PELANCAR ONLINE
Disember 2009

ARKIB PELANCAR


 

Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Dan Pingat-Pingat Negeri Pahang
Oleh : Abdul Aziz Mohamad Yunus
ziz@angkasa.coop

Pekan, Pahang 24 Oktober 2009 bersamaan 5 Zulkaedah 1430H, berlangsung Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang bertempat di Istana Abu Bakar.

Tarikh ini merupakan tarikh bersejarah bagi Yang Dipertua ANGKASA, Prof. Dato' Dr. Haji Mohd. Ali Haji Baharum kerana telah dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato'.

Pada jam 9.00 pagi, kesemua dif-dif jemputan, penerima-penerima Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat mengambil tempat di Balai Rong Seri Istana Abu Bakar. Tepat jam 10.00 pagi, majlis telah diserikan lagi dengan keberangkatan tiba Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang diiringi Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom, Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang dan Yang Amat Berbahagia Cik Puan Muda Pahang ke Balai Rong Seri.

Majlis dimulakan dengan nyanyian 'Allah Selamatkan Sultan Kami'. Sebaik sahaja selesai nyanyian, Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat pun dimulakan. Pada majlis ini seramai 60 orang telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) termasuklah Yang Dipertua ANGKASA. Majlis ini telah tamat pada jam 12.30 tengah hari dan diikuti pula dengan majlis santapan di Dewan Mulia, Istana Abu Bakar, Pekan. Seluruh warga ANGKASA amat berbangga dan bersyukur dengan penganugerahan ini. Tahniah diucapkan ...

<< Kembali

Untuk paparan terbaik gunakan pelayar Internet Explorer IE4.0 ke atas dengan resolusi 800x600
All rights reserved for ANGKASA. Copyright © 2001
webmaster@angkasa.coop

Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Dan Pingat-Pingat Negeri Pahang