumahan milik agensi;
  3. Membeli dan memiliki tanah untuk mendirikan bangunan atau bangunan atau rumah – rumah kediaman atau dipecahkan kepada lot-lot perumahan untuk anggotanya atau membeli rumah-rumah, bangunan dan tapak rumah serta bangunan serta menjual, memajak, mencagar, memindahkan tanah dan rumah- rumah itu kepada anggota- anggotanya.
  4. Menyediakan kemudahan pembiayaan bagi anggota membeli hartanah yang dimajukan oleh koperasi;
  5. Menjalankan aktiviti pembekalan dan pemasaran bahan binaan;
  6. Membeli, menebus, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan , menyewa, mencagar ,memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta  tak alih;
  7. Melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;
  8. Mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya;
  9. Menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan; dan
  10. Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi- koperasi yang termasuk dalam dan antarabangsa.

2. Keanggotaan

Sehubungan dengan itu koperasi ini membuka keanggotaan kepada koperasi-koperasi yang berdaftar dengan ANGKASA di seluruh negara yang didaftarkan di bawah Akta sebagai koperasi asas.

3. Permohonan menjadi anggota

Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi koperasi ini dan dialamatkan setiausaha koperasi atau pegawai koperasi yang dipertanggungjawabkan. Klik di sini untuk muat turun borang.

4. Fi masuk

Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan fi masuk sebanyak RM500.00 (Ringgit: Lima Ratus sahaja)

5. Perolehan hak, kewajipan dan liabiliti anggota

Menurut Seksyen 28 Akta tiap- tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran RM5000.00 (Ringgit: Lima Ribu sahaja ) syer boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota, sebagaimana terkandung di dalam undang - undang kecil koperasi ini.

6. Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Permulaan Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad ini telah diadakan pada 4 September 2016 bertempat di Hotel International, Kuala Lumpur. 

Anggota Lembaga Koperasi Hartanah Negara Berhad terdiri daripada:-

  1. Prof. Madya Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan (Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Bhd) - Pengerusi
  2. Encik Sazali Abd Hamid (Koperasi kakitangan Perkhidmatan Pendidikan Negeri Johor Berhad) - Setiausaha
  3. Hj. Mustafa Salleh (Koperasi Al – Hilal Malaysia Berhad) -  Bendahari
  4. Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa (Koperasi Wawasan Malaysia Berhad)
  5. Hj Muslim Md Shah (Koperasi Pembangunan Usahawan Dan Bakal Usahawan Malaysia Berhad))
  6. Encik Fadzil Hussin (Koperasi Guru- Guru Muar Berhad)
  7. Hj Ismail Muda (Koperasi Peka Malaysia Berhad)
  8. Puan Seri Hariati Hashim (Koperasi Usahawan Binaan Selangor Berhad)
  9. Encik Ahmad Gidi (Kopperasi Kariah Surau Ikhwanul Muslimin Berhad)
  10. Datuk Hj Azih Muda (Koperasi Kospeta Malaysia Berhad)
  11. Encik Mohd Shahrin Mohd Ali (Koperasi Permodalan Felda Berhad)
  12. Datuk Hj Mohammad Feisol Hj Hassan (Koperasi Shamelin Berhad)
  13. Encik Mohamad Yusof Mohd Taib (Koperasi Peniaga Hilir Perak Berhad)
  14. Encik Yusof bin Hashim ( Koperasi Gabungan Negeri Pulau Pinang Berhad)
  15. Encik Vistor Anahong @ Victor ( Koperasi Towud Apin- Apin Keningau Berhad)

7. Sebarang pertanyaan dan keterangan lebih lanjut sila berhubung dengan Setiausaha Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad, Encik Sazali Abd. Hamid.

No. Tel:- +607 - 238 4457
No. Faks:- +607 - 235 4584
E-mel:- Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

PELAWAT DI TALIAN

Terdapat 258 tetamu dan tiada ahli online

HUBUNGI ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Ungku A.Aziz . Jalan SS6/1
47301 Kelana Jaya . Petaling Jaya . Selangor

Tel : +603 7806 1977 (General Line)
Faks : +603 7884 6489 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak
Aras Bawah
Lot 496 Seksyen 6, KTLD
No. 19, Jalan Kulas 93400 Kuching,  Sarawak
Tel : +6082 239 401 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
Lot 13 . Lrg Grace Square . Jln Pantai Sembulan
88582 Kota Kinabalu . Sabah

Tel : +6088 255 917, +6088 250 151 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

STATISTIK PELAWAT LAMAN WEB

25468642
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lalu
Bulan Ini
Bulan Lalu
Keseluruhan
5378
8959
42372
3157018
224485
244973
25468642

IP Anda: 54.80.158.127
27-07-2017 14:51
Go to top