PELANCAR ONLINE
November 2006

ARKIB PELANCAR


Muafakat Yang Membawa Berkat

DARI 21 hingga 22 September 2006 lalu, Bahagian Pelajaran, Penerangan, Penerbitan dan Perkhidmatan (B4P) ANGKASA, menganjurkan Majlis Penerangan B4P tentang pencapaian dan perancangan program-program B4P bagi tahun 2006/2007. Majlis itu dihadiri oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Perhubungan ANGKASA Negeri. Ikuti hasil perbincangan tersebut dalam rencana Laporan Khas, bertajuk ‘Muafakat B4P Dengan JPN’.

Melalui rencana ‘Permohonan Untuk Program-Program B4P’ berikutnya, dipaparkan pula program-program pelajaran dan keusahawanan yang terdapat di Bahagian 4P. Koperasi, koperator dan kakitangan yang berminat bolehlah menghubungi Unit-Unit berkaitan yang tertera di rencana tersebut.

Rencana ‘SEKKOP, Pra Audit Bantu Tingkatkan Pencapaian Koperasi’ dalam ruangan Perkembangan Semasa, memberi tumpuan pada perkhidmatan yang boleh membantu koperasi melicinkan lagi urusan pentadbiran dan pengurusan koperasi.

Unit Komputer, Biro Perkhidmatan ANGKASA ditugaskan memberi latihan kepada semua koperasi dan pelanggan BPA yang bukan koperasi tentang cara menggunakan perkhidmatan portal BPA dan aplikasi SPGA. Butiran lanjut latihan ini terkandung dalam Kegiatan ANGKASA, ‘Latihan Pengguna Portal BPA @Sola.Coop’.

Disiarkan juga lanjutan laporan Persidangan ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Persidangan ANGKASA Negeri Pahang Zon 1 dan Zon 2 dan Majlis Penyampaian Sijil Dan Diploma Eksekutif UMCCed.

Rencana ‘Memulihara Kehidupan Kelip-Kelip – Tanda Prihatin Masyarakat Koperasi’ mengupas habitat kelip-kelip dan aktiviti-aktiviti yang membawa kepada kepupusannya.

Ruangan Wanita dan Koperasi memaparkan penganjuran Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak melalui tajuk ‘Bidang Pengasuhan Perlukan Pengorbanan’.

Ruangan Antarabangsa pula memberi highlight kepada ‘International Co-operative Trade Fair – International Exhibition Centre, Tehran’ yang berlangsung pada 25 hingga 30 Oktober 2006. ANGKASA menyertai delegasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam pameran perdagangan ini untuk mempromosikan kerepek melalui program usahawan wanita oleh ANGKASA.

Dalam ruangan Kegiatan Koperasi kita ikuti kegiatan-kegiatan yang dibuat oleh Koperasi SMK Dato’ Abdul Rahman Yassin Berhad, Koperasi Serbaguna Daerah Jerantut Berhad, Koperasi Ukhwah Islamiah Jengka Berhad dan Koperasi Kampung Kechor Berhad.

Selamat menyambut Hari Wanita Desa 2007 pada 17 hingga 18 November 2006 dan selamat bersidang kepada para perwakilan di Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA yang ke-23 pada 16 Disember 2006 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.

AINI HAJI ABDUL MAJID
Pengarang

Untuk paparan terbaik gunakan pelayar Internet Explorer IE4.0 ke atas dengan resolusi 800x600
All rights reserved for ANGKASA. Copyright © 2001
webmaster@angkasa.coop

Muafakat Yang Membawa Berkat