|
SISTEM PENGURUSAN BERKUALITI
MS ISO 9001 : 2000
BPA telah melaksanakan Sistem Pengurusan Berkualiti
dan telah didaftarkan di bawah MS ISO 9001 : 2000 oleh SIRIM QAS
Sdn. Bhd.sejak bulan Mac 1999 dengan nombor pendaftaran AR 1658.
Pensijilan baru telah dikeluarkan pada tahun 2003 untuk tempoh sehingga
18 Mac 2005
Dasar Kualiti BPA
BPA beriltizam memberi perkhidmatan dengan amanah
dan bermutu untuk memenuhi keperluan dan harapan pelanggannya. BPA
juga beriltizam terus menerus meningkatkan dan memperbaiki mutu
melalui pemantauan dan penganalisaan objektif kualiti seperti berikut
:
1. Proses kutipan dan agihan bayaran yang terjamin.
2. Menguruskan tuntutan potongan dan bayaran dengan
cepat dan tepat.
3. Menyediakan maklumat terkini dan telus.
4. Kaedah sistem potongan yang mudah.
Objektif Kualiti Bahagian-Bahagian
|
Bahagian
|
Indeks Kualiti
|
Sasaran
|
|
1. Jawatankuasa BPA
|
a. Kelulusan permohonan perkhidmatan
potongan gaji
|
Maksima 2 bulan
|
|
2. Unit Urusan Potongan Gaji
|
a. Memproses borang BPA 1/79
dan 2/79
|
Borang-borang yang sampai selewat-lewatnya
pada 5hb akan diproses di dalam bulan yang sama
|
|
3. Unit Komputer
|
a. Memproses bayaran
b. Tahap servis komputer
|
-Tidak melebihi 3 hari kalendar
dari tarikh diterima
-95% up-time
|
|
4. Unit Kutipan
|
a. Membuat bayaran potongan
|
Tidak melebihi 7 hari kalendar
dari tarikh bayaran diterima
|
|
5. Unit Perhubungan Pelanggan
|
a. Aduan pelanggan
b. Kepuasan pelanggan
c. Surat-surat diterima
|
-Kurang dari 10 aduan sebulan
-Melebihi 95%
-Tindakan keatas surat-surat yang diterima 10 hari bekerja
dari tarikh surat diterima
|
|
6. Unit Latihan
|
a. Keberkesanan latihan
|
Melebihi 75% pencapaian
|
|
7. Unit Pembekalan & Perkhidmatan
|
a. Surat cek masuk
b. Surat keluar
c. Bekalan perkhidmatan
|
-Perlu diserahkan kepada pihak-pihak
terlibat selewat-lewatnya pada hari bekerja berikutnya
-Perlu dihantar selewat-lewatnya pada hari bekerja berikutnya.
-Satu bulan daripada tempahan
|
UNIT PEMBEKALAN & PERKHIDMATAN
Unit dan Tanggungjawab
Unit ini yang terdiri daripada 22 orang kakitangan dipertanggungjawabkan
untuk melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan Pembekalan dan Perkhidmatan
seperti berikut:
Pembekalan
-
Mengurus dan mendapatkan sebutharga untuk pembelian
alatulis, harta pejabat dan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan.
-
Urusan tender bagi pembelian dan perkhidmatan
penyelenggaraan bangunan/ kontrak yang melebihi RM 10,000.00.
-
Urusan dokumen-dokumen perjanjian/kontrak.
-
Langganan buku/majalah/surat khabar.
-
Tempahan tiket penerbangan.
-
Penjualan kertas terpakai.
Perkhidmatan
-
Urusan surat masuk dan keluar.
-
Urusan terima dan hantar e-mel kepada yang berkenaan.
-
Semakan bil-bil am seperti telefon, air, elektrik,
telefon dan lain-lain.
-
Urusan lesen-lesen/cukai/permit/insuran kenderaan
rasmi dan bangunan.
-
Urusan baikpulih peralatan pejabat dan pembaikan
kenderaan-kenderaan rasmi ANGKASA.
-
Menyelenggara stor alatulis.
-
Menguruskan tempahan bilik-bilik mesyuarat dan
jamuan yang diperlukan.
-
Membuka dan mengemasikini fail-fail Unit Pembekalan
dan Perkhidmatan serta fail pelanggan BPA.
-
Urusan pembelian dan penghantaran borang BPA.
-
Menguruskan daftar aset ANGKASA.
-
Menjadual perjalanan harian van-van ANGKASA.
-
Menyelia Operator Telefon, kakitangan di Kaunter
Pertanyaan dan Pekerja Rencam.
-
Menyelia Pemandu Kanan, Pemandu-Pemandu dan
Penghantar Cepat.
-
Mewujudkan borang/format mengikut keperluan
Unit Pembekalan dan Perkhidmatan.
-
Menyediakan laporan Aktiviti Bulanan.
|