PELANCAR ONLINE
Februari 2008

ARKIB PELANCAR


 

Melahirkan Pemimpin Pelapis : Suatu Keperluan Dan Cabaran

Perkataan koperasi diceduk dari perkataan Inggeris "Cooperation" perbuatan Latin "operare" bermakna 'bekerja’ dan perkataan awal co bermakna 'bersama-sama'. Oleh itu, koperasi bermakna suatu tindakan ‘bersama-sama’. Tindakan bersama berlaku apabila sesuatu kerja dilakukan dalam bentuk berkumpulan dan bukannya secara bersendirian. Jadi, sebuah koperasi adalah mengandungi sekumpulan orang yang mempunyai tujuan dan cita-cita serupa untuk menjalankan satu-satu usaha yang boleh memperbaiki atau meningkatkan taraf hidupnya yang mana tidak boleh dijalankan atau dijayakan dengan seorang diri.

Ringkasnya, koperasi adalah sekumpulan manusia yang menjalankan aktiviti niaga dan sosial secara demokrasi untuk manfaatkan anggota kumpulan tersebut... Yang Dipertua ANGKASA, Profesor Diraja Ungku A.Aziz, mendefinisikan koperasi sebagai, "bekerja bersama-sama demi manfaat bersama."

Definisi koperasi yang diterima umum dan diiktiraf di peringkat antarabangsa adalah yang diputuskan di Manchester pada 1995 berbunyi, sebuah koperasi adalah pertubuhan manusia yang berautonomi di mana anggotanya bersafu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama dan aspirasi bersama di bidang ekonomi, sosial dan budaya melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang terkawal secara demokrasi (24 September 1995:Manchester, UK) .

Apabila menyentuh mengenai kepimpinan, koperasi seperti juga organisasi-organisasi lain yang mempunyai barisan kepimpinan yang tersendiri. Kepimpinan koperasi boleh dilihat dari dua perspektif, iaitu secara langsung di dalam koperasi itu sendiri dan luar koperasi daiam skop yang lebih luas. Sebagai pertubuhan berasaskan manusia, kepimpinan dalam koperasi berstruktur, bermula dengan anggota-anggota sebagai pemilik koperasi yang hadir dalam Mesyuarat Agung untuk membuat keputusan, termasuklah memilih Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD). Lembaga Koperasi ditakrifkan sebagai badan pengelola sesuatu koperasi berdaRar yang kepadanya pengurusan hal ehwal koperasi itu diamanahkan. Bilangannya hendakiah tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada 15 orang seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 42 (a), Akta Koperasi 1993. Mereka ini diberi beberapa kuasa untuk memastikan pentadbiran dan pengurusan koperasi dikendalikan dengan teratur. Lembaga terikat dengan matlamat, dasar-dasar dan perancangan jangka panjang koperasi serta strategi. Mereka melaksanakan pentadbiran dan pengurusan melalui mesyuarat-mesyuarat yang diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk menimbang dan meluluskan serta memantau semua kegiatan yang dijalankan koperasi.

Bagi melaksanakan tanggungjawabnya, Anggota Lembaga Koperasi mempunyai kuasa melantik daripada kalangannya, seorang Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang mempunyai tugas-tugas khusus. Semua mesyuarat koperasi dipengerusikan oleh Pengerusi koperasi yang bertanggungjawab memastikan mesyuarat berjalan lancar dan diadakan mengikut tempoh ditetapkan serta keputusan-keputusan diambil tindakan. Selain itu, Pengerusi bertanggungjawab menyelia secara am pentadbiran, hal ehwal koperasi dan pekerja koperasi.

Kawalan dalaman berterusan koperasi dijalankan oleh Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) yang juga merupakan pemimpin koperasi. Kawalan dalaman ini bagi memastikan sebarang kesilapan yang dilakukan dapat diperbetulkan dengan segera melalui laporan yang dikemukakan kepada Lembaga.

Bagi koperasi berkemampuan dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, mereka boleh menggaji pengurus dan kakitangan profesional untuk mengurus secara langsung koperasi. Di peringkat pengurusan, pengurus bertanggungjawab memimpin pekerja-pekerja di bawahnya melaksanakan segala aspek pengurusan mengikut arahan dan keputusan Lembaga. Beliau seharusnya membangkitkan semangat dan kerjasama persaudaraan antara kakitangan dan menguatkan kerjasama yang maksimum sesama mereka. Kakitangan adalah tulang belakang organisasi dan kerana itu harus difahami bahawa mereka bukan sahaja pekerja-pekerja, tetapi harus wujud dalam fikiran mereka tanggungjawab untuk menyelamatkan dan mengawal organisasi.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dalam skop yang lebih luas menjadi pemimpin kepada koperasi-koperasi di Malaysia. SKM ditubuhkan untuk memajukan gerakan koperasi melalui bimbingan dari segi penubuhan, pendaRaran dan membataikan pendaftaran,pengawalan, pengawaLseliaan koperasi-koperasi mengikut nilai kejujuran, kebolehpercayaan dan ketelusan bagi menyumbang ke arah mencapai objektif sosio-ekonomi negara. Selain itu SKM juga berperanan mewujudkan persekitaran yang sihat untuk pembangunan koperasi dengan memberi bantuan geran pembangunan, khidmat nasihat dan rundingan.

