Menu

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA 2015 + SENARAI SEMAK.pdf

Pinjaman Pendidikan Yayasan ANGKASA mempelawa semua anggota koperasi, kakitangan koperasi dan anak anggota koperasi ahli ANGKASA serta kakitangan ANGKASA dan anak kakitangan ANGKASA untuk memohon pinjaman pendidikan bolehubah tanpa faedah kepada calon-calon berkelayakan bagi mengikuti kursus pengajian sepenuh masa/separuh masa/PJJ/PLK di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) Dalam Negara.

1.0 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.1 Kelayakan Asas

  1. Warganegara Malaysia
  2. Anggota koperasi ahli ANGKASA atau kakitangan koperasi ahli ANGKASA atau anak anggota koperasi ahli ANGKASA atau anak kakitangan ANGKASA
  3. Ijazah Sarjana Muda (Degree)
    Berumur tidak melebihi 25 tahun untuk anak anggota dan anak kakitangan ANGKASA dan tidak melebihi 40 tahun untuk anggota dan kakitangan koperasi ahli ANGKASA pada tarikh permohonan

    Sarjana (Master)
    Berumur tidak melebihi 30 tahun untuk anak anggota dan anak kakitangan ANGKASA dan tidak melebihi 40 tahun untuk anggota dan kakitangan koperasi ahli ANGKASA pada tarikh permohonan

    Doktor Falsafah (PhD)
    Berumur tidak melebihi 40 tahun untuk anak anggota dan anak kakitangan ANGKASA dan tidak melebihi 45 tahun untuk anggota dan kakitangan koperasi ahli ANGKASA pada tarikh permohonan
  4. Telah menerima surat tawaran dari mana-mana IPTA/IPTS

1.2 Kelayakan Akademik

1.2.1 Ijazah Sarjana Muda

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5A dan kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia (khas bagi pelajar yang mendapat tawaran sains senibina UiTM sahaja) atau
  1. Lulus Diploma atau Matrikulasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.00 atau
  2. Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau yang diiktiraf setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya (B) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan 3 mata pelajaran yang lain atau
  3. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kelulusan Jayyid – Jiddan dari mana-mana mata pelajaran dan berpengetahuan dalam bidang pengkomputeran dan Bahasa Inggeris.

1.2.2 Sarjana (Master)

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.00

1.2.3 Doktor Falsafah (PhD)

  1. Lulus Sarjana (Master) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.00

2.0 SYARAT AM

  1. Pelajar Tahun Pertama Pengajian (Surat tawaran Universiti adalah pada tahun yang sama ketika memohon pinjaman)
  2. Mesti mempunyai bukti keahlian koperasi yang berdaftar di bawah ANGKASA
  3. Tidak mendapat sebarang bantuan kewangan/biasiswa daripada mana-mana penaja lain.
  4. Minima empat (4) tahun pengajian (bagi mod pengajian sepenuh masa sahaja)

3.0 BIDANG PENGAJIAN

Keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti bidang pengurusan koperasi, pengurusan kewangan, pengurusan perniagaan, pengurusan pelaburan, perakaunan, ICT, undang-undang, kejuruteraan, bioteknologi, sains sukan / kokurikulum dan bidang-bidang yang relevan dengan pembangunan koperasi. Pinjaman ini tidak membiayai bidang perubatan serta pengajian di luar negara.

4.0 MUAT TURUN BORANG

  1. Syarat-Syarat Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan ANGKASA
  2. Borang Kemaskini Data Diri Pelajar Tajaan Yayasan ANGKASA
  3. Borang Laporan Prestasi Pengajian Pelajar Tajaan Yayasan ANGKASA
  4. Borang Pengesahan Tamat Pengajian Pinjaman Pendidikan Yayasan ANGKASA
  5. Borang Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan ANGKASA 2016
  6. Senarai Semak Dokumen Penting Yang Perlu Disertakan Bersama Borang Permohonan
  7. Brosur Pinjaman Pendidikan Yayasan ANGKASA

Hubungi kami :

Yayasan ANGKASA
No. 402, Block C, Glomac Business Centre
No. 10, Jalan SS6/1, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Telefon:

03-7880 9358 - (Bahagian Operasi)
03-7880 6358 - (Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan)


Fax : 03-7886 3357

atau
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 15 SEPTEMBER 2016. Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumat selepas sebulan daripada tarikh ini dianggap tidak berjaya.

January 2017
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

PELAWAT DI TALIAN

Terdapat 78 tetamu dan tiada ahli online

HUBUNGI ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Ungku A.Aziz . Jalan SS6/1
47301 Kelana Jaya . Petaling Jaya . Selangor

Tel : +603 7806 1977 (General Line)
Faks : +603 7884 6489 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak
Aras Bawah
Lot 496 Seksyen 6, KTLD
No. 19, Jalan Kulas 93400 Kuching,  Sarawak
Tel : +6082 239 401 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
Lot 13 . Lrg Grace Square . Jln Pantai Sembulan
88582 Kota Kinabalu . Sabah

Tel : +6088 255 917, +6088 250 151 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

STATISTIK PELAWAT LAMAN WEB

24213837
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lalu
Bulan Ini
Bulan Lalu
Keseluruhan
3626
3817
9800
1968116
87799
114842
24213837

IP Anda: 54.161.155.6
24-01-2017 21:50
Go to top