Menu

Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) telah beroperasi sejak April 1977 dan telah diubah nama kepada Bahagian Perkhidmatan Kredit Dan Perbankan (BPKP) mulai tahun 2011.

Peranan utama BPKP ialah menguruskan tugas yang berkaitan proses pemotongan gaji anggota koperasi yang mempunyai pendapatan tetap melalui jabatan (majikan). BPKP tidak membuat potongan terus dari sistem gaji jabatan, tetapi menjadi pengantara dengan menyediakan maklumat potongan yang dihantar dan disahkan oleh koperasi dan maklumat itu kemudian akan dihantar kepada majikan untuk membuat potongan terus dari gaji anggota koperasi. Bayaran untuk tuntutan potongan gaji itu akan dikembalikan semula kepada ANGKASA dan kemudiannya memproses agihan bayaran kepada koperasi mengikut rekod tuntutan anggota koperasi atau organisasi.

VISI

Perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan memenuhi hasrat serta keperluan pelanggan.

MISI

Penyedia perkhidmatan potongan gaji yang terunggul serta berinovasi.

STRATEGI

1. Meningkatkan transaksi BPKP 10% pada setiap tahun

  • Jumlah tuntutan pelanggan BPKP yang diurus melalui jabatan dan majikan swasta
  • Bilangan anggota (pelanggan BPKP) menggunakan khidmat potongan gaji

2. Penggunaan teknologi ICT secara menyeluruh dan berinovasi mengikut perkembangan semasa

3. Peruntukan R&D selaras dengan pasaran dan permintaan semasa perkhidmatan potongan gaji

4. Meningkatkankeyakinan dan keboleh percayaan pelanggan dan masyarakat

  • Pelanggan berpuas hati dengan mutu perkhidmatan potongan gaji
  • Tempoh masa proses tuntutan adalah cepat dan tepat
  • Proses bayaran pelanggan adalah cepat dan tepat

5. Meningkatkan pendapatan melalui perkhidmatan berinovasi

FUNGSI UNIT DAN KUMPULAN KERJA

1. Unit Urusan Tuntutan Potongan bertangungjawab memproses arahan potongan baru melalui borang kebenaran BPA 1/79 atau perubahan rekod menggunakan arahan BPA 2/79 yang diisi oleh individu melalui koperasi atau organisasi (pelanggan BPA). Sebelum tahun 2000, kerka memproses borang dilaksanakan melalui sistem "batching'. Semasa pelaksanaan sistem AIMS, borang diproses menggunakan teknologi imej di mana maklumat yang ditulis tangan pada borang akan diterjemah menggunakan software ICR (intelligent character recognition). Pada tahun 2007, penggunaan SPGA membolehkan data dimasukkan terus oleh pelanggan secara talian terus (online). Proses menambahbaikan untuk memproses arahan potongan tanpa borang (kertas) sedang dilaksanakan secara berperingkat dengan pelanggan yang menyediakan sistem komputer yang boleh berintegrasi menggunakan kaedah "web services" dan melaksanakan prosedur kawalan dalaman yang diururskan dengan baik.

2. Unit Akaun Kutipan bertanggungjawab mengutip bayaran dari pelbagai jabatan dan menguruskan agihan wang melalui akaun bank kepada pelanggan BPA.

3. Unit Komputer berfungsi untuk menyokong operasi sistem berkomputer dan sebagai pihak yang menyelia infrastruktur komputer.

4. Unit Perhubungan Pelanggan berfungsi untuk mengendalikan segala aduan dan juga pertanyaan sama ada daripada ahli koperasi, koperasi atau pelanggan-pelanggan BPA. Unit Perhubungan Pelanggan dikategorikan kepada (3) kumpulan iaitu kumpulan menjawab panggilan telefon, kumpulan menjawab surat dan e-mel dan kumpulan khidmat kaunter.

5. Unit Pelaporan Kredit untuk mempromosi dan menyediakan kemudahan sistem semakan kredit individu (SPeKAR).

6. Operasi cawangan di Sabah dan Sarawak bertanggungjawab memproses borang BPA yang diarahkan oleh pelanggan BPA dari sekitar negeri Sabah dan Sarawak serta juga membantu menyelesaikan masalah pelanggan dan individu yang terlibat dengan potongan gaji.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

ENCIK MOHAMAD DARULNIZAM MAT DARUS
Pengurus Besar
Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan ANGKASA

Pejabat Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan ANGKASA (Tingkat 5)
 Wisma Ungku A. Aziz,
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 - 7884 6437 / +603- 7884 6469 Faks: +603 - 7804 6722 E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

July 2017
S M T W T F S
25 26 27 28 29 30 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31 1 2 3 4 5

PELAWAT DI TALIAN

Terdapat 235 tetamu dan tiada ahli online

HUBUNGI ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Ungku A.Aziz . Jalan SS6/1
47301 Kelana Jaya . Petaling Jaya . Selangor

Tel : +603 7806 1977 (General Line)
Faks : +603 7884 6489 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak
Aras Bawah
Lot 496 Seksyen 6, KTLD
No. 19, Jalan Kulas 93400 Kuching,  Sarawak
Tel : +6082 239 401 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
Lot 13 . Lrg Grace Square . Jln Pantai Sembulan
88582 Kota Kinabalu . Sabah

Tel : +6088 255 917, +6088 250 151 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

STATISTIK PELAWAT LAMAN WEB

25468526
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lalu
Bulan Ini
Bulan Lalu
Keseluruhan
5262
8959
42256
3157018
224369
244973
25468526

IP Anda: 54.80.158.127
27-07-2017 14:38
Go to top