PELANCAR ONLINE
OGOS 2005

 

ARKIB PELANCAR 2005

 

 

 

 

 

MINDA PENGARANG
PELANCAR PENGUKUR DAYA FIKIR KOPERASI

AKRONIM ANGKASA atau nama penuhnya Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad dan majalah PELANCAR, sinonim dalam perjuangan memperluaskan perkembangan gerakan koperasi di Malaysia dari dahulu hingga sekarang.

Selepas dua tahun ANGKASA ditubuhkan, PELANCAR menyusul dengan terbitan pertama pada bulan Februari 1974. Paparan muka depannya adalah Perutusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Tun Haji Abdul Razak bin Hussein. Moto majalah PELANCAR pada ketika itu ialah "Majalah Nasional ANGKASA - Mendukung Cita-Cita Koperasi".

Berdasarkan moto dan sedikit kajian dalam keluaran pertama itu, didapati penerbitan PELANCAR pada ketika itu lebih kepada pengenalan dan pengisiannya oleh pengarang sendiri.

Suka saya memetik kata-kata Yang Mulia Profesor Diraja Ungku A. Aziz dalam kata-kata aluan yang diterbitkan dalam keluaran pertama PELANCAR berbunyi, " . dengan lahirnya PELANCAR yang akan menjadi sumber pendorong besar ke arah mengekalkan gerakan koperasi sebagai sebuah organisasi ekonomi sosial yang boleh memainkan peranan dalam pembangunan masyarakat di negara kita."

Barangkali beliau boleh berbangga dengan dimensi baru PELANCAR. Harapan yang beliau sandarkan satu ketika dahulu sudah membuahkan hasil. PELANCAR kini ada peningkatan mutu. Dalam usia 31 tahun, PELANCAR sudah matang dari segi persembahan dan pengisian. Dahulu cetakan PELANCAR hitam putih (tidak berwarna), sekarang berwarna dengan paparan muka depan berfokus, terancang dan setiap keluaran ada konsep tersendiri. Motonya lebih berfokus kepada peranan PELANCAR sebagai sumber informasi "Wadah Jati Diri Koperasi".

Begitu juga pengisiannya, dengan 12 halaman rencana-rencana atau artikel yang diterbitkan dalam PELANCAR terdahulu agak terbatas berbanding sekarang, bilangan muka suratnya bertambah kepada 52 halaman. Bermakna pengisian PELANCAR lebih meluas, terancang, tersusun dan berfokus.

Di dalamnya diadakan kolum tetap untuk pemimpin-pemimpin koperasi menyatakan pendapat dan buah fikiran mereka seperti Minda Pengarang dan Ruangan Khusus untuk lima pemimpin teratas koperasi iaitu Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib-Naib Yang Dipertua.

Ruangan Tinjauan Ke Koperasi disediakan untuk menyiarkan berita-berita semasa yang berlaku di koperasi, khususnya koperasi sekolah, adalah bertujuan untuk meninjau secara langsung perkembangan gerakan koperasi sekolah dan aktiviti-aktiviti koperasi itu yang melibatkan golongan muda.

PELANCAR juga lebih bersifat terbuka, memberi ruang kepada PegawaiPegawai Pelajaran dan pegawai-pegawai ANGKASA menghantar tulisan untuk disiarkan dalam majalah PELANCAR. Penulis-penulis luar juga dialu-alukan menyumbangkan idea dan pemikiran mereka khususnya dalam bidang koperasi yang boleh memantapkan gerakan koperasi untuk dikongsi dan difiktopik khusus yang memerlukan ulasan mendalam.

Peranan PELANCAR sebagai 'jurucakap' koperasi perlu dipertingkatkan lagi. Kita yakin pandangan, pendapat, idea dan berita kejayaan koperasi dapat disebarkan dengan menarik dan sempurna.

Akhir kata, melalui PELANCAR kita bersama-sama mendapat pendedahan tentang faedah berkoperasi iaitu "The Co-operative Advantage".

Hajah Rahaiah Baheran
Sidang Pengarang

Untuk paparan terbaik gunakan pelayar Internet Explorer IE4.0 ke atas dengan resolusi 800x600
All rights reserved for ANGKASA. Copyright © 2001