Kefahaman Konsep Gender Dalam Gerakan Koperasi
Seminar “Management Capacity Building of Women for Co-operative Development” atau “Membina Keupayaan Wanita Mengurus Koperasi” merupakan seminar yang memberi penekanan kepada pemahaman konsep gender di dalam koperasi. Seminar yang bertaraf antarabangsa ini dianjurkan oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) selama lima hari bermula pada 29 Jun hingga 3 Julai 2009. Seminar yang berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam ini menjanjikan pengisian yang amat berguna buat peserta seminar tersebut. Penyertaan peserta adalah terdiri dari dalam dan luar negara dan antaranya dari China, Vietnam, Fili-pina dan Malaysia sendiri. Seminar yang dijalankan ini juga adalah berpandukan kepada modul ICAILO dengan penekanan kepada pemahaman konsep gender dalam koperasi.
Majlis perasmian telah disem-purnakan oleh Y.Bhg. Datuk Mohd Zain Mohd Dom, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Dalam ucapannya beliau menekankan tentang peranan wanita dalam masyarakat yang tidak boleh di pandang rendah dan kita harus menerima hakikat bahawa wanita mampu menjadi sebaik lelaki. Sementara itu Yang Dipertua ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar dalam ucapan alu-aluanya mengingatkan peserta agar dapat menyertai seminar ini sehingga ke penghujungnya. Ini adalah bagi membolehkan peserta mendapat pengetahuan dan menimba ilmu dari pembentang kertas kerja yang dijemput khas untuk seminar ini. Antaranya adalah seperti “Gender Integration and Women in Co-operative” oleh Mr. Paul Sinappan, “Mainstreaming HIV/AIDS” oleh Encik Zamzuri Abdul Malik, “Accounting for Co-ops” oleh Dr. Mohd Azlan Yahya dan “Entrepreneurship” oleh Puan Rahimah Abdul Samad.
Seminar dimulakan dengan sesi perkenalan di kalangan anggota peserta atau “Ice-Breaking” dan pembentangan laporan koperasi dari setiap negara. Pembentangan ini berkisar tentang gerakan koperasi di negara masing-masing. Selain dari itu penceramah jemputan turut diselitkan dalam satu sesi di hari tersebut di mana Encik Zamzuri Abdul Malik dari Majlis AIDS Malaysia telah dijemput bagi memperkatakan ten-tang “Mainstreaming HIV/AIDS”. Dalam sesi perbincangannya, beliau menerangkan tentang penyakit ini jika tidak diberi perhatian dan dibendung akan merebak dan memberi kesan negatif yang besar pada masyarakat akan datang.
Pada hari kedua seminar, program dimulakan dengan pembahagian kumpulan kepada dua mengikut gender iaitu kumpulan lelaki dan wanita. Sesi “Gender Sensitisation” telah diadakan yang dikendalikan oleh Mr. Paul Sinappan untuk lelaki dan Hajah Roszurina untuk wanita. Dalam sesi ini peserta akan di-bahagikan kepada beberapa kum-pulan kecil dan dikehendaki mem-bincangkan tentang isu gender. Peserta juga dikehendaki menye-naraikan isu-isu yang ada dan memberi cadangan bagi meng-atasinya. Hasil dari perbincangan tersebut telah disenaraikan dan ianya adalah seperti jadual di bawah.
Pengisian pada hari yang sama turut memuatkan pembentangan jemputan dari UNDP, Cik Anita Ahmad berkaitan program-program gender oleh UNDP di Malaysia serta pem-bentangan oleh Ms. Savitri Singh berkenaan program-program gender anjuran ICA-AP yang meliputi sejarah, objektif serta hasil pencapaian. Pada majlis penutupan, ianya telah disempurnakan oleh Naib Yang Dipertua ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bahagian Pelajaran, Penerangan, Penerbitan dan Perkhidmatan (B4P), Puan Hajah Armi Haji Zainudin. Dalam ucapannya beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada para peserta yang telah berjaya menyertai seminar sehingga ke penghujungnya. Menurut beliau lagi terdapat banyak maklumat gender yang boleh diperoleh terutama dalam perniagaan di mana para peserta di beri peluang berkongsi pengalaman mengenainya. Diharapkan agar para peserta dapat memperkembangkan lagi kualiti keusahawanan melalui keupayaan dan keyakinan. Kita boleh berbangga dengan perbincangan yang telah dijalankan pada sesi kepekaan gender atau “Gender Sensitisation” dan diharapkan agar para peserta faham akan keperluan dalam koperasi, organisasi malah gerakan koperasi keseluruhannya. Statistik menunjukkan bahawa hampir sebahagian populasi rakyat Malaysia adalah wanita dan mereka adalah sebahagian daripada sumber di negara ini. Jadi diharapkan agar wanita diberi peluang menjadi Ahli (ALP) di dalam koperasi dan dalam masa yang sama wanita sendiri harus menyokong wanita lain menjadikan mereka pemimpin. Bagi mengatasi ketidaksamarataan, wanita perlu meningkatkan pengetahuan pengu-rusan bagi membolehkan mereka layak memegang jawatan sebagai ALP, Pengurus dan sebagainya. Di akhir ucapannya beliau menyaran- kan agar para peserta dapat mem-praktikkan apa yang telah dipelajari dan yang penting ialah hasil dari seminar itu sendiri. Akhir kata “Never Under Estimate the Power of Women”.
Secara keseluruhannya maklum balas dari peserta yang mengikuti seminar ini berpuas hati dan beranggapan ianya berjaya mencapai matlamatnya. Ada di antara para peserta mencadangkan agar program ICA berkaitan isu gender yang dijalankan ini perlu ditawarkan kepada anggota-anggota koperasi lelaki juga. Manfaat yang boleh diperoleh adalah seperti perhubungan atau jaringan antara peserta semakin meningkat, ilmu pengetahuan yang meluas, keserasian di kalangan peserta menjadi lebih akrab, pendedahan aktiviti luaran seperti lawatan serta buah fikiran yang kreatif. Di akhir seminar peserta diberi pendedahan melalui lawatan ke Bank Rakyat Jalan Tangsi, Koperasi Cemerlang Temiang Jaya (KOTEJA), Senawang, Negeri Sembilan dan ke Putrajaya.
<< Kembali