Menu

OBJEKTIF
Memartabatkan imej ANGKASA sebagai badan Apex di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Mengetengahkan ANGKASA sebagai ikon dalam penyaluran sumber rujukan koperasi dan masyarakat. Menjadi medium perhubungan ANGKASA secara lebih efektif dan profesional seiring dengan pembangunan teknologi komunikasi semasa.

VISI
Menjadikan ANGKASA sebagai penggerak saluran komunikasi berkesan dalam menyebarluas informasi mengenai kebaikan koperasi dan mempromosi mengenai ANGKASA sebagai badan penggerak kemajuan koperasi dan Gerakan Koperasi di Malaysia agar koperasi berperanan menjalankan kegiatan ekonominya dengan berkesan demi anggotanya.

MISI  

Menjadi bahagian yang mempromosi dan menyebarluas secara berterusan mengenai ilmu koperasi, kegiatan, informasi mengenai koperasi serta ANGKASA dan juga Gerakan Koperasi di Malaysia supaya institusi koprerasi diterima baik secara menyeluruh oleh masyarakat sebagai penggerak utama ekonomi rakyat.

MOTTO
Proaktif, profesional, mesra pelanggan dan meningkatkan citra koperasi

Tugas dan Tanggunjawab Bahagian Komunikasi Korporat

  1. Menjadi pusat penyumberan hasil-hasil penulisan dan rakaman audio visual untuk   siaran media ANGKASA
  2. Membantu melaksanakan proses komunikasi dan tugasan rasmi ANGKASA berjalan secara profesional dan berkesan selain berperanan sebagai medium penyaluran informasi dalam dan luar negara.
  3. Memastikan semua perkara berkaitan dengan pengurusan komunikasi dan juga majlis-majlis rasmi dikendalikan dengan cekap dan berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan
  4. Mempromosikan kegiatan ANGKASA dengan menjemput pihak media untuk membuat liputan mengikut keperluan.
  5. Menguruskan soal jawab pelanggan daripada media massa, halaman web rasmi ANGKASA dan dari sumber-sumber lain untuk perhatian dan jawapan.
  6. Mengendalikan semua urusan protokol melibatkan pelaksanaan majlis dan petugas berkaitan dalam setiap acara yang dianjurkan ANGKASA.

Struktur Bahagian Komunikasi Korporat

Struktur BKK

Unit Media dan Dokumentasi
Unit ini menjadi pusat penyumberan hasil-hasil penulisan untuk siaran penerbitan ANGKASA. Unit ini juga menjalankan tugas pemberitaan untuk penerbitan majalah PELANCAR.

Unit Audio Visual
Unit ini bertanggungjawab menyediakan bahan merangkumi grafik, audio, fotografi dan videografi yang diolah menjadi satu produk penerbitan. Unit ini turut menjalankan liputan berita dan penggambaran

Unit Media Sosial
Unit ini memberi tumpuan kepada  pembangunan laman web rasmi, facebook Web TV ANGKASA dan lain-lain bentuk penulisan serta liputan

Unit Perhubungan Media, Penerangan, Promosi dan Protokol
Unit ini bertanggungjawab mengendalikan semua tugasan berkaitan pameran, jemputan media, tetamu dan urusan protokol sesebuah majlis yang dianjurkan.
Unit ini juga mempromosikan kegiatan ANGKASA dengan menjemput pihak media untuk membuat liputan mengikut keperluan

Hubungi Kami :

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat
Merangkap Pegawai Khas Kepada Presiden ANGKASA
Telefon : 03 – 7884 6446
Fax : 03 – 7884 6489

Galeri Foto BKK

June 2017
S M T W T F S
28 29 30 31 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 1

PELAWAT DI TALIAN

Terdapat 146 tetamu dan tiada ahli online

HUBUNGI ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Ungku A.Aziz . Jalan SS6/1
47301 Kelana Jaya . Petaling Jaya . Selangor

Tel : +603 7806 1977 (General Line)
Faks : +603 7884 6489 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak
Aras Bawah
Lot 496 Seksyen 6, KTLD
No. 19, Jalan Kulas 93400 Kuching,  Sarawak
Tel : +6082 239 401 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
Lot 13 . Lrg Grace Square . Jln Pantai Sembulan
88582 Kota Kinabalu . Sabah

Tel : +6088 255 917, +6088 250 151 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

STATISTIK PELAWAT LAMAN WEB

25187602
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lalu
Bulan Ini
Bulan Lalu
Keseluruhan
2175
7730
44450
2872480
188418
202696
25187602

IP Anda: 54.80.175.56
23-06-2017 08:11
Go to top