PELANCAR ONLINE
Mac 2007

ARKIB PELANCAR


 

Program Taklimat dan Penerangan ISO 9001:2000

UNIT Sumber Manusia Bahagian Latihan ANGKASA telah menganjurkan satu program taklimat dan penerangan ISO 9001:2000 untuk kakitangan Jawatankuasa Perhubungan Negeri (JPN) pada 17 Januari lalu.

Program itu diadakan di Dewan Serbaguna, ANGKASA bertujuan menerangkan prosedur-prosedur ISO 9001:2000 mengenai bahagian-bahagian di ANGKASA Pusat kepada kakitangan JPN yang berada di setiap negeri.

Pegawai Latihan dan Pentadbiran Unit Sumber, Encik Che Mahalim Che Hashim berkata, program itu penting bagi memastikan semua kakitangan ANGKASA memahami perjalanan kerja di bawah piawaian ISO 9001:2000.

Katanya, program itu juga telah diisikan dengan sesi penyelarasan pengurusan antara beberapa bahagian di ANGKASA Pusat dengan JPN yang melibatkan tugas kakitangan JPN.

Antara tugas-tugas tersebut adalah penghantaran laporan pengamatan dan aktiviti JPN, penganjuran Kursus Wajib Bahagian Pelajaran, Penerangan, Penerbitan dan Perkhidmatan (B4P), pentadbiran perakaunan JPN dan pengenalan sistem baru potongan gaji BPA serta perkhidmatan-perkhidmatan terbaru potongan gaji.

- NORMAWATI MUHAMAD NOR

<< Kembali

Untuk paparan terbaik gunakan pelayar Internet Explorer IE4.0 ke atas dengan resolusi 800x600
All rights reserved for ANGKASA. Copyright © 2001
webmaster@angkasa.coop

Program Taklimat dan Penerangan ISO 9001:2000