ARKIB PELANCAR 2005

 

 

 

 

 

 

MINDA PENGARANG
PERUBAHAN SIKAP ANGGOTA BAWA KEJAYAAN KOPERASI

Dalam pembangunan negara ada tiga elemen penting iaitu pengetahuan (knowledge), kemahiran (skill) dan sikap yang positif (right attitude). Memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tinggi tanpa sikap yang positif tidak akan memberi kejayaan kepada satu-satu projek atau program pembangunan. Saranan perubahan sikap seringkali digunakan khususnya olehp pemimpin, negara termasuk pemimpin koperasi.

Sememangnya perkara ini adalah satu perkara yang amat penting dan mungkin ada kebaikannya jika perkara ini dibicarakan dengan lebih mendalam. Jika tidak, pemimpin dan anggota koeprasi akan tercari-cari apakah yang dimaksudkan dengan perubahan sikap bagaimana sebenarnya perubahan ini boleh berlaku dan tidak boleh berlaku.

Sikap adalah kecenderungan atau pendirian terhadap sesuatu idea, amalan atau barang. Sehubungan dengan itu, sikap seseorang boleh merupakan sikap yang negatif atau sikap yang posiif . Sekiranya seseorang anggota mempunyai sikap yang negatif, amat rendahlah kecenderungannya untuk menerima sesuatu idea yang ditonjolkan itu.

Sikap yang positif atau negatif seseorang anggota berasal daripada beberapa faktor termasuk nilai sosial, pendapat, kepercayaan, pengalaman dan pra-sangka di samping beberapa faktor lain. Misalnya sikap yang negatif terhadap gerakan koperasi boleh muncul dari pengalaman pahit yang dialami oleh anggota tersebut. Sikap negatif terhadap penggunaan satu-satu teknologi boleh muncul dari pengalaman buruknya menggunakan teknologi tersebut. Begitu juga sikap positif atau negatif boleh muncul dari kejayaan atau kegagalan satu-satu program yang dilaksanakan oleh koeperasi.

Perubahan sikap adalah satu peringkat perantaraan di antara pengalaman dan tabiat. Dalam konteks biasa, perubahan sikap tidak semestinya bermakna perubahan tabiat. Sikap seseorang dicerminkan oleh pendapat yang dilafazkan berulangkali. Misalnya, seseorang anggota yang seringkali mengatakan orang Melayu malas, mencerminkan sikap yang negatif terhadap orang Melayu. Sebaliknya seseorang anggota yang seringkali menyatakan bahawa kerajinan adalah satu sifat yang mulia mencerminkan bahawa sikapnya terhadap konsep rajin adalah positif.

Namun demikian dalam kedua-dua keadaan, tidak semestinya sikap yang ditunjuk akan menentukan tindakan atau tabiat yang sewajarnya. Misalnya, anggota yang seringkali mengatakan 'orang Melayu malas' mungkin akan terus cuba membantu orang Melayu supaya maju. Sebaliknya, anggota yang mempunyai sikap yang positif terhadap konsep rajin mungkin tidak mempunyai sifat rajin. Ini jelas ada kemungkinan wujudnya satu jurang di antara sikap dan amalan.

Dengan lain perkataan, perubahan sikap tidak semestinya bermakna seseorang akan melakukan sesuatu amalan yang ditonjolkan itu. Oleh itu, anggota koperasi tidak seharusnya berubah sahaja tetapi hendaklah terus menerus bersedia menerima sesuatu idea dan apabila diamalkan dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran akan membentuk suatu perubahan tabiat (culture) yang baik dan berkesan.

Apabila memahami konsep perubahan sikap, maka diharap anggota koperasi akan mengambil tindakan menuju ke peringkat yang lebih tinggi iaitu membentuk tabiat (culture) demi pembanganunan gerakan kopearsi di n egara ini dan akan membawa kejayaan kepada koperasi masing-masing.

Untuk paparan terbaik gunakan pelayar Internet Explorer IE4.0 ke atas dengan resolusi 800x600
All rights reserved for ANGKASA. Copyright © 2001
webmaster@angkasa.coop