|
Pembangunan Wanita Melalui
Pendidikan Unit Pembangunan Wanita
Dan Taman Cahaya Mata (TCM)
Menurut Sumber Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia,
40 peratus daripada lima juta anggota koperasi di Malaysia adalah
anggota wanita. Jika dilihat daripada bilangan keanggotaan wanita
di dalam gerakan koperasi, amatlah menggalakkan. Namun, penglibatan
mereka di dalam aktiviti-aktiviti koperasi masih kurang. Ke-banyakan
mereka melibatkan diri sebagai anggota biasa tetapi tidak memainkan
peranan dalam membuat keputusan.
ANGKASA mendapati pendidikan dan latihan penting
untuk meningkatkan kepimpinan wanita dalam gerakan koperasi. Adalah
menjadi fokus utama Unit Pembangunan Wanita dan Taman Cahaya Mata
(TCM), Bahagian Pendidikan, Penerangan, Penerbitan dan Perkhidmatan
(B4P) ini, untuk menggalakkan wanita meningkatkan serta memantapkan
pengetahuan dengan menghadiri kursus-kursus dan majlis ilmu yang
dianjurkan oleh ANGKASA. Ini termasuklah Kursus Wajib Siri 1 (Anggota
Lembaga Koperasi), Kursus Wajib Siri 2 (Juruaudit Dalaman) dan Kursus
Ketrampilan Bertutur (KKB) untuk koperator wanita.
Melalui program kursus wajib tersebut, para koperator
wanita berpeluang meningkatkan ilmu dan mengetahui sedikit sebanyak
mengenai perakaunan, pengauditan, pentadbiran, pengurusan dan perundangan
koperasi. Menerusi program KKB, anggota wanita akan diajar untuk
bercakap dalam mesyuarat agung dan membina keyakinan diri.
Selain itu, Program Latihan Jurulatih turut dianjurkan
dan dikendalikan oleh jurulatih profesional. Program ini bertujuan
melatih bakal-bakal pemimpin di kalangan wanita yang mempunyai keupayaan
serta berpotensi untuk memimpin gerakan koperasi.
Bagi memastikan program pendidikan berjalan dengan
lancar, satu Bengkel Penyusunan Program Wanita yang dihadiri oleh
Jawatankuasa Wanita ANGKASA dari setiap negeri diadakan bagi merancang
dan menyusun program dan aktiviti sepanjang tahun.
Penubuhan TCM
Unit ini turut bertanggungjawab dalam menggalakkan penubuhan taska
di koperasi-koperasi. Penubuhan taska sebagai suatu aktiviti ekonomi
di koperasi ber-sesuaian dengan kehendak masa kini. Bagi wanita
yang berkeluarga dan mempunyai kerjaya, masalah penjagaan anak dapat
diatasi dengan menghantar anak mereka di pusat asuhan kanak-kanak
yang berkelayakan.
Memahami keperluan ini, pende-dahan dan bimbingan
bagi yang beminat untuk menubuhkan taska amatlah perlu. Antara kursus
yang dianjurkan ter-masuklah Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak.
Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK)
Kursus ini dianjurkan untuk melatih bakal pengusaha dan pengasuh
yang berminat di dalam bidang pengasuhan kanak-kanak. Tempoh kursus
18 hari dan para peserta perlu menghadiri kuliah, mengambil bahagian
di dalam aktiviti berkumpulan serta menjalani ujian amali dan bertulis
yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Sijil
kursus akan dianugerahkan kepada peserta yang lulus di dalam peperiksaan
yang dijalankan.
Untuk tahun 2004 ini, Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak
dijadualkan berlangsung pada bulan Februari dan September. Permohonan
untuk mengikuti kursus ini boleh dibuat melalui koperasi dengan
mengisi borang yang diedarkan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Unit Pembangunan Wanita dan TCM di talian : 03-78008127.2
– HAMIDAH MOHD. JAMIL
Ketua Unit Pembangunan Wanita dan TCM
|