Bina Padang Petanq Di Setiap Daerah
PENGERUSI Jawatankuasa Perhubungan Negeri (JPN) Terengganu, Haji Mohamed Jais Hassan mengharapkan supaya gelanggang petanq negeri dibina di Kompleks Sukan di setiap negeri. Pihak Kementerian Belia dan Sukan wajar memandang perkara tersebut secara serius memandangkan permainan petanq semakin diminati. Ia turut dipertandingkan di Sukan SEA dan tidak pernah gagal menyumbang pingat kepada negara.
Beliau ditemui ketika Kejohanan Petanq Dewasa Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Gelanggang Petanq MRSM Kuala Terengganu baru-baru ini. Katanya, JPN Terengganu telah memohon melalui Exco Belia dan Sukan dan NGO Negeri Terengganu, Dato’ Haji Din Adam untuk mendapatkan sebuah gelanggang dibina di Kompleks Belia Negeri Terengganu.
Katanya, kejohanan kali ini menyaksikan penyertaan 30 pasukan lelaki dan 11 pasukan perempuan dewasa. Sementara itu, kategori pelajar lelaki telah dipertandingkan pada 5 Mei 2007 yang lalu. Bagi kategori pelajar perempuan pula pertandingan akhir telah berlangsung pada 11 Mei 2007.
Setiausaha JPN Terengganu, Haji Mohamed Yusoff berkata, selain mewakili negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan pada bulan Julai nanti, kejohanan petanq dewasa ini juga akan merebut piala pusingan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) Negeri Terengganu bagi kategori lelaki dan piala pusingan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu bagi kategori perempuan.
Sementara itu, Bendaharinya, Haji Yaakub Haji Mohd. @ Abdul Mutalib Mat memberitahu, permainan petanq turut diperkenalkan kepada umum ketika sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Terengganu pada setiap tahun. Langkah tersebut adalah cara JPN mempromosikan permainan tersebut.
Haji Mohamed Jais Hassan berharap pasukan yang akan mewakili negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan nanti akan menunjukkan corak permainan yang bermutu dan akan menjadi juaranya. Namun, yang paling penting ialah semangat kesukanan yang tinggi perlu diutamakan.
Berikut ialah pasukan yang mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan pada bulan Julai nanti :
Kategori Lelaki Dewasa :
Koperasi Assyakirin Terengganu Berhad
Pemain :
Abd. Wahab Mohamad
Yahaya Azhar
Abd. Rahman Ismail
Kategori Perempuan Dewasa :
Koperasi Polis Terengganu Berhad
Pemain :
Norliza Mohd. Nor
Siti Fatimah Idris
Hartizam Mohammad
Kategori Sekolah Lelaki :
Koperasi SMK Seri Dungun Berhad
Pemain :
Mohd. Fahmi Azizi Mohd. Bahri
Mohammad Firdaus Mazlan
Muhd. Shawal Ramlee
Kategori Sekolah Perempuan :
Koperasi SMK Seri Dungun Berhad
Pemain :
Radhiatul Adawiyah Razak
Nur Syirah Hawa Zainuddin
Intan Nabihah Abu Bakar
- MUHAMMAD HARUN