|
Majlis TCM Ceria
KEPERLUAN pendidikan anak-anak merupakan aspek utama
kemajuan
serta pembangunan sesebuah keluarga. Pembinaan sahsiah diri yang
baik generasi muda ini juga merupakan tunggak penentu kecemerlangan
bangsa dan negara.
Bagaimanapun, keperluan tersebut agak terbatas andai
kedua-dua teraju ke-luarga iaitu ibu dan bapa bekerja. Namun, kemunculan
taman-taman asuhan seperti taska dan taski membantu meringankan
beban ibu bapa yang berkarier ini.
Sebagaimana yang telah diketahui umum, ANGKASA selaku
badan apex koperasi di negara ini turut terpanggil dalam memberi
khidmat taska khusus bagi kemudahan kakitangannya. Ibu bapa yang
berkerjaya ini tidak perlu risau akan anak-anak mereka yang diberi
didikan, perlindungan serta dijaga dengan baik di Taska Cahaya Mata
(TCM) ini.
Demikian pendapat yang disuarakan oleh Timbalan
Bahagian (Pembangunan) B4P, Hajah Roszurina Haji Omar, semasa berucap
merasmikan Majlis Akhir Tahun TCM ANGKASA yang diadakan pada 20
Disember 2003 yang lalu di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya. Majlis
itu juga ber-sempena meraikan sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan
meraikan anak-anak kelas Bistari yang menjejakkan kaki ke alam per-sekolahan
sebenar pada tahun 2004 ini.
Turut menyerikan majlis ialah ucapan alu-aluan Pengerusi
G7, Encik Mohd. Rais Ismail serta Penyelia TCM ANGKASA, Cik Norhaidah
Mokhtar. Kedua-duanya menyatakan, rasa syukur akan perkem-bangan
positif yang dicapai kanak-kanak di TCM ini. Ucapan terima kasih
juga kepada ibu bapa dan orang ramai yang menyokong perjalanan TCM
ini.
Malah, ramai ibu bapa yang bertemu dengan mereka
secara peribadi menyata-kan rasa puashati terhadap jagaan, layanan
dan juga didikan yang diberi ke-pada anak-anak mereka. Kanak-kanak
di TCM ini juga difahamkan lebih bijak dan cepat memahami sesuatu
apabila disoal.
Majlis tambah ceria dengan per-sembahan menarik
anak-anak kecil yang bijak dan comel. Terdapat tiga kelas kanak-kanak
yang terlibat iaitu kelas Bistari, Si Comel dan Kreatif. Bakat dan
keupayaan kanak-kanak ini nyata memukau para ibu bapa yang kelihatan
terhibur dengan persembahan dan keletah mereka sewaktu menari dan
menyanyikan beberapa rangkaian lagu.
Tetamu yang hadir kelihatan tidak kering gusi menyaksikan
keletah menghiburkan anak-anak comel ini. Keceriaan kanak-kanak
terserlah dengan tarian-tarian rancak sambil mengikuti rentak lagu-lagu
popular masa kini. Ternyata kesan positif yang ditunjukkan mereka
meyakinkan para ibu bapa akan keberkesanan didikan dan asuhan di
TCM ini.
Para jemputan seterusnya menjamu selera dengan pelbagai
juadah istimewa di kantin ANGKASA.Kemeriahan Aidil Fitri nyata masih
terasa dengan majlis sedemikian. Malah, sumbangan ibu bapa banyak
membantu menghidupkan majlis akhir tahun TCM ini yang menyediakan
berbagai-bagai bentuk hadiah kepada kanak-kanak setiap kelas.
TCM ini juga difahamkan turut menerima permintaan
dari luar iaitu mereka yang bukan kakitangan ANGKASA. Penyertaan
yang menggalakkan ini memberi kesan lebih positif terhadap kredibiliti
ANGKASA dalam sistem pengurusan dan perlak-sanaan sebuah pusat jagaan
yang terbaik, lengkap dan teratur dalam setiap sudut.2
– NORLAILI MANSOR
|