Menu

Pusat Latihan TCM (PLTCM) menawarkan pakej kursus yang lengkap kepada koperasi dan anggota koperasi ahli ANGKASA yang berminat di dalam bidang pengasuhan dan penubuhan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA).

PLTCM ANGKASA menawarkan:

KURSUS DAN LATIHAN

  • Latihan Amali Pengasuhan
  • Kursus Asuhan PERMATA
  • Kursus Pengurusan dan Pengendalian TASKA (Tahap 1,2, dan 3)
  • Bengkel Kemahiran Pengasuh TASKA
  • Kursus Untuk Pengusaha TASKA Di Rumah

PERKHIDMATAN DAN PERUNDINGAN
Bimbingan Pengasuhan dan Penubuhan TASKA

PENYERTAAN

  • Koperasi Ahli ANGKASA
  • Anggota koperasi ahli ANGKASA

LATIHAN AMALI PENGASUH DI PUSAT LATIHAN TCM ANGKASA


OBJEKTIF KURSUS

  • Memberi pendedahan dan latihan kepada anggota koperasi yang tidak mempunyai pengalaman di dalam bidang pengasuhan dan mengusahakan TASKA
  • Meningkatkan kemahiran koperator wanita di dalam bidang pengasuhan kanak-kanak

LATIHAN AMALI

  • Penglibatan peserta adalah secara langsung dari segi:
    • Latihan merancang dan menjalankan aktiviti kanak-kanak
    • Pendedahan kepada pengendalian TASKA – pentadbiran rekod & kakitangan
  • Peserta akan diberi jadual tugas dan perlu menjalankan aktiviti kepada kanak-kanak berumur dua bulan hingga empat tahun

TEMPOH LATIHAN
Jangkamasa latihan adalah selama 5 hari (Isnin - Jumaat) yang dijalankan di Pusat Latihan TCM ANGKASA, Tingkat Bawah, Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya, Selangor.

KURSUS ASUHAN PERMATA
ANGKASA telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) untuk mengedalikan Kursus Asuhan Kanak-kanak (KAAK) Sepenuhnya mulai November 2008. Namun pihak JKMM telah menamatkan KAAK bermula Januari 2013 dan telah digantikan dengan Kursus Asuhan PERMATA. Kursus ini adalah kursus WAJIB yang perlu dihadiri oleh semua yang terlibat di dalam pengasuhan kanak-kanak dan pengendalian TASKA.
OBJEKTIF KURSUS

  • Memberi panduan dan galakan kepada koperator wanita dan koperasi menubuhkan TASKA Cahaya Mata (TCM)
  • Melahirkan bakal-bakal pengusaha / pengasuh yang bersijil dan diiktiraf
  • Mempelbagaikan perkhidmatan kepada anggota-anggota koperasi

KANDUNGAN KURSUS
Kursus adalah berpandukan modul Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Di antaranya :

  • Perkembangan Menyuluruh Kanak-kanak dari usia 2 bulan hingga 4 tahun
  • Perkembangan Fizikal
  • Perkembangan Kognitif
  • Perkembangan Sosio Emosi
  • Perkembangan Bahasa
  • Merancang aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak
  • Kegiatan Kreatif untuk kanak-kanak
  • Keperluan Pemakanan seimbang
  • Proses Pendaftaran dan Akta TASKA 1984
  • Mengurus Kakitangan dan Rekod Pentadbiran

CARA PENYAMPAIAN KURSUS

  • Ceramah
  • Main Peranan (role play)
  • Perbincangan Dalam Kumpulan
  • Ujian Amali
  • Ujian Bertulis

Sijil akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) setelah pihak peserta lulus di dalam ujian bertulis yang dianjur dan diselia oleh pihak JKMM.

KURSUS PEGURUSAN DAN PENGENDALIAN TASKA (TAHAP 1,2 & 3)
Kursus ini ditawarkan kepada Pengusaha, Pengurus dan Penyelia TASKA yang ingin meningkatkan kemahiran di dalam bidang pentadbiran, pengurusan kakitangan, mengurus rekod dan kewangan, pemasaran dan merancang aktiviti.
OBJEKTIF KURSUS
Meningkatkan kemahiran kepada peserta mengenai hal-hal pentadbiran dan pengurusan TASKA secara berperingkat daripada tahap 1 ke tahap 3.

