Menu

Pengenalan

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah didaftarkan pada 12 Mei 1971 di bawah Ordinan Koperatif 33/1948. ANGKASA ditubuhkan hasil daripada cadangan Kongres Kerjasama Kedua yang dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Encik A.Ghafar Baba pada waktu itu berkata, ""Kongres kerjasama Yang Kedua yang diadakan ini amatlah besar ertinya kepada perkembangan gerakan kerjasama negara ini. Salah satu perkara yang akan dibincangkan dalam kongres ini ialah penubuhan Persatuan Kerjasama Peringkat Nasional yang diberi nama ANGKASA". ANGKASA telah mengadakan Mesyuarat Agung yang pertama pada 13 Julai 1971.

ANGKASA telah diangkat sebagai sebuah koperasi yang mewakili gerakan koperasi seluruh Malaysia. Pada 23 Mei 1996, perisytiharan pengiktirafan ini telah diwartakan.

"Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Perenggan 57(2)(b) Akta 502 Akta 502 Akta Koperasi 1993, Menteri mengisytiharkan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) sebagai badan yang mewakili gerakan koperasi Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," menurut [KTPK.(S)07/49/1/9: PN. (PU2) 572/III].

Sebagai badan apex gerakan koperasi negara ANGKASA juga turut menganggotai ASEAN Cooperative Organization (ACO) dan International Cooperative Alliance (ICA). Presiden ANGKASA Dato' Haji Abdul Fattah Haji Abdullah juga telah dilantik sebagai Presiden ACO.

Visi, Misi, Matlamat & Fungsi

Visi ANGKASA adalah menjadi badan apeks pemangkin pembangunan koperasi terunggul di ASEAN menjelang 2020.

Misi ANGKASA adalah menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi serta melindungi kepentingan dan memperjuangkan hak gerakan koperasi melalui pengurusan yang professional.

Matlamat penubuhan ANGKASA terkandung di dalam Undang-Undang Kecil (UUK) ANGKASA (Pindaan 2010). Menurut subseksyen 4(3) Akta, matlamat ANGKASA sebagai badan yang mewakili Gerakan Koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa (yakni koperasi apeks) ialah:-

  1. menyatukan semua koperasi dalam Malaysia;
  2. mewakili Gerakan Koperasi Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  3. memperjuang, mengawasi dan menjaga kepentingan dan pembangunan koperasi ahli khususnya dan Gerakan Koperasi amnya; dan
  4. memudahkan operasi koperasi ahli.

Fungsi utama ANGKASA yang terkandung di dalam UUK 11 (1) adalah memastikan matlamatnya (ANGKASA) tercapai dengan memberi perkhidmatan sebagaimana yang diperihalkan dalam Undang-Undang Kecil. Di dalam UUK 11 (2), ANGKASA berfungsi untuk :-

  1. mengembangkan prinsip, amalan koperasi dan bekerjasama dengan pihak Kerajaan demi kepentingan pembangunan Negara;
  2. memberi nasihat dan bantuan kepada koperasi ahli dalam perjalanan pengurusan perniagaan mereka;
  3. menggalakkan kajian penyelidikan dan pembangunan berkaitan dengan Gerakan Koperasi;
  4. menyedia dan memberi perkhidmatan nasihat dan panduan berkenaan dengan hal pentadbiran, pengurusan, perakaunan, audit, undang-undang, keusahawanan, skim perlindungan sosial termasuk zakat dan wakaf, kemudahan BPA dan lain-lain perkhidmatan untuk kepentingan koperasi ahli dan gerakan Koperasi amnya;
  5. memajukan pendidikan, latihan dan penerangan ilmu koperasi, dan ilmu perniagaan, keusahawanan dan perindustrian dalam bidang yang dinyatakan dalam perenggan (o) fasal (1) undang-undang kecil 12;
  6. membantu Kerajaan untuk menggalakkan dan mengembangkan Gerakan Koperasi dalam Malaysia selaras dengan Dasar Koperasi Negara dana pa-apa dasar Kerajaan berhubungan dengan koperasi;
  7. mengambil dayausaha dan initiatif bagi menggalakkan dan menjalankan aktiviti-aktiviti dalam bidang sosial dan ekonomi Negara;
  8. mengadakan atau menerima dan mentadbir kumpulan wang, tabung atau skim khas atau am bagi memajukan Gerakan Koperasi;
  9. memainkan peranan dan menyelaras, sejauh mana yang munasabah, penjagaan alam sekitar;
  10. berkhidmat sebagai pusat tumpuan fikiran mengenai segala perkara yang berkaitan dengan Gerakan Koperasi dan mengemukakan fikiran dan pendapat mengenai Gerakan Koperasi kepada mana-mana pihak yang berkaitan;
  11. mengumpul segala maklumat berkaitan dengan Gerakan Koperasi;
  12. mempromosi dan mengambang teknik pengurusan dan perniagaan serta penggunaan alat dan teknologi yang canggih;
  13. melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan dan kebajikan termasuk penubuhan pasukan sukarela di dalam dan luar Malaysia; dan
  14. pada amnya membantu dan memudahkan operasi koperasi ahli.

Pentadbiran ANGKASA

ANGKASA ditadbir oleh 24 orang Lembaga yang dikenali sebagai Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK) yang diketuai oleh seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, empat orang Naib Presiden, seorang wakil daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, seorang wakil daripada Kementerian Kewangan dan 16 orang Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri.

 b_660_0_16777215_00_images_Struktur-Organisasi-ANGKASA.jpg

b_660_0_16777215_00_images_Struktur-JTK-with-foto.jpg

 

 

 

 

 

 

November 2017
S M T W T F S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2

PELAWAT DI TALIAN

Terdapat 228 tetamu dan tiada ahli online

HUBUNGI ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Ungku A.Aziz . Jalan SS6/1
47301 Kelana Jaya . Petaling Jaya . Selangor

Tel : +603 7806 1977 (General Line)
Faks : +603 7884 6489 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak
Aras Bawah
Lot 496 Seksyen 6, KTLD
No. 19, Jalan Kulas 93400 Kuching,  Sarawak
Tel : +6082 239 401 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
Lot 13 . Lrg Grace Square . Jln Pantai Sembulan
88582 Kota Kinabalu . Sabah

Tel : +6088 255 917, +6088 250 151 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

STATISTIK PELAWAT LAMAN WEB

26367142
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lalu
Bulan Ini
Bulan Lalu
Keseluruhan
6119
9037
53064
4052410
131476
213761
26367142

IP Anda: 54.224.187.45
18-11-2017 18:49
Go to top