Unit Perhubungan & Penyelarasan
KEAHLIAN
ANGKASA
Keahlian ANGKASA adalah secara
sukarela dan terbuka kepada semua koperasi di Malaysia yang
berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993.
Tiap-tiap koperasi yang memohon untuk
menjadi ahli ANGKASA hendaklah membayar yuran masuk
sebanyak:
- RM 30.00 bagi koperasi sekolah
- RM 100.00 bagi koperasi asas
- RM 200.00 bagi koperasi menengah
- RM 300.00 bagi koperasi atasan
BAGAIMANA HENDAK
MENJADI AHLI ?
- Keputusan untuk menjadi ahli ANGKASA hendaklah
dibuat di dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Lembaga Koperasi
mengikut Undang-Undang Kecil masing-masing.
- Mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Menjadi
Ahli (dalam 2 salinan) dan sertakan Cabutan Minit Mesyuarat Agung
atau ALK persetujuan menjadi ahli, Sijil Pendaftaran Koperasi (1
salinan), Undang-undang Kecil Koperasi (1 naskhah), Borang
Maklumat ALK/JAD (dipenuhkan dengan lengkap) dan dihantar kepada
Setiausaha Eksekutif ANGKASA.
- Tiap-tiap koperasi yang memohon untuk menjadi
ahli hendaklah membayar yuran masuk sebanyak:
- RM 30.00 bagi koperasi sekolah
- RM 100.00 bagi koperasi asas (koperasi yang terdiri daripada orang-orang individu sahaja)
- RM 200.00 bagi koperasi menengah (koperasi yang terdiri daripada koperasi-koperasi
asas sahaja)
- RM 300.00 bagi koperasi atasan (koperasi yang ahli-ahlinya terdiri daripada
koperasi-koperasi menengah sahaja atau koperasi-koperasi
menengah dan asas)
- Mengikut Undang-Undang Kecil ANGKASA (pindaan
1997) bil. (17)
PETUNJUK KEGIATAN :
| BNK - BANK &
KREDIT |
IKN -
PERIKANAN |
PSN -
PERUSAHAAN |
| PRT -
PERTANIAN |
PKT -
PENGANGKUTAN |
PEN - PENDIDIKAN
(SEKOLAH) |
| PNA -
PENGGUNA |
INS -
INSURAN |
WAN -
WANITA |
| TNH - TANAH |
PRM -
PERUMAHAN |
KPG - PEKERJA
KILANG |
| IPT - INSTITUSI
PENGAJIAN TINGGI |

PERTANYAAN
& PERMOHONAN
Segala pertanyaan berhubung permohonan
keahlian ANGKASA boleh berhubung terus ke alamat dan nombor telefon
tertera atau memajukan ke alamat e-mel a.adnan@angkasa.coop
Unit Perhubungan Keahlian, Aras
6
Wisma Ungku A.Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya,
46798
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
(Hj. Ahmad Adnan Abdul
Hanif)
Tel: 03-78007884