KANDUNGAN KURSUS

  • Pengenalan Kepada Pengurusan, Perlesenan dan AKTA TASKA 1894
  • Falsafah Program dan Pemasaran
  • Polisi dan Prosedur
  • Pengurusan Kakitangan
  • Pengurusan Rekod Kanak-kanak
  • Pengurusan Rekod-Rekod Pentadbiran
  • Pengurusan Kewangan dan Rekod-Rekod Perbelanjaan
  • Program Penglibatan Ibu Bapa
  • Bagi Tahap ke-2, ia merupakan lanjutan kepada Tahap 1 dan memberi penekanan kepada program penglibatan ibu bapa dan penyediaan Buku Panduan TASKA untuk ibubapa
  • Bagi Tahap ke-3, penekanan akan diberi kepada aspek pengurusan hal-hal kewangan TASKA

CARA PENYAMPAIAN KURSUS

  • Ceramah
  • Perbincangan dalam kumpulan

TEMPOH KURSUS
4 hari 3 malam

BENGKEL KEMAHIRAN PENGASUH
Bengkel ini ditawarkan kepada pengasuh TASKA dan pengasuh-pengasuh yang berkhidmat di TASKA koperasi dan TASKA koperator. Bengkel yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini ada untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran Pengusaha dan Pengasuh TASKA dalam mengendalikan aktiviti kanak-kanak asuhan.
OBJEKTIF KURSUS
Meningkatkan kreativiti dan kemahiran pengasuh dalam melaksanakanaktiviti bersama kanak-kanak berusia 2 bulan hingga 4 tahun di TASKA.

CARA PENYAMPAIAN KURSUS

  • Ceramah
  • Perbincangan dalam kumpulan

PENYERTAAN
Kepada peserta yang terdiri dari Pengusaha TASKA dan pengasuh yang sedang berkhidmat di TASKA yang telah ditubuhkan oleh koperasi / koperator wanita.

KURSUS UNTUK PENGUSAHA TASKA DI RUMAH
Kursus selama 3 hari 2 malam ini ditawarkan kepada koperator-koperator wanita ahli ANGKASA yang sedang mengusahakan TASKA di Rumah dan koperator wanita yang berminat menjalankan pengasuhan kanak-kanak di rumah. Ia memberi pendedahan asas tentang garis panduan yang ditetapkan oleh JKMM dan perlaksanaan pengasuhan berkualiti TASKA di Rumah.
OBJEKTIF KURSUS

  • Meningkatkan pengetahuan koperator wanita yang sedang mengusahakan TASKA di rumah
  • Memberi panduan dan pendedahan kepada koperator wanita yang berminat untuk TASKA di Rumah
  • Melahirkan pengusaha / bakal pengusaha yang berkualiti

KANDUNGAN KURSUS

  • Pengenalan Bidang Pengasuhan Kanak-Kanak di Malaysia
  • Perkembangan Menyeluruh Kanak-Kanak dari usia 2 bulan hingga 4 tahun
  • Merancang Persekitaran di dalam dan di luar TASKA Rumah serta kegiatan kanak-kanak
  • Penyediaan Makanan Seimbang
  • Pentadbiran dan Kewangan TASKA di Rumah
  • Merancang Jadual Aktiviti TASKA di Rumah

CARA PENYAMPAIAN KURSUS

  • Ceramah
  • Perbincangan Dalam Kumpulan

PENYERTAAN
Ditawarkan kepada anggota koperasi ahli-ahli ANGKASA yang berminat dan memenuhi syarat serta mendapat pengesahan koperasi.

YURAN PENYERTAAN
Yuran kursus minima akan dikenakan dan tertakluk kepada kelulusan Pihak Pengurusan ANGKASA yang akan dimaklumkan kepada peserta.

MAKAN, MINUM DAN PENGINAPAN
Makan minum dan penginapan bagi peserta akan ditanggung sepenuhnya oleh ANGKASA

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI :
Unit Pembangunan Wanita & TCM
Bahagian Pelajaran, Penerangan, Perkhidmatan dan
Percetakan (B4P) ANGKASA
Tel : 03-78008127 / 03-78846415
Faks : 03-7884 6423 / 03-78061506

ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
(Malaysian National Co-operative Movement)
Wisma Ungku A.Aziz,
Jalan SS6/1, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-78061977
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

April 2017
S M T W T F S
26 27 28 29 30 31 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 1 2 3 4 5 6

PELAWAT DI TALIAN

Terdapat 94 tetamu dan tiada ahli online

HUBUNGI ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Ungku A.Aziz . Jalan SS6/1
47301 Kelana Jaya . Petaling Jaya . Selangor

Tel : +603 7806 1977 (General Line)
Faks : +603 7884 6489 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak
Aras Bawah
Lot 496 Seksyen 6, KTLD
No. 19, Jalan Kulas 93400 Kuching,  Sarawak
Tel : +6082 239 401 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
Lot 13 . Lrg Grace Square . Jln Pantai Sembulan
88582 Kota Kinabalu . Sabah

Tel : +6088 255 917, +6088 250 151 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

STATISTIK PELAWAT LAMAN WEB

24770327
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lalu
Bulan Ini
Bulan Lalu
Keseluruhan
483
9089
16669
2508707
142461
242505
24770327

IP Anda: 54.198.143.223
26-04-2017 02:52
Go to top