|
Rekomendasi
Berkaitan Penggalakan Koperasi
PERSIDANGAN Agung Pertubuhan Buruh Antarabangsa,
Setelah dilangsungkan di Geneva oleh Badan Penguasa Pejabat Buruh
Antarabangsa, dan setelah bersidang di sesinya yang ke-90 pada 3
Jun 2002, dan
Mengiktiraf pentingnya koperasi di dalam mewujudkan
peluang pekerjaan, menggerakkan sumber, menjana pelaburan dan sumbangan
mereka terhadap ekonomi, dan
Mengiktiraf bahawa koperasi di dalam kepelbagaian
bentuknya menggalakkan penyertaan sepenuhnya semua lapisan masyarakat
di dalam pembangunan ekonomi dan sosial, dan
Mengiktiraf bahawa globalisasi telah mencipta tekanan
yang baru dan berbeza, masalah, cabaran dan peluang bagi koperasi,
dan bahawa satu bentuk penyatuan manusia yang lebih kukuh adalah
diperlukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi memudahkan
pembahagian manfaat globalisasi yang lebih saksama, dan
Mengambil kira Deklarasi ILO di atas Prinsip dan
Hak Asasi semasa bekerja, yang diterima pakai oleh Persidangan Buruh
Antarabangsa di Sesi ke 86 (1998), dan
Mengambil kira hak dan prinsip yang termaktub di
dalam Konvensyen dan Rekomendasi Buruh Antarabangsa, khususnya Konvensyen
Buruh Paksa (Forced Labour Convention), 1930; Konvensyen Kebebasan
Kesatuan dan Perlindungan Hak Menganjur (the Freedom of Association
and Protection of the Right to Organise Convention), 1948; Konvensyen
Hak Menganjur dan Kuasa Tawar-menawar Secara Kolektif (the Right
to Organise and Collective Bargaining Convention), 1949; Konvensyen
Penggajian Saksama (the Equal Remuneration Convention), 1951; Konvensyen
Keselamatan Sosial (Piawaian Minima) (the Social Security (Minimum
Standards) Convention)), 1952; Konvensyen Peman-suhan Buruh Paksa
(the Abolition of Forced Labour Convention), 1957; Konvensyen Diskriminasi
(Penggajian dan Perjawatan) (the Discrimination (Employment and
Occupation) Convention), 1958; Konvensyen Dasar Penggajian (the
Employment Policy Convention), 1964; Konvensyen Had Umur Minima
(the Minimum Age Convention), 1973; Konvensyen dan Rekomendasi Per-tubuhan
Pekerja-Pekerja Desa (the Rural Workers’ Organisations Convention
and Recommendation), 1975; Konvensyen dan Rekomendasi Pembangunan
Sumber Manusia (the Human Resources Development Convention and Recommendation),
1975; Rekomendasi Dasar Penggajian (Peruntukan Tambahan) (the Employment
Policy (Supplementary Provisions) Recommen-dation), 1984; Rekomendasi
Pengwujudan Kerja di dalam Industri Kecil dan Sederhana (the Job
Creation in Small and Medium-Sized Enterprises Recommendation),
1998; dan Konvensyen Perburuhan Kanak-Kanak Yang Berbentuk Melampau
(the Worst Forms of Child Labour Convention), 1999; dan
Mengingat kembali prinsip yang termaktub di dalam
Dek-larasi Philadelphia bahawa ‘buruh bukan bahan dagangan’,
dan
Mengingat kembali bahawa pengwujudan kerja yang
bersesuaian untuk para buruh di mana jua adalah menjadi objektif
utama Pertubuhan Buruh Antarabangsa, dan
Setelah diputuskan untuk menerimapakai usul-usul
tertentu berhubung dengan penggalakan koperasi, yang mana merupakan
agenda ke-4 dalam sesi tersebut, dan
Setelah menentukan bahawa usul-usul ini hendaklah
bersifat sebagai suatu Rekomendasi:
Menerima yang berikut sebagai Rekomendasi pada 20
Jun 2002, yang mana akan dikenali sebagai Rekomendasi Penggalakan
Koperasi, 2002.
I. SKOP, DEFINISI DAN OBJEKTIF
1. Telah diperakui bahawa koperasi beroperasi di
dalam semua sektor ekonomi. Rekomendasi ini terpakai ke atas semua
jenis dan bentuk koperasi.
