Buku Panduan Kewangan Koperasi Diterbitkan
PADA Persidangan Agung Ikatan Koperasi
Antarabangsa (ICA) September 2003 di Oslo-Norway, Jawatankuasa
Petugas ICA menyarankan penubuhan Accounting Working Group
(AWG) dan dipersetujui oleh perwakilan. Tugas penting yang
diamanatkan kepada AWG adalah untuk menyediakan Buku Panduan
Kewangan Koperasi bertujuan menyelaraskan tadbir urus kewangan
dan pengurusan untuk setiap peringkat ICA. AWG terdiri daripada
Guy Malacrida, Pengarah Kewangan ICA; Phil Holmes dari Co-operatives
UK; Edmondo Belbello dari Coopfond, Itali; dan Niklas Widebeck,
HSB, Sweden.
Pada akhir November 2004, AWG telah
mengenalkan buku panduan tersebut kepada Mesyuarat Jawatankuasa
Audit dan Pengawalan ICA dan kemudiannya diluluskan oleh Lembaga
Pengarah ICA yang bersidang pada 10 hingga 11 Disember 2004
di Nairobi, Kenya. Pem-bentangan buku panduan dan prosedur
kewangan secara terperinci telah disampaikan oleh Phil Holmes.
Beliau menegaskan bahawa prinsip yang sentiasa menjadi panduan
dalam penulisan buku tersebut adalah “kejujuran dan ketulusan
dalam semua hal kewangan ICA”.
Satu mesyuarat khas yang melibatkan
pegawai kewangan ICA di peringkat dunia dan rantau akan diadakan
pada awal 2005 untuk membincangkan pelaksanaan prosedur yang
terkandung dalam Buku Panduan Kewangan Koperasi tersebut.
|