Sebagai koperasi induk yang mempunyai ahli-ahli di bawahnya, ANGKASA memimpin koperasi ke arah pembangunan melalui penerapan budaya koperasi dalam kehidupan masyarakat melalui pendidikan dan latihan serta membantu koperasi meningkatkan kecekapan pengurusan.

Jika dilihat dari atas ke bawah dalam koperasi dan luar koperasi, kita semua adalah pemimpin. Bersedia atau tidak, manusia perlu menerima hakikat bahawa setiap individu adalah pemimpin. Besar, kecil, tinggi atau rendah kedudukan serta tahap kuasa kepimpinan seseorang individu itu pula berbeza-beza mengikut keperluan, kedudukan dan pengaruh persekitarannya (Utusan Malaysia, Selasa 7 Ogos 2007:18).

Dalam soal kepemimpinan, kita selalunya tidak dapat membezakan antara pengurus dengan pemimpin. Namun, ramai pengkaji bersetuju bahawa kejayaan terulung hanya boleh dicapai melalui kuasa pemimpin bukannya kuasa pengurus. Pemimpin lazimnya tidak terlibat secara langsung dalam proses pengurusan. Tugas ini dilakukan oleh pengurus, penyelia dan pentadbir mengikut keahlian masing-masing. Apa yang pasti, pemimpin perlu mengetahui asas pengurusan untuk memimpin organisasi dan masyarakat. Pemimpin sendiri apabila bijak menguruskan dirinya sudah pasti dapat memimpin orang lain. Perbezaan pemimpin dengan pengurus dapat dijelaskan seperti berikut:

Walaupun koperasi menggaji pengurus dan kakitangan profesional, hubungan antara kedua-dua pihak tidak putus. Setiap keputusan yang dilaksanakan mesti mendapat kebenaran ALK kerana mereka bertanggungjawab atas apa yang dilakukan oleh pekerja. Perkara ini dijelaskan dalam perundangan koperasi melalui peruntukkan di bawah Seksyen 45(3) Akta Koperasi 1993 dan peraturan 18, Peraturan-Peraturan Koperasi 1995.

KENAPA PEMIMPIN PELAPIS

Dalam apa jua pembangunan sama ada pembinaan bangsa, negara, organisasi, persatuan, pemiagaan, keluarga dan sebagainya, memerlukan pemimpin pelapis untuk meneruskan perjuangan atau kesinambungan apa yang telah dibina oleh generasi terdahulu dan sekarang. Demikian juga i sektor koperasi. Yang lama tidak akan mampu selama-lamanya menyumbang tenaga. Akan tiba masanya mereka perlu berehat dan memberi laluan kepada yang baru. Itu adat dunia yang perlu dihadapi oleh semua orang. Tidak wujud di dunia ini pemimpin seumur hidup yang selama-lamanya mahu berkuasa. Pemimpin sebegini tidak ada wawasan dan hanya mementingkan diri dan kedudukan sahaja. Apabila keadaan ini berlaku, proses penggantian hanya sekadar memenuhi kekosongan dengan pengganti yang tidak tentu hala tujunya. Jadi, proses transformasi ke arah penggantian mesti ada perancangan dan pembangunan yang teratur dan tersusun bermula dari sekarang kerana usaha ini memakan masa yang panjang terutama dalam mencorakkan kepimpinan baru yang diingini. Dengan cara ini barulah pemimpin baru dapat memenuhi matlamat ditetapkan.

Dalam soal ini, kerjasama dan kesepakatan antara yang tua dengan yang muda harus dicergaskan. Gokegan muda didekatkan, dikenal dan dilibatkan dalam koperasi. Yang lama membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada yang baru. Melalui perkongsian pengalaman dan penglibatan secara langsung dalam koperasi akan memupuk semangat untuk melibatkan diri dalam koperasi seterusnya menjadi pemimpin dalam sektor ini. Ditambah lagi kedudukan koperasi sebagai sektor ketiga penyumbang kepada ekonomi negara akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada graduan-graduan profesional. Peluang ini harus direbut oleh koperasi untuk menyalurkan tenaga profesional memimpin gerakan koperasi. Kini dan dalam tahun-tahun akan datang, dengan ramainya pelajar yang keluar dari institusi pengajian tinggi serta terbatasnya peluang-peluang pekerjaan di sektor awam dan swasta, tentulah ramai yang berminat untuk memberi khidmat dalam gerakan koperasi.

