Menu

Pengenalan

Zakat perniagaan adalah salah-satu daripada komponen zakat yang wajib ditunaikan oleh individu muslim yang bergelar usahawan dan tidak terkecuali juga sektor koperasi.

Jumhur ulama bersependapat bahawa zakat diwajibkan ke atas harta perniagaan.

Firman Allah yang bermaksud:

"Orang-orang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada mengingati Allah dan mendirikan solat serta menunaikan zakat."

(An-Nur: 37)

Daripada Samurah bin Jundub bermaksud:

"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada harta benda yang kami sediakan untuk dijual".

(Riwayat Abu Daud dan Daraqutni)

ANGKASA sebagai Agen Kutipan Zakat Koperasi

Untuk memudahkan pihak koperasi menunaikan zakat perniagaan koperasi masing-masing, ANGKASA telah mendapat hak lantikan sebagai agen kutipan zakat terutamanya kutipan zakat perniagaan.

Justeru itu koperasi boleh membuat bayaran zakat perniagaan melalui ANGKASA dan boleh mendapatkan perkhidmatan pengiraan zakat perniagaan daripada Unit Pengurusan dan Pembangunan Zakat di Bahagian Pengurusan Syariah Dan Pembangunan ANGKASA. Para pegawai daripada unit ini akan 'turun padang' ke koperasi bagi proses pengiraan zakat tersebut. ANGKASA telah mendapat lantikan amil daripada 14 buah negeri.

Diharapkan pihak koperasi dapat memanfaatkan kemudahan ini dengan sebaik mungkin.

Kelebihan Berzakat

Firman Allah yang bermaksud:

"Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti satu biji (benih) yang menumbuhkan tujuh tangkai, di tiap-tiap satu tangkai ada seratus biji, dan Allah akan menggandakan kepada siapa yang la kehendaki dan Allah Maha Luas Rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui.”

(Al-Baqarah: 261)

Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Tidak akan berkurang harta kerana sedekah dan tiada seseorang yang memaafkan suatu aniaya kezaliman melainkan Allah menambahkan kemuliannya."

Sabda Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Dirikanlah kubu akan harta kamu dengan mengeluarkan zakat (iaitu terselamat harta-harta itu dari dicuri, hilang dan tercicir) dan jadikanlah akan sedekah kamu sebagai ubat atau penawar dan angkatlah bala atau ujian ke atas kamu dengan banyak berdoa.”

(Riwayat At-Tabrani dan Abu Naim dan Al-Khatib)

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

UNIT PENGURUSAN & PEMBANGUNAN ZAKAT

BAHAGIAN PENGURUSAN SYARIAH & PEMBANGUNAN ANGKASA

Unit 510, Tingkat 4, Blok C
 Glomac Business Centre 
No.10, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor 
Telefon: +603 - 7884 6789 / +603 - 7884 6613 Faks: +603 - 7884 6677 E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

April 2017
S M T W T F S
26 27 28 29 30 31 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 1 2 3 4 5 6

PELAWAT DI TALIAN

Terdapat 104 tetamu dan tiada ahli online

HUBUNGI ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Ungku A.Aziz . Jalan SS6/1
47301 Kelana Jaya . Petaling Jaya . Selangor

Tel : +603 7806 1977 (General Line)
Faks : +603 7884 6489 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak
Aras Bawah
Lot 496 Seksyen 6, KTLD
No. 19, Jalan Kulas 93400 Kuching,  Sarawak
Tel : +6082 239 401 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
Lot 13 . Lrg Grace Square . Jln Pantai Sembulan
88582 Kota Kinabalu . Sabah

Tel : +6088 255 917, +6088 250 151 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

STATISTIK PELAWAT LAMAN WEB

24770289
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lalu
Bulan Ini
Bulan Lalu
Keseluruhan
445
9089
16631
2508707
142423
242505
24770289

IP Anda: 54.198.143.223
26-04-2017 02:39
Go to top