2. Untuk tujuan Rekomendasi ini, istilah “koperasi”
bermaksud sebuah pertubuhan manusia yang berautonomi bersatu secara
sukarela bagi memenuhi keperluan dan aspirasi ber-sama di bidang
ekonomi, sosial dan budaya menerusi satu badan yang dimiliki bersama
dan terkawal secara demokrasi.
3. Penggalakan dan pengukuhan jati diri koperasi
hendaklah didorong atas dasar:
(a) nilai koperasi berdikari, tanggungjawab diri, demokrasi,
persamaan, kesaksamaan dan perpaduan; dan begitu juga nilai etika
sadik, keterbukaan, tanggungjawab sosial serta sikap penyayang;
dan
(b) prinsip koperasi sepertimana yang digubal oleh
pergerakan koperasi antarabangsa dan seperti yang dirujuk di dalam
lampiran yang disertakan bersama. Prinsip-prinsip ini adalah: keanggotaan
sukarela dan terbuka; kawalan demokrasi oleh anggota; penglibatan
ekonomi oleh anggota; autonomi dan kebebasan; pendidikan, latihan
dan maklumat; kerjasama antara koperasi; serta prihatin terhadap
masyarakat.
4. Langkah-langkah hendaklah diambil bagi mempromosikan
potensi koperasi dalam semua negara, tanpa mengira tahap pembangunan
mereka dalam usaha untuk membantu mereka serta keanggotaannya bagi:
(a) mewujud dan membangunkan aktiviti-aktiviti menjana
pendapatan dan meneruskan penggajian yang berse-suaian dan berterusan;
(b) membangunkan keupayaan sumber manusia dan
pengetahuan tentang nilai, kelebihan serta faedah pergerakan koperasi
menerusi pendidikan dan latihan;
(c) membangunkan potensi perniagaan mereka termasuk
keupayaan keusahawanan dan pengurusan;
(d) menguatkan daya saing begitu juga keupayaan
menembusi pasaran serta institusi kewangan;
(e) meningkatkan simpanan dan pelaburan;
(f) memperbaiki taraf sosial dan ekonomi dengan
mengambil
kira keperluan untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi;
(g) menyumbang kepada pembangunan kemanusiaan
yang berterusan; dan
(h) memantap dan mengembangkan sektor ekonomi yang
ketara berdaya maju dan dinamiknya, termasuklah koperasi, yang memenuhi
keperluan sosial dan ekonomi masyarakat.
5. Pemakaian langkah-langkah khusus hendaklah didorong
bagi membolehkan koperasi, sebagai badan perniagaan dan pertubuhan
yang dirangsang oleh perpaduan agar berupaya memenuhi keperluan
anggota dan juga keperluan masyarakat, termasuklah kumpulan-kumpulan
yang tidak bernasib baik dalam langkah untuk mencapai penerimaan
mereka dalam masyarakat.
II. RANGKAKERJA DASAR DAN PERANAN KERAJAAN
6. Masyarakat yang seimbang membolehkan kewujudan
sektor awam dan swasta yang kukuh, begitu juga dengan koperasi,
badan pakatan dan sektor sosial serta NGO yang lain. Maka dalam
konteks inilah, pihak kerajaan patut menyediakan sokongan dasar
dan rangkakerja perun-dangan yang konsisten dengan fungsi dan fitrah
koperasi dan dipandu oleh nilai dan prinsip seperti mana yang tertera
di Perenggan 3, yang mana:
(a) mewujudkan satu rangka kerja penubuhan dengan
tujuan untuk membolehkan pendaftaran koperasi supaya lebih segera,
mudah, murah dan berkesan;
(b) memajukan dasar bagi membolehkan pengwujudan
rezab yang wajar, yang mana sekurang-kurang seba-hagian daripadanya
tidak boleh diagih-agihkan, dan men-jadi tabungan bersama yang dikekalkan
dalam koperasi;
(c) mengusahakan ke arah menerima pakai langkah-
langkah bagi mengawal selia koperasi, berlandaskan fitrah dan fungsi,
yang mengekalkan autonomi mereka dan selaras dengan amalan dan perundangan
negara, serta yang setaraf dengan perundangan yang terpakai bagi
lain-lain bentuk pertubuhan perniagaan dan sosial;
(d) memudahkan keanggotaan koperasi di dalam struktur
koperasi yang bersesuaian dengan keperluan para anggota; dan
(e) menggalakkan pembangunan koperasi sebagai badan
autonomi dan urus-sendiri khususnya di dalam bidang di mana koperasi
mempunyai peranan penting untuk dimainkan atau menyediakan perkhidmatan
yang tidak ditawarkan sebelumnya.
