Perubahan Punca Kejayaan ANGKASA
RENCANA khas ini bertemakan perubahan atau change didalam
evolusi pembangunan ANGKASA.Agama dan sejarah mengajar bahawa
semua institusi yang tidak berubah akan menjadi kaku atau statik.Yang
demikian,perubahan adalah sifat ulung ANGKASA.
Kita harus bezakan di antara perubahan jangka
pendek dan perubahan jangka panjang.Perubahan sendirinya (per
se)harus dibezakan di antara perubahan yang nyata dari luar
dengan perubahan yang nyata dari dalam,iaitu perubahan asasi.
Pada masa jangka pendek,koperasi yang besar,canggih
dan yang mempunyai banyak cabang serta ranting sudah tentu
akan mengalami berpuluh perubahan didalam setahun.Ekoran daripada
perubahan itu,ANGKASA harus menjadi lebih cergas dan lebih
cekap demi menyambut cabaran harian dan bulanan supaya intitusi
kekal segar dan hasil kegiatannya mencapai keberkesanan yang
jelas.
Aliran perubahan jangka panjang pula berbeza
dari segi takatnya(extent) serta dalamnya(depth).Dari
masa ke masa apabila bilangan kakitangan bertambah,dari segi
ketrampilan mahupun kemahiran dan teknologi yang lebih canggih
perlu diserapkan,maka nadi dan rangka kerja ANGKASA sama ada
di BahagianUrusetia,Bahagian Pendidikan,Penerangan,Penerbitan
dan Perkhidmatan(B4P),mahupun Biro Perkhidmatan ANGKASA(BPA),terpaksa
menerima perubahan jangka panjang yang diperlukan itu.
Sehingga kini,pemimpin ANGKASA sudah berjaya
menyerapkan perubahan asas di dalam dua bahagian penting,iaitu
BPA dan Bahagian Kewangan serta Bahagian 4P yang sudah pun
disusun semula.
Sekarang selain daripada perubahan asasi ANGKASA
perlu memikirkan kaedah yang sesuai untuyk menyusun semula
kerangka kerja untuk Bahagian Urusetia.
Perubahan di Bahagian Kewangan dan BPA yang telah
diiktiraf oleh ISO 9001:2000 telah tercapai dengan cemerlang
ini harus menyakinkan semua bahagian ANGKASA yang akan diuji
efisiensinya baik sekarang mahupun pada masa akan datang.
Perubahan jangka panjang boleh dilihat dari dua
segi.
Segi yang nyata ialah perubahan tentang tugas,susunan
tanggungjawab,ganjaran dan sebagainya.Segi yang asasi ialah
melibatkan kaedah saling-berkait yang wajib diwujudkan supaya
sifat penyelarasan dan sinergi(synergy) dapat dinikmati
sepenuhnya.
Seprti kata pantun asli - "Dari mana datangnya
cinta..Dari mata turun kehati".Begitu juga boleh ditanya,"Dari
mana datangnya perubahan(jangka panjang)..Dari minda turun
ke jari".Hukum sebab akibat tersirat di sini.Dengan ringkas,jikalau
tiada cinta,mungkin perubahan tidak akan wujud.
Yang demikian,pemimpin ANGKASA dan kakitangan
kanan harus berfikir dan mencari ilham yang boleh mewujudkan
aliran perlaksanaan yang baru dan yang lebih berkesan serta
lebih berdaya saing di dalam arena global.
Khususnya kita harus mengatur suatu reka bentuk
yang boleh memberi tiga kemudahan yang saling-berkait iaitu:
Supaya rencana ini tidak terlalu panjang,ada baiknya
jikalau dinyatakan lima agenda perubahan yang harus dicapai(realisasi)
dalam tahun akan datang:
- Susunan sistem laporan bulanan dan kajian Jawatankuasa
Audit Dalaman(JAD) yang kerap dan lengkap serta teliti supaya
butir-butirnya boleh ditunjukkan dengan pemakaian carta yang
mudah disediakan.Walaupun ini mungkin menambah beban anggota
Jawatankuasa Kerja(JKK) dan Jawatankuasa Tadbir(JKT), kita
tidak boleh elak daripada tanggungjawab itu. Supaya pemimpin
boleh elak daripada terjerumus di dalam pasir jerlus(quicksand) perkara
remeh-temeh,perlu diadakan kaedah nyata yang komprehensif tetapi
tidak membebankan minda dengan perhatian terhadap berbagai
isu mikro.
- JKK harus diberi peluang, tiap-tiap tiga atau
empat kali setahun untuk memerhatikan dan membincang soal pokok
atau batang yang berbeza daripada soal butir atau ranting.
- JKK dengan bantuan JKT harus memahami perbezaan
di antara pendekatan keseluruhan(holistic) atau"kulluhum"
dan pendekatan perkara butiran atau perincian(minutiae).
