Tambang Lawatan Sambil Belajar ALK Ditaja
SEKIRANYA terdapat persatuan atau kelab Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar (SMKDOJ) mengadakan program lawatan sambil belajar, kope-rasi tidak akan melepaskan peluang untuk menghantar Anggota Lembaga Koperasi (ALK) pelajar menyertainya,” kata Pengerusi Koperasi SMKDOJ Berhad, Haji Idris Ahmad.
Menurutnya, koperasi akan menaja ALK pelajar untuk menyertai lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh persatuan dan kelab setiap tahun.
“Seperti tahun lepas terdapat per-satuan menganjurkan lawatan ke Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan koperasi telah membiayai tambang beberapa ALK untuk menyer-tainya.
“Koperasi hanya menaja tambang yang ditawarkan kepada semua ALK manakala segala perbelanjaan lain dibayar sendiri oleh pelajar,” katanya.
Tujuan menaja tambang pelajar itu katanya, ialah untuk menggalakkan mereka supaya lebih gigih menjalankan tugas di koperasi dengan menghargai sumbangan mereka.
Selain itu, kegiatan koperasi yang lain ialah melakukan kegiatan jualan harian, buku teks, perjilidan buku dan peralatan alat tulis termasuk juga perkhidmatan fotostat.
“Koperasi juga ada mem-bina Sudut Membaca Kope-rasi untuk kemudahan ang-gota koperasi malah turut membina kawasan tempat letak kereta untuk disewa-kan para guru.
“Hasil daripada sewa akan diagihkan kepada Ta-bung Koperasi dan Per-satuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kerana semasa pem-binaannya, PIBG turut men-yumbangkan dana,” kata-nya.
Koperasi yang telah di-tubuhkan pada 1988 itu, turut menyediakan sumbangan kepada anggota pelajar yang kurang mampu untuk mem-peroleh peralatan sekolah.
“Koperasi akan memberikan set buku dan alat tulis. Biasanya pemberian sumbangan ini akan dibuat pada awal tahun. Pelajar boleh memohonnya pada awal tahun daripada koperasi dan koperasi menganggap sumbangan ini sebagai derma kepada sekolah kerana bukan semua pelajar akan diberi subsidi,” katanya.
Katanya, terdapat sedikit kemajuan dari segi penjualan koperasi walaupun mempunyai persaingan daripada pihak luar.
“Pihak pengurusan koperasi akan sentiasa berusaha untuk melakukan penambahbaikan terhadap koperasi dengan menambah pelbagai jualan.
“Antara kepelbagaian itu seperti menjual buku-buku rujukan dengan diberi potongan sebanyak 15 peratus, menyediakan perkhidmatan fotostat, penjilidan buku serta peralatan kerja kursus.
“Pihak sekolah akan melengkapkan semua kemudahan-kemudahan itu, di samping dapat menyenangkan kerja guru, ia juga dapat menunaikan kebajikan pelajar,” katanya.
Katanya, bagi potongan 15 peratus untuk setiap pembelian buku rujukan itu, pihaknya sudah berbincang dengan pembekal.
“Cara ini banyak membantu pelajar dan guru untuk mendapatkan buku rujukan yang sesuai,” katanya.
Koperasi yang sudah beroperasi hampir 19 tahun itu, amat menekankan keselamatan kedai koperasi dengan memasang gril dan alat penggera keselamatan bagi mengelakkan berlaku kecurian.
“Setakat ini keselamatan kedai tidak mempunyai sebarang masalah kerana ALK yang bertugas adalah amanah dan patuh mengikut jadual untuk melakukan kerja mereka.
“Guru-guru juga bekerjasama untuk mengawasi pelajar semasa bertugas kerana setiap kali koperasi beroperasi, guru dan pelajar bertugas bersama-sama,” katanya.
Waktu Koperasi SMKDOJ Berhad beroperasi adalah pada masa rehat yang mempunyai empat sesi sehari, setiap sesi 30 minit, dari 7.00 hingga 7.30 pagi, 10.25 hingga 10.45 pagi, 12.30 hingga 1.00 tengah hari dan 3.30 hingga 3.50 petang.
Haji Idris selaku Pengerusi koperasi amat berharap semoga Koperasi SMKDOJ Berhad akan menjadi kope-rasi yang berjaya dengan pengurusan yang lebih tersusun dan teratur serta berminat dengan sistem koperasi.
Malah, beliau berharap koperasi memperoleh untung yang lebih banyak lagi di samping menjaga kebajikan dan kesenangan pelajar.
“Kerjasama ALK terhadap koperasi adalah sangat baik kerana mereka memberikan bantuan yang terbaik,” katanya menamatkan perbualan dengan wakil PELANCAR.
- NORMAWATI MUHAMAD NOR