7. (1) Penggalakan koperasi berpandukan nilai dan
prinsip
yang telah digariskan di dalam Perenggan 3 hendaklah diambil sebagai
satu tunggak pembangunan ekonomi dan sosial di peringkat kebangsaan
dan antarabangsa.
(2) Koperasi hendaklah dilayan selaras dengan amalan
dan
perundangan negara, dan atas dasar yang setaraf dengan mana-mana
perundangan yang terpakai bagi lain-lain bentuk pertubuhan perniagaan
dan sosial. Kerajaan hendaklah memperkenalkan langkah-langkah sokongan,
di mana sesuai, untuk aktiviti-aktiviti koperasi yang dapat memenuhi
kesan tertentu daripada dasar sosial dan awam, seperti penggalakan
penggajian atau pembangunan aktiviti yang berfaedah kepada kumpulan
atau rantau yang kurang bernasib baik. Langkah-langkah tersebut
hendaklah mengandungi, antara lain dan sedapat mungkin faedah percukaian,
pinjaman, bantuan akses kepada program kerja awam, dan peruntukan
khas perolehan.
(3) Pertimbangan yang khusus hendaklah diberi untuk
meningkatkan penglibatan wanita di dalam gerakan koperasi di semua
peringkat terutama di peringkat pengurusan dan kepimpinan.
8. (1) Dasar Kebangsaan hendaklah menekankan:
(a) memajukan piawaian asas perburuhan dan
Deklarasi ILO atas Prinsip dan Hak Asasi Semasa Bekerja, untuk semua
pekerja dalam koperasi tanpa sebarang perbezaan;
(b) memastikan bahawa koperasi tidak ditubuhkan,
atau
digunakan untuk, menyalahi Undang-Undang Buruh atau digunakan bagi
mewujudkan hubungan penggajian yang terselindung, dan menangani
koperasi samaran yang mencabuli hak-hak pekerja, dengan memastikan
yang perundangan buruh digunakan di dalam semua perbadanan;
(c) memajukan persamaan gender dalam koperasi dan
dalam pekerjaan mereka;
(d) memajukan langkah-langkah bagi memastikan amalan
buruh yang terbaik dapat dipraktikkan dalam koperasi termasuk akses
kepada maklumat yang relevan;
(e) membentuk kemahiran teknikal dan vokasional,
kebolehan keusahawanan dan pengurusan, penge-tahuan potensi perniagaan,
dan kemahiran am dasar ekonomi dan sosial di kalangan anggota, pekerja
dan pengurus, serta mempertingkatkan akses kepada teknologi maklumat
dan komunikasi;
(f) memajukan pendidikan dan latihan di dalam prinsip
dan amalan koperasi, pada semua peringkat sistem latihan
dan pendidikan kebangsaan yang ber-sesuaian dan di dalam masyarakat
yang lebih luas;
(g) memajukan pemakaian langkah-langkah yang
dapat memberi perlindungan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja;
(h) menyediakan latihan dan lain-lain bentuk bantuan
bagi mempertingkatkan tahap produktiviti dan daya saing koperasi
serta kualiti barangan dan perkhid-matan yang mereka hasilkan;
(i) memudahkan akses bagi koperasi mendapat kredit;
(j) memudahkan akses bagi koperasi mendapat pasaran;
(k) menggalakkan penyebaran maklumat tentang
koperasi; dan
(l) mengusahakan untuk memperbaiki perangkaan
kebangsaan mengenai koperasi dengan tujuan untuk menggubal dan melaksanakan
dasar pem-bangunan.
(2) Dasar-dasar tersebut hendaklah:
(a) mengembangkan penggubalan dan perlaksanaan
dasar dan kawal selia koperasi ke peringkat rantau dan tempatan,
di mana bersesuaian;
(b) menentukan tanggungjawab perundangan koperasi
di dalam bidang seperti pendaftaran, audit sosial dan kewangan,
serta memperolehi lesen; dan
(c) menggalakkan amalan tadbir urus baik dalam koperasi.