Kita mesti berwaspada supaya pengumpulan kuantitatif(quantitative) itu
tidak menjelma sehingga ia menjadi masalah kualitatif(qualitative)
dengan tidak disedari.
- Dalam pada itu, kita juga harus peka terhadap
peristiwa sekali-jadi(one off). Umpama masalah etika
atau undang-undang mahupun perbezaan prinsip di antara badan
awam dan ANGKASA.Walaupun peristiwa seperti itu mungkin hanya
kelihatan sekali-sekala, ia sangat perlu dihadapi dengan minda
terbuka serta emosi yang sabar dan tenang supaya perasaan tertekan
tidak ternyata.
- Serupa dengan keadaan 10 atau 20 tahun dahulu,
kita harus membezakan di antara perkara yang boleh diurus oleh
apa yang dikatakan orang "profesional" dan orang biasa yang
diberi tanggungjawab memimpin ANGKASA yang dipilih oleh ahli
ANGKASA di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Khususnya,
kita harus sedar tentang perbezaan di antara Anggota Lembaga
yang dipilih oleh keseluruhan anggota koperasi dan kakitangan
kanan yang bekerja makan gaji dan yang ditugaskan sebagai pengurus(manager).
Ada dua perspektif yang wajib difahami oleh pemimpin
koperasi sama ada ia dilantik oleh Kementerian mahupun dia terpilih
sebagai pemimpin koperator.
Yang pertama, kita harus membezakan di antara pihak
yang menentukan dasar dan pihak yang bertanggungjawab tentang
urusan pelaksanaan dasar itu.
Sama ada koperasi itu mempunyai beribu anggota
yang terdiri daripada golongan cendekiawan atau koperasi itu
terdiri daripada beratus kaum tani, Lembagalah badan yang bertanggungjawab
menentukan dasar ekonomi, sosial dan budaya tiap-tiap koperasi.
Dari zaman 180 tahun dahulu di Eropah dan di Asia
termasuk di India dan Jepun, perkembangan pelajaran dalah menjadi
sumber mutlak bagi kemajuan koperasi.
Seluruh anggota perlu mencari dan memahami ilmu
dan maklumat. Orang yang berani memajukan diri sebagai bakal
calon Anggota Lembaga Koperasi(ALK) harus sedia menambah ilmu
dan maklumat mereka.
Jikalau kita ingin tahu, kita akan jadi lebih berpengetahuan,
Pemimpin harus jelas bahawa Tuhan sudah memberkati
anggota koperasi dengan minda yang berpontesi menyerap ilmu,
maklumat serta pengalaman.
Dari itu, ALK harus menyusun minda supaya mereka
boleh, sedapat mungkin menyusun dasar itu dengan terperinci.
Ia tidak patut menjadikan kebiasaan menadah nyiru untuk menerima
syor daripada pihak lain.
Kata seorang pemimpin dari zaman perang dunia kedua,
"Tanggungjawab terletak di sini(The buck stops here)".
Ia tidak boleh disorong kepada orang lain.
Yang kedua, ialah kita harus faham dengan jelas
tentang skop atau bidang tugas orang-orangyang digelar "profesional".
Sebenarnya, istilah "profesional" itu adalah sedikit kabur dan
anggota biasa mungkin tergelincir dengan klise. Apakah konotasi
orang profesional itu? Jikalau mereka mempunyai kelulusan yang
telah diiktiraf oleh badan akademik atau institusi awam, kita
boleh kenal yang mana doktor perubatan atau jurutera mahupun
penguam. Akan tetapi orang yang pakai jaket dan tali leher tidak
semestinya diterima oleh masyarakat sebagai "profesional". Begitu
juga orang yang berjanggut pendek dan berserban tidak semestinya
diterima sebagai ulama.
Tambahan pula pihak rasmi harus mengukur saiz anggota
sesebuah koperasi sebelum pihak itu dapat menentukan siapa yang
layak memimpin koperasi yang terdiri daripada 200 anggota da
sedia menanggung kos kakitangan "profesional" itu.
Kekeliruan di atas boleh membuka jebak kepada ahli
biasa yang mudah ikut-ikut sahaja orang yang dikatakan(so-called) pemimpin
yang pandai menasihati koperasi supaya mengambil orang "profesional"
dengan harapan koperasi itu boleh berjaya.
Amanat keluaran bulan November ini harus diterima
sebagai tingkap peluang(window of opportunity), untuk
mencapai kemajuan dan pembangunan.
Pembaca harus renung tiga, empat kali isi rencana
ini supaya kandungannya dapat enap ke dalam inti minda pembaca.
Pencapaian tiga kemudahan:keselamatan, IT dan penyelarasan,
menjadi syarat mutlak bagi kejayaan ANGKASA.
Lima agenda perlu dibaca, difaham dan dihadam di
dalam minda seluruh pembaca.
Insya-Allah, kepimpinan ANGKASA akan diberkati
dengan hati yang lebih arif, minda yang matang dan kewibawaan
yang akan kekal abadi.
|