Laman Web Rasmi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
   SISTEM KIRAAN UNDI DIGITAL ANGKASA    
   Bahagian 4P  
   Bahagian Kewangan
 
  Perkhidmatan ANGKASA
  Pendidikan B4P
   Kursus Wajib
   Pendidikan Ahli
   SEKKOP 1 2 3
   Khidmat Runding (PEKA)
   Pelancongan Koperasi
   Sekolah (PKS)
  Khidmat Urusan   Potongan Gaji BPA
   Khidmat Potongan Gaji
   Sistem Online ANGKASA
   Pekeliling Koperasi
  Perkhidmatan Lain
   Pinjaman Pendidikan
   Amanah Saham ANGKASA
 
  Direktori ANGKASA
   Direktori ANGKASA Negeri
   PETA Lokasi ANGKASA
   Direktori E-mel ANGKASA

 

SISTEM PENDAFTARAN PERWAKILAN BERKOMPUTER [ SILA KLIK ]

 

Sistem Undi Digital ANGKASA merupakan sistem berkomputer yang dibangunkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) bertujuan untuk menjamin ketepatan dan mempercepatkan proses pengiraan undi berbanding dengan kaedah pengiraan undi secara manual. Sistem ini mengekalkan kaedah konvensional iaitu memangkah petak calon yang dipilih. Pengguna dapat menjalankan proses mengundi dengan arahan ringkas tanpa memerlukan sebarang latihan khusus.

Ringkas dan Mudah
Sistem kotak undi khas turut diperkenalkan oleh ANGKASA dengan rekabentuk yang ringkas, mudah dipasang dan menjimatkan penggunaan ruang.

Cepat dan Selamat
Proses pengiraan undi dapat dipercepatkan apabila kertas undi diimbas dengan menggunakan mesin pengimbas. Kertas undi yang digunakan pula dilengkapi dengan ciri keselamatan yang berkualiti tinggi dan sukar untuk diduplikasi. Kertas undi rosak boleh dihindarkan apabila pengundi mematuhi tatacara memangkah yang betul.
Kepantasan proses pengiraan undi ialah dalam lingkungan 5 saat bagi setiap kertas undi. Jumlah masa pengiraan boleh ditetapkan dengan menentukan bilangan mesin pengimbas yang digunakan.

Telus dan Tepat
Sistem Undi Digital ANGKASA ini paling efektif digunakan untuk pengiraan undi di dalam jumlah yang besar. Ia menjamin ketepatan serta ketelusan pengiraan dan tidak memerlukan bilangan tenaga kerja yang ramai. Kesilapan yang disebabkan oleh manusia seperti kelalaian, kecuaian dan unsur-unsur penipuan semasa proses pengiraan kertas undi dijalankan dapat dielakkan.

 

[ KLIK IMEJ UNTUK BROSUR SISTEM KIRAAN UNDI DIGITAL]

 

Untuk Pertanyaan, Sila hubungi :
En.Noorashidi Nazari di talian 03-78007889 atau
En.Mohd Zaki Md Amin di talian 03-78008151

Unit ICT, Tingkat 2
Wisma Ungku A.Aziz
Jln SS6/1 Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya Selangor
Faks : 03-78821498

E-Mel : shidi@angkasa.coop, zaki@angkasa.coop

 


Untuk paparan terbaik gunakan pelayar Internet Explorer IE6.0 ke atas dengan resolusi 1024x768
All rights reserved for ANGKASA. Copyright © 2001