9. Kerajaan hendaklah menekankan kepentingan peranan
koperasi di dalam mengubah apa yang lazimnya dianggap aktiviti-aktiviti
ekonomi yang sederhana daya tahannya (kadang-kadang dirujuk sebagai
‘ekonomi tidak rasmi’) menjadi kerja-kerja yang dilindungi
secara perundangan, diintegrasikan sepenuhnya ke dalam arus utama
ekonomi.
III. PERLAKSANAAN DASAR AWAM KE ARAH PENGGALAKAN
KOPERASI
10. (1) Negeri-negeri Anggota hendaklah menerima
pakai
perundangan dan kawal selia khusus ke atas koperasi, yang dipandu
kepada nilai dan prinsip koperasi seperti-mana yang ditentukan di
dalam Perenggan 3, dan menyemak perundangan dan kawal selia tersebut
apabila perlu.
(2) Kerajaan hendaklah merujuk kepada pertubuhan
koperasi,
begitu juga pertubuhan majikan dan pekerja yang ber-kaitan, di dalam
penggubalan dan penyemakan perun-dangan, dasar dan kawal selia yang
terpakai bagi koperasi.
11. (1) Kerajaan hendaklah memudahkan akses kepada
koperasi untuk mendapat perkhidmatan sokongan di dalam langkah memperkuatkan
mereka, daya tahan perniagaan dan kemampuan mereka mewujudkan penggajian
dan pendapatan.
(2) Perkhidmatan ini hendaklah merangkumi, di mana
sesuai:
(a) program pembangunan sumber manusia;
(b) perkhidmatan penyelidikan dan perundingan pengurusan;
(c) akses kepada kewangan dan pelaburan;
(d) perkhidmatan perakaunan dan audit;
(e) perkhidmatan pengurusan maklumat;
(f) perkhidmatan maklumat dan perhubungan awam;
(g) perkhidmatan perundingan berkenaan teknologi dan inovasi;
(h) perkhidmatan perundangan dan percukaian;
(i) perkhidmatan sokongan pemasaran; dan
(j) perkhidmatan sokongan lain di mana perlu.
(3) Kerajaan hendaklah memudahkan pengukuhan per-
khidmatan-perkhidmatan sokongan tersebut. Koperasi dan pertubuhan
mereka hendaklah digalakkan untuk mengambil bahagian dalam penyeliaan
dan peng-urusan perkhidmatan itu, di mana mudah dan sesuai, untuk
membiayai mereka.
(4) Kerajaan hendaklah mengiktiraf peranan koperasi
dan
pertubuhannya dengan membangunkan kaedah yang sesuai, bertujuan
membina dan memperkukuhkan koperasi di peringkat kebangsaan dan
tempatan.
12. Kerajaan hendaklah di mana perlu mengambil langkah
untuk memudahkan akses koperasi dalam mendapatkan pembiayaan kredit
dan kewangan pelaburan, langkah-langkah tersebut hendaklah:
(a) membolehkan pinjaman dan lain-lain kemudahan
kewangan ditawarkan;
(b) memudahkan tatacara pentadbiran, memulihkan
sebarang had kepincangan harta koperasi dan mengurang-kan kos transaksi
pinjaman;
(c) memudahkan sistem kewangan yang bebas untukNkoperasi;
termasuk koperasi simpanan dan pembiayaan, perbankan dan insurans;
dan
(d) merangkumi peruntukan khas untuk kumpulan kurangNbernasib
baik.
13. Untuk tujuan penggalakan pergerakan koperasi,
kerajaan
hendaklah merangsang kepada keadaan yang membawa pembangunan teknikal,
rangkaian komersial dan kewangan di kalangan semua bentuk koperasi
untuk membolehkan pertukaran pengalaman dan perkongsian risiko dan
faedah.
IV. PERANAN PERTUBUHAN MAJIKAN DAN PEKERJA,
PERTUBUHAN KOPERASI DAN HUBUNGAN ANTARA MEREKA
14. Pertubuhan majikan dan pekerja mengiktiraf peri
pentingnya koperasi untuk pencapaian matlamat pembangunan yang berterusan,
hendaklah mengusahakan, bersama dengan pertubuhan koperasi, cara
dan kaedah peng-galakan koperasi.
