Menu

LATAR BELAKANG

Demi memastikan Kelestarian Keusahawanan Koperasi khususnya kepada ahli-ahli ANGKASA, Bahagian Pembangunan Kepenggunaan (BPK) ANGKASA telah di amanahkan untuk  membantu koperasi ke arah kecemerlangan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan sesuai dengan Pelan Tindakan Koperasi  di bawah Dasar Koperasi Negara ke-2. Dalam Usaha bagi mencapai hasrat tersebut,  pada bulan Julai 2015,  Jawatan Kuasa Tadbir Kebangsaan (JTK)  telah memberi tanggungjawab kepada  bahagian ini untuk membangunkan koperasi di dalam dua sektor keberhasilan utama iaitu:

  1. Sektor Pemborongan dan Peruncitan
  2. Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri Dan Kesihatan

Fungsi utama bahagian adalah  untuk meransang dan membangunkan perniagaan  koperasi-koperasi  ahli ANGKASA dalam menjana pendapatan melalui aktiviti  dan projek  di  bawah sektor pemborongan dan peruncitan serta di bawah sektor pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan.  Antara projek dan  perkhidmatan yang sedang dijalankan di bawah sektor pemborongan dan peruncitan adalah, projek pembangunan produk, projek pembangunan Pusat pengumpulan, pembangunan outlet retail dan juga promosi pemasaran di dalam dan luar negara. Manakala projek dibawah sektor pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan pula adalah membangunkan perniagaan dibawah koperasi jaringan iaitu, jaringan CoopHotel, CoopStay, Pelancongan Koperasi Sekolah (ISTAC), CoopSpa, CoopDialisis dan juga CoopFarmasi. Melalui projek-projek yang telah dirancang dan akan dilaksanakan ini,  akhirnya diharap dapat menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negara disamping meningkatkan taraf hidup anggota koperasi yang berkaitan serta mengurangkan kos sara hidup melalui projek-projek yang telah dilaksanakan.

VISI

Peneraju Pembangunan Koperasi Dalam Bidang Perniagaan Dan Keusahawanan  Yang Profesional Menjelang Tahun 2020.

MISI

Menyediakan program yang berkualiti dan berimpak tinggi serta meransang penglibatan koperasi dalam sektor pemborongan peruncitan serta sektor pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan melalui pengurusan dan perkhidmatan yang profesional.

PERANAN & FUNGSI BAHAGIAN

  1. Bertanggungjawab sebagai peneraju kepada dua sektor iaitu Sektor Pemborongan dan Peruncitan serta Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan.
  2. Berperanan sebagai peneraju pembangunan koperasi di bawah kedua-dua sektor seliaannya.
  3. Memantau segala aktiviti sektor seliaannya supaya bergerak mengikut fungsi dan peranan sektor masing-masing dalam membangunkan koperasi dengan menyediakan program yang berkualiti dan berimpak tinggi.

CARTA ORGANISASI

b_660_0_16777215_00_images_Carta-Organisasi-Bahagian-Perkhidmatan-Kepenggunaan.jpg

CARTA PENGURUSAN KANAN BPK

b_660_0_16777215_00_images_Carta-Organisasi-Pengurusan-Kanan-Bahagian-Perkhidmatan-Kepenggunaan.jpg

FOTO

Promosi Produk-Produk di bawah Program "100 Product Champion" di Pasaraya AEON BIG

Lawatan ke Pameran Western China International Fair 2016 di Chengdu, China

Sinar Haemodialysis

Koperasi Homestay Kampung Rawa Lenggeng Negeri Sembilan Berhad

Bengkel Potensi Perniagaan CoopDialisis

 Bengkel Kemahiran Anatomi dan Fisiologi

 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

TUAN HAJI. ANUAR BULIN
Pengurus Besar
Bahagian Perkhidmatan Kepenggunaan

Pejabat Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kepenggunaan
 No.110, Blok C, Glomac Business Centre
Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 - 7884 6777 Faks: +603 - 7803 2074

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook: http://facebook.com/BahagianPerkhimatanKepenggunaan

 

DIREKTORI BAHAGIAN PENTADBIRAN BPK

 

June 2017
S M T W T F S
28 29 30 31 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 1

PELAWAT DI TALIAN

Terdapat 148 tetamu dan tiada ahli online

HUBUNGI ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Ungku A.Aziz . Jalan SS6/1
47301 Kelana Jaya . Petaling Jaya . Selangor

Tel : +603 7806 1977 (General Line)
Faks : +603 7884 6489 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak
Aras Bawah
Lot 496 Seksyen 6, KTLD
No. 19, Jalan Kulas 93400 Kuching,  Sarawak
Tel : +6082 239 401 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
Lot 13 . Lrg Grace Square . Jln Pantai Sembulan
88582 Kota Kinabalu . Sabah

Tel : +6088 255 917, +6088 250 151 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

STATISTIK PELAWAT LAMAN WEB

25187614
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lalu
Bulan Ini
Bulan Lalu
Keseluruhan
2187
7730
44462
2872480
188430
202696
25187614

IP Anda: 54.80.175.56
23-06-2017 08:14
Go to top