Ditambah pula, sekarang ini gerakan koperasi memerlukan nafas baru yang punya kaedah, pendekatan dan tempoh baru untuk melakukan perubahan. Orang baru dengan idea-idea baru, semangat tinggi, lebih bermotivasi dan berwawasan untuk melakukan perubahan selaras dengan kehendak semasa gerakan koperasi. Dalam soal ini, bukannya orang lama tidak boleh melakukan perubahan, tetapi perubahan yang dilakukan tidak ke mana kerana mereka berada dalam ‘zon selesa', iaitu selesa dengan apa yang ada dan yang berlaku sekarang. Selain itu, dari sudut positifnya pemimpin baru dapat membina integriti, imej dan kemapanan sesebuah organisasi.

KEPERLUAN PEMIMPIN PELAPIS

Satu Oend lama yang sudah sebati dan membentuk imej koperasi yang semua orang tahu ialah keanggotaan dan kepimpinannya, kebanyakan dianggotai oleh golongan tua dan pesara yang mempunyai pelbagai tahap pendidikan yang mana segelintir sahaja berpendidikan tinggi. Mereka dengan cara, gaya dan pemikiran lama yang sukar diubah, tetapi untuk kemajuan keadaan ini perlu diubah. Penglibatan pemimpin pelapis yang berpendidikan dan profesional akan dapat memperbetulkan imej koperasi dan berkemampuan membawa koperasi menempuhi cabaraacabaran baru yang mendatang.

Koperasi menghadapi cabaran untuk menggekalkan dan meneruskan industri yang diusahakan turun temurun yang kebanyakan adalah hiliran dan konvensional. Industri ini memerlukan pelapis untuk meneruskan kegiatan-kegiatan dalam skala yang lebih besar dengan idea-idea baru yang lebih kreatif dan inovatif. Peluang pekerjaan dalam induStri ini besar memandangkan terdapatnya permintaan yang tinggi dari sektor pelancongan dalam dan luar negara. Malangnya industri ini diusahakan oleh anggota-anggota koperasi yang sudah berumur kerana anak-anak mereka atau gok»gan muda lebih berminat bekerja di sektor awam, swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Persepsi dan minda golongan muda perlu diubah untuk melihat industri hiliran dan konvesional memberi prospek yang besar kepada mereka.

Kini, koperasi berhadapan dengan cabaran baru membudayakan keusahawanan dalam koperasi yang menjadi agenda utama pembangunan koperasi negara. Dalam proses penggalakkan dan pembangunan keusahawanan ini, koperasi memerlukan kepakaran tenaga muda dalam pelbagai bidang berkaitan keusahawanan seperti pembekal bahan mentah, penjenamaan, penglabelan, pengiklanan, pembungkusan, pemakanan, pemasaran, jaringan dan sebagainya. Kebanyakannya bidang baru, memerlukan kepakaran orang baru. Keusahawanan koperasi boleh dilihat dari dua keadaan, iaitu koperasi dan anggota-anggota koperasi itu secara sendirinya mengusahakan aktiviti-aktiviti keusahawanan.

Di peringkat kerjasama serantau dan antarabangsa kita masih lagi kurang menonjolkan kepimpinan muda. Gerakan amat memerlukan pemimpin muda koperasi yang benvawasan yang boleh mewakili negara ke persidangan-persidangan serantau dan antarabangsa untuk menyuarakan hasrat kita dan berkongsi pengalaman kejayaan yang dicapai. Kita mesti bertindak pantas dan tangkas membuat quanfum leap untuk mengambil alih peranan kepimpinan dalam gerakan koperayi bagi memastikan ada kesinambungan. Moga dengan adanya pemimpin pelapis dapat memberi suntikan baru ke arah pembangunan kemajuan koperasi yang lebih cemerlang. Keterbukaan dan ketelusan dalam memberi peluang kepada pemimpin pelapis menunjukkan koperasi mempunyai integriti.

<< Kembali

Untuk paparan terbaik gunakan pelayar Internet Explorer IE4.0 ke atas dengan resolusi 800x600
All rights reserved for ANGKASA. Copyright © 2001
webmaster@angkasa.coop

Melahirkan Pemimpin Pelapis : Suatu Keperluan Dan Cabaran