PELANCAR ONLINE
Julai 2007

ARKIB PELANCAR


 

Menyingkap Rahsia Berkoperasi
Oleh : Haji Mutadho Bahri
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri (JPN) Perlis

KETIKA menganggotai koperasi berdaftar, diri kita jarang-jarang diberi pendedahan secukup-cukupnya tentang hala tuju koperasi. Apabila kita bertanyakan rakan sekerja atau rakan seperjuangan, mereka tidak mampu menyatakan dengan jelas tentang perkara ini. Perkara yang disebut hanyalah pinjaman dan dividen sahaja. Mereka tidak mampu menjelaskan kemudahan-kemudahan lain yang boleh mereka miliki dari keuntungan yang telah diperoleh oleh koperasi.

Perkara sedemikian perlu dihalusi dan diteliti oleh pemimpin koperasi masa kini. Jika perkara sedemikian dibiarkan berterusan nescaya koperasi yang dipimpin itu, tidak mampu bersaing dengan koperasi-koperasi lain. Pemimpin koperasi harus berpegang kepada satu prinsip, iaitu anggota koperasi masa kini adalah tunjang kejayaan gerakan koperasi di Malaysia pada masa hadapan.

Kejayaan Dan Kecemerlangan Koperasi
  • Apabila wujudnya Falsafah Bekerja Bersama-sama Demi Manfaat Bersama.
  • Apabila pemimpin koperasi tidak menyembunyi kesilapan dan ke-kurangan yang telah dilakukan.
  • Apabila anggotanya dipupuk dengan nilai ETIKOP (Etika Koperasi).
  • Apabila anggotanya mampu mempertahankan kekuatan dan kele-bihan koperasi yang dianggotainya.

Sejajar dan selari dengan itu, didikan dan bimbingan tentang arah tuju dan hala tuju koperasi perlu diperluaskan lagi daripada peringkat akar umbi (sekolah) hinggalah ke pertubuhan masyarakat. Sama ada saranan ini di-terima atau tidak, pemimpin koperasi perlu membuat perbandingan tentang manfaat yang telah diperoleh oleh anggota koperasi dari pelbagai fungsi koperasi masa kini. Perbandingan ini bukannya mencari kesalahan atau kesilapan semata-mata tetapi ianya ber-tujuan mencari kele-mahan pendekatan iaitu dari segi meran-cang pembangunan anggota dan meran-cang pembangunan aktiviti dan kegiatan ekonomi.

Dari perbandingan itu, pemimpin koperasi perlu melipatgandakan usaha menyusun strategi jangka pendek dan jangka panjang. Persoalan sama ada diri mereka kekal memimpin atau tidak pada tahun-tahun berikut, perlu di-ketepikan. Di peringkat ini yang pen-ting ialah meningkatkan lagi motivasi dalam diri mereka, agar anggotanya tidak disalahkan, tidak dipinggirkan atau tidak didiskriminasikan.

Pendedahan Dalam Menying-kap Rahsia Berkoperasi

Dalam memastikan anggota kope-rasi mampu menyingkap rahsia ber-koperasi, pendedahan dan pendidikan ini, perlu dilakukan secara ber-peringkat-peringkat. Pertama ialah dari segi kewajipan mengangkat sumpah sebagai anggota. Kedua, kewajipan mengikuti kursus koperasi yang di-anjurkan oleh ANGKASA dan Maktab Kerjasama Malaysia (MKM). Ketiga, memastikan maklumat koperasi, dihebahkan setiap bulan atau dua bulan sekali. Keempat, mewajibkan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) turun bertemu anggotanya secara ber-kala dan mengikut taburan anggota-nya. Kelima, anggota koperasi diberi ruang dan peluang untuk memikul tanggungjawab yang telah digariskan dalam Akta Koperasi 1993 dan Peraturan-Peraturan Koperasi 1995.

Perhatian dan penekanan perkara yang dinyatakan di atas amat penting kerana banyak perkara yang boleh di-terokai dalam sesebuah koperasi. Ber-asaskan kepada prinsip-prinsip kope-rasi, penekanan ini bukan sahaja boleh membuka minda anggota koperasi tetapi juga boleh memastikan sesebuah koperasi itu mencapai matlamat Dasar Koperasi Negara (2002 – 2010) dan Rancangan Malaysia Kesembilan.

<< Kembali

Untuk paparan terbaik gunakan pelayar Internet Explorer IE4.0 ke atas dengan resolusi 800x600
All rights reserved for ANGKASA. Copyright © 2001
webmaster@angkasa.coop

Menyingkap Rahsia Berkoperasi