PELANCAR ONLINE
JANUARI 2005

 

 

 

 

Pemilihan TYDP,NYDP,JAD Dan PP

Bagi agenda pemilihan Timbalan Yang Dipertua (TYDP) dan Naib Yang Dipertua (NYDP), persidangan kali ini menyaksikan giliran Dr. Mohd.
Ali Haji Baharum yang gugur daripada jawatan TYDP ANGKASA dan Dr. Mokhtar Bidin yang gugur daripada jawatan Naib Yang Dipertua ANGKASA.

Dr. Mohd. Ali Haji Baharum dari Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad merupakan Pengerusi Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia dan telah menjawat jawatan TYDP pada tahun 1993. Beliau dicabar oleh Encik Ismail Nordin dari Koperasi Telekom Malaysia Berhad dan Datuk Haji Ahmad Ghazi Haji Abdul Hamid dari Kesatuan Koperasi Midlands Berhad.

Encik Ismail Nordin merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri (JPN) Wilayah Persekutuan, manakala Datuk Haji Ahmad Ghazi merupakan bekas Pengerusi JPN Negeri Selangor. Walau bagaimanapun Dr. Mohd. Ali Haji Baharum berjaya mengalahkan pencabar-pencabarnya apabila memancing sebanyak 603 undi perwakilan. Encik Ismail Nordin mendapat 417 undi dan Datuk Haji Ahmad Ghazi hanya mendapat 95 undi.

Sementara itu, calon-calon yang bertanding untuk jawatan NYDP adalah Haji Aliasak Haji Ambia dari Koperasi Pekebun Kecil Negeri Sembilan Berhad, Hajah Armi Zainuddin dari Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad, Encik Mohd. Said Mohd. Kadis dari Koperasi Sri Jati Berhad, Dr. Kassim Buhiran dari Koperasi Pegawai-Pegawai MARDI Berhad, Dato’ Haji Mat Rejab Kassim dari Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Berhad, Haji Arsit Haji Sedi @ Sidik dari Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad.

Walau bagaimanapun, Hajah Armi Zainuddin berjaya memegang jawatan NYDP apabila memperoleh 536 undi menewaskan Haji Aliasak Haji Ambia dengan 323 undi, Encik Mohd. Said Mohd. Kadis mendapat 67 undi, Dr. Kassim Buhiran hanya 58 undi, Dato’ Haji Mat Rejab Kassim, 47 undi dan Haji Arsit Haji Sedi dengan 41 undi.

Dengan keputusan tersebut, bermakna Dr. Mohd. Ali Haji Baharum dan Hajah Armi Zainuddin akan memegang jawatan masing-masing dalam tempoh tiga tahun.

PEMILIHAN JAD DAN PENGERUSI PERSIDANGAN

Bagi jawatan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) menurut UUK56(1) pindaan 1997, merupakan giliran Haji Ismail Baba dari Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Behad dan Haji Osman Ali Yusop dari Koperasi Serbaguna Guru-Guru Melayu Selangor Berhad.

Haji Ismail Baba terus mengekal-kan jawatannya dengan mendapat sebanyak 721 undi manakala Haji Osman Ali Yusop pula berjaya memungut 382 undi. Calon-calon lain yang bertanding ialah Encik Muham-mad Salim Md. Dom dari Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad, Hajah Zaini @ Mardiah Ahmad dari Koperasi Pasaraya Malaysia Berhad, Haji Zainal Othman dari Koperasi Guru-Guru DTC Malaysia Berhad, Encik Mohamad Hamli Haji Arshad dari Koperasi Perusahaan Baja Dan Kertas Malaysia Berhad, Encik Maidi Ismail dari Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad, Haji Jamaluddin Haji Maamor dari Koperasi Perrmodalan dan Perusahaan Melayu Negeri Sembilan Berhad dan Encik Md. Yusos Sahit dari Koperasi Serbaguna Guru-Guru dan Kakitangan Kerajaan Panchor Muar Berhad.

Penyandang jawatan Pengerusi Persidangan (PP) Dato’ Seri Haji Abdul Rashid Haji Abdul Rahman dari Koperasi Serbaguna Kawasan Paya Besar Berhad, Timbalan PP, Haji Wan Ahmad Nasir Haji Wan Hassan dari Koperasi Pasaraya Malaysia Berhad bertanding pada tahun ini untuk jawatan PP.

Menurut keputusan undi, kedua-duanya berjaya mengekalkan kedudukan masing-masing. Dato’ Seri Haji Abdul Rashid mendapat 722 undi dan Haji Wan Ahmad Nasir Haji Wan Hassan dengan 334 undi.

PENENTUSAH DRAF MINIT

Para perwakilan telah memilih enam calon dari koperasi dan empat calon dari JKT sebagai Jawatankuasa menentusahkan draf minit mesyuarat PKTA Ke -21. Calon-calon dari koperasi yang terpilih adalah Encik Abdul Jalil Nasir, Dato’ Dr. Haji Abu Bakar Shaari, Encik Mohd. Ismail Muda, Encik Jamaluddin Md. Isa, Haji Latif Ismail dan Encik Osman Ali. Sementara empat calon JKT ialah Prof. Diraja Ungku A. Aziz, Prof. Madya Haji Mohamad Ali Hasan, Dr. Wan Ali Tuanku Madhi dan Haji Munir Badrul Jamil.

 

 

 


 

Untuk paparan terbaik gunakan pelayar Internet Explorer IE4.0 ke atas dengan resolusi 800x600
All rights reserved for ANGKASA. Copyright © 2001
webmaster@angkasa.coop