Koperator Muda Memperbaharui Koperasi
BRITISH Columbia Institute for
Co-operative Studies ( BCICS) dengan kerjasama Ikatan Koperasi
Antarabangsa (ICA), Pertubuhan Buruh Antara-bangsa (ILO) dan
Canadian Co-operative Association kini sedang menyediakan satu
buku berkaitan koperator muda dan koperasi. Buku yang dijangkakan
siap pada Mei 2005 akan meneliti beberapa kes koperasi yang
dijalankan oleh koperator muda dan artikel tentang koperasi-koperasi
yang menjalankan program koperator muda yang menarik. Di samping
itu, rencana-rencana koperator muda tentang dunia koperasi
dan aktiviti koperasi akan dimasukkan.
Penerbitan ini tepat masanya memandangkan
ramai koperator muda seluruh dunia bergiat dalam gerakan koperasi:
contohnya, koperasi mewujudkan peluang pekerjaan. Semakin banyak
koperasi sedar betapa penting-nya penyertaan koperator muda
manakala beberapa yang lain melihat potensi koperator muda.
Gerakan koperasi sedar bahawa penyertaan koperator muda perlu
disokong agar institusi koperasi terus berkembang dan kukuh.
Namun, aktiviti-aktiviti tersebut kurang pemantauan
untuk difahami dan memilih kaedah yang terbaik untuk melibatkan
koperator muda di dalam gerakan koperasi. Kebanyakan orang,
termasuk yang terlibat dengan gerakan koperasi, tidak sedar
tentang keupayaan dan sumbangan koperator muda, terhadap pengembangan
koperasi.
ANGKASA turut terlibat menyumbang
terhadap projek ini. ANGKASA telah mengenalpasti empat buah
sekolah; Koperasi Sekolah Raja Perempuan Taayah Ipoh Berhad;
Koperasi SMK Simpang Beluru Enggor Perak Berhad; Koperasi MRSM
Kuala Terengganu Berhad dan Koperasi SM Sains Hulu Selangor
Berhad. Kegiatan dan aktiviti yang dijalankan oleh koperasi-koperasi
tersebut adalah kedai koperasi, perkhidmatan dobi, pos, pelancongan,
katering, program motivasi, fotostat / percetakan, bank koperasi,
kelas komputer, siber kafe, dan penternakan. Dengan ini ANGKASA
berharap gerakan koperasi di peringkat antarabangsa dapat mengenali
aktiviti koperasi sekolah program koperator muda Malaysia.
|