15. Pertubuhan majikan hendaklah menimbangkan, di
mana perlu pengembangan keanggotaan dalam koperasi bagi sesiapa
yang berhajat menyertai pertubuhan tersebut dan menyediakan khidmat
sokongan yang bersesuaian di atas dasar dan syarat yang sama seperti
yang terpakai ke atas anggota lain.
16. Pertubuhan pekerja hendaklah digalakkan untuk:
(a) menasihat dan membantu pekerja dalam koperasi
bagi menyertai pertubuhan pekerja;
(b) membantu anggota mereka untuk memantapkan koperasi
dengan matlamat untuk memudahkan akses kepada barangan asas dan
perkhidmatan;
(c) menyertai komiti dan kumpulan kerja di peringkat
tempatan dan antarabangsa yang mengambil kira isu-isu ekonomi dan
sosial yang mempunyai kesan ke atas koperasi;
(d) membantu dan mengambil bahagian di dalam penubuhan
koperasi baru dengan tujuan untuk mewujudkan atau penyelenggaraan
penggajian, termasuklah kes-kes cadangan penutupan perniagaan;
(e) membantu dan mengambil bahagian di dalam program-program
untuk koperasi yang bertujuan meningkatkan produktiviti mereka;
(f) menggalakkan persamaan peluang di dalam koperasi;
(g) menggalakkan pengamalan hak-hak pekerja-anggota
koperasi; dan
(h) menjalankan sebarang aktiviti lain untuk penggalakan
koperasi termasuk pendidikan dan latihan;
17. Koperasi dan pertubuhan yang mewakili mereka
hendaklah digalakkan untuk:
(a) mewujudkan perhubungan yang aktif dengan pertubuhan
majikan dan pekerja dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang
berkaitan, dengan tujuan untuk mewujudkan suasana yang bersesuaian
bagi penggalakan pertumbuhan koperasi;
(b) menguruskan khidmat sokongan mereka sendiri
dan menyumbang kepada pembiayaannya;
(c) menyediakan perkhidmatan komersial dan kewangan
kepada koperasi gabungan;
(d) melabur dalam, dan seterusnya, pembangunan sumber
manusia anggota mereka, para pekerja dan pengurus;
(e) meneruskan pengembangan pergabungan dengan pertubuhan
koperasi kebangsaan dan antarabangsa;
(f) mewakili gerakan koperasi kebangsaan di peringkat
antarabangsa; dan
(g) menjalankan sebarang aktiviti lain untuk penggalakan
koperasi;
V. KERJASAMA ANTARABANGSA
18. Kerjasama antarabangsa hendaklah diusahakan
menerusi:
(a) pertukaran maklumat tentang dasar dan program
yang
telah terbukti berkesan di dalam pengwujudan penggajian dan penjanaan
pendapatan bagi anggota-anggota koperasi;
(b) merangsang dan menggalakkan hubungan antara
badan-badan dan institusi kebangsaan dan antara-bangsa yang terlibat
di dalam pembangunan koperasi dengan tujuan membolehkan:
(i) pertukaran kakitangan dan idea, bagi bahan pendidikan
dan latihan, metodologi dan bahan-bahan rujukan;
(ii) pengumpulan dan penggunaan bahan-bahan kajian dan data-data
lain tentang koperasi dan pembangunannya;
(iii) pengwujudan ikatan dan kerjasama antarabangsa antara koperasi;
(iv) penggalakan dan perlindungan nilai dan prinsip koperasi; dan
(v) pengwujudan hubungan niaga antara koperasi;
(c) membolehkan akses bagi koperasi kepada data-data kebangsaan
dan antarabangsa seperti maklumat pemasaran, perundangan, kaedah
dan teknik latihan, piawaian teknologi dan hasil keluaran; dan
(d) membangunkan garis panduan dan perundangan am rantau dan antarabangsa
bagi menyokong perkem-bangan koperasi, melalui perundingan di antara
koperasi dengan pertubuhan majikan dan pekerja di mana bersesuaian
dan dibenarkan.
VI. PERUNTUKAN AKHIR
19. Rekomendasi ini memperbaharui dan menggantikan Rekomendasi Koperasi
(Negara-Negara Membangun ) 1966.
|