Ban KO'OP Kopasar
PASAR Raya Koperasi Pasaraya Malaysia
Berhad (KOPASAR) yang telah
kembali beroperasi di Chow Kit, Kuala Lumpur pada tahun ini turut
mengeluarkan produk sendiri iaitu roti Ban Ko’op di premis
tersebut. Para pengunjung boleh mendapatkan ban yang segar dan
enak dengan tiga jenis inti iaitu kacang, coklat dan kaya pada
harga berpatutan.
Selain itu, pasar raya turut menjual
produk makanan tradisional yang terkenal di negeri-negeri tertentu
seperti serunding daging dan ikan dari Kampung Laut, Kelantan,
ikan terubuk masin dari Sarawak dan Dodol dari Pekan Rabu,
Kedah. Malah, KOPASAR mengalu-alukan mana-mana pengusaha yang
ingin memasarkan produk mereka menjualkannya di premisnya itu.
Terkini, KOPASAR menawarkan skim
kredit menggunakan baucer kepada anggota koperasi yang menjadi
ejennya di mana koperasi tersebut akan menerima komisen sebanyak
lima peratus. Skim berkenaan bukan sahaja bermanfaat kepada
KOPASAR, malahan turut memudahkan pelanggan selain berkongsi
keuntungan dengan koperasi masing-masing.
Pasar raya KOPASAR terletak di
No. 69, Jalan Haji Hussein, 50300 Kuala Lumpur. Tel.: 03-26988437
Faks: 03-26916092.2
|