Menu

LATAR BELAKANG

Penstrukturan Bahagian Audit Dalaman, Pengurusan Risiko dan Tadbir Urus yang dahulunya dikenali sebagai Unit Audit Dalaman (UAD) telah diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan Bil. 6/2012 (JKK) pada 4hb Julai 2012. Bahagian ini secara khususnya akan melapor terus ke Jawatankuasa Audit Dalaman yang dilantik melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA (JTK).

Pengurusan Bahagian Audit Dalaman, Pengurusan Risiko dan Tadbir Urus diketuai oleh seorang Pengurus Besar Bahagian, seorang Pengurus, 4 orang Penolong Pengurus dengan jumlah keseluruhan seramai 17 orang kakitangan yang dipecahkan kepada 5 unit berasingan iaitu :

  • Unit Audit Kawalan Dalaman & Pematuhan ISO
  • Unit Audit Pengurusan Kewangan
  • Unit Audit Pengurusan Risiko
  • Unit Integriti
  • Unit Pentadbiran

JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN

b_660_0_16777215_00_images_JAD.JPG

(Dari kanan) Tn. Hj. Azman Abdul, BCM., PJK., JP. dari Koperasi Pekebun Getah Negeri Melaka Berhad; Tn. Hj Zaharuddin Alias (Setiausaha) dari Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Bhd.; Dr. Mohd Azlan Yahya, PJC (Pengerusi) dari Koperasi Usahawan Siswa Universiti Utara Malaysia Bhd.; Dato' Shaharudin Mohd Sa'ad dari Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Bhd; Dr. Ainuddin Hj. Bahari, PK dari Koperasi Universiti Sains Malaysia Bhd

VISI

Menjadi entiti sokongan yang efektif dan efisien untuk memacu kecemerlangan ANGKASA dalam gerakan koperasi negara.

MISI

Memperkukuhkan tadbir urus ANGKASA melalui :-

  • Kaedah pengauditan yang lebih sistematik dan profesional.
  • Memaksimakan penggunaan sumber manusia yang efektif dan efisien.
  • Memberikan pengauditan yang berorientasikan fakta / hasil keputusan
  • Memantapkan nilai-nilai murni Integriti di kalangan warga ANGKASA

PELAN STRATEGI BAHAGIAN

1. Pengukuhan Institusi Audit Dalaman ANGKASA

  1. Meningkatkan kompetensi JAD dan kakitangan Bahagian Audit Dalaman, Pengurusan Risiko dan Tadbir Urus
  2. Meningkatkan infrastruktur selari dengan perkembangan aktiviti ANGKASA.
  3. Memantapkan pemahaman tentang peranan dan fungsi Audit Dalaman kepada komuniti ANGKASA

2. Pengauditan Pengurusan Kewangan Yang Efektif dan Efisyen

  1. Menghasilkan laporan audit dalaman yang berkualiti dan berkesan.
  2. Memastikan cadangan-cadangan audit dalaman yang diluluskan oleh JTK dilaksanakan oleh Pengurusan.
  3. Membangunkan sistem penarafan

3. Pematuhan Sistem Pengurusan ANGKASA

  1. Membantu ANGKASA mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin dalam menilai dan menentukan keberkesanan proses kawalan dalaman dan tadbir urus.
  2. Memberi perkhidmatan audit yang cemerlang dan berintegriti bagi menambah nilai dan mempertingkatkan tahap akauntabiliti operasi ANGKASA.
  3. Melaksanakan pengauditan mengikut piawaian pengauditan antarabangsa secara profesional, bebas serta mengeluarkan laporan yang berkualiti, adil dan saksama

4. Meningkatkan Integriti Komuniti ANGKASA

  1. Komitmen mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan ANGKASA dengan mencegah dan mementeras gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewangan di organisasi.
  2. Mendukung prinsip-prinsip integriti badan korporat dalam perniagaan.
  3. Pematuhan perkhidmatan ANGKASA dan interaksi dengan koperasi dan mana-mana pihak yang melakukan perbuatan yang boleh menguggat serta menjatuhkan imej ANGKASA.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

ENCIK MOHD ISMAIL IBRAHIM
Pengurus Besar
Bahagian Audit Dalaman, Pengurusan Risiko Dan Tadbir Urus

Pejabat Pengurus Besar Bahagian Audit Dalaman, Pengurusan Risiko Dan Tadbir Urus (Tingkat 5)
 Wisma Ungku A. Aziz,
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 - 7800 7891 Faks: +603 - 7884 6444 E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

January 2017
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

PELAWAT DI TALIAN

Terdapat 81 tetamu dan tiada ahli online

HUBUNGI ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Ungku A.Aziz . Jalan SS6/1
47301 Kelana Jaya . Petaling Jaya . Selangor

Tel : +603 7806 1977 (General Line)
Faks : +603 7884 6489 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak
Aras Bawah
Lot 496 Seksyen 6, KTLD
No. 19, Jalan Kulas 93400 Kuching,  Sarawak
Tel : +6082 239 401 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
Lot 13 . Lrg Grace Square . Jln Pantai Sembulan
88582 Kota Kinabalu . Sabah

Tel : +6088 255 917, +6088 250 151 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

STATISTIK PELAWAT LAMAN WEB

24213826
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lalu
Bulan Ini
Bulan Lalu
Keseluruhan
3615
3817
9789
1968116
87788
114842
24213826

IP Anda: 54.161.155.6
24-01-2017 21:44
Go to top