Usaha Dan Harapan Bawa Kejayaan
SEJAK ditubuhkan 15 tahun lalu, Koperasi Pekerja
Bandaraya Kuching Berhad telah berusaha untuk menjadi koperasi
yang maju dan berjaya. Sehingga kini, sasaran tersebut masih
jauh untuk dicapai.
Penubuhannya pada 17 Januari 1989 adalah bertujuan
membantu meningkatkan ekonomi anggotanya melalui kegiatan yang
dijalankan. Selain itu, melalui koperasi juga dapat menyatukan
pekerja Bandaraya Kuching dan kontraktor yang layak menyertainya
di bawah satu bumbung.
Menurut Setiausaha koperasi, Encik Jaris Ting
Kaik Hang, anggota koperasi diingatkan supaya tidak mementingkan
diri sendiri sehinggakan kegiatan koperasi akan terjejas akibat
sikap tersebut. Sebenarnya anggota koperasi yang bersikap mementingkan
diri tidak ada tempat di dalam koperasi. Ingatan ini telah
diambil perhatian oleh setiap anggota koperasi.
Katanya, kegiatan yang dijalankan oleh koperasi
bersangkut-paut dengan urusan yang dijalankan oleh Bandaraya
Kuching. Antaranya ialah menjalankan kerja-kerja kontrak memotong
rumput di dalam kawasan pentadbiran Bandaraya Kuching.
Dalam hal ini katanya, Bandaraya Kuching telah
menyerahkan kerja tersebut kepada pihak koperasi, manakala
koperasi pula akan memberi tugasan tersebut kepada kontraktor
yang menjadi anggotanya. Hasil daripada tender yang dikeluarkan
itu, koperasi akan memperolehi 20 peratus pendapatan daripada
kontraktor yang menjalankan tugasan tersebut.
Selain itu, Encik Jaris Ting Kaik Hang memberitahu,
bahawa pihak Bandaraya Kuching turut menyerahkan kepada koperasi
untuk penyewaan gerai yang didirikan oleh mereka. Dalam perkara
ini, tiga buah gerai yang terletak di Pusat Pasar Jeti Pending
dan Pusat Makanan Petanak telah disewakan kepada anggota koperasi.
Hasil daripada kutipan sewaan tersebut, koperasi memperolehi
pendapatan sebanyak RM570 sebulan.
“Koperasi juga telah mengurus-kan penyelenggaraan
tandas awam milik Bandaraya Kuching. Dua buah tandas diuruskan
oleh koperasi iaitu di Jeti Pending dan Pasar Kenya-lang. Kegiatan
ini telah dimulakan sejak tahun 1992. Koperasi di-kehendaki
memastikan supaya tandas tersebut bersih dan selamat.
“Seorang kakitangan koperasi ditugaskan
untuk menjalankan kegiatan tersebut. Ianya mula beroperasi
dari pukul 6.00 pagi hingga 2.00 petang. Setiap pengguna yang
ingin menggunakan tandas tersebut dikenakan bayaran sebanyak
10 sen. Hasil daripada egiatan tersebut, koperasi memperolehi
pendapatan sebanyak RM390 sebulan,” jelas beliau.
Encik Jaris Ting Kaik Hang berkata, koperasi
bukan sahaja menumpukan perhatian kepada mencari sumber pendapatan
tetapi juga menyediakan perkhidmatan kepada anggotanya. Walaupun
pendapatan koperasi tidak begitu banyak tetapi perkhidmatan
kepada anggota tetap diteruskan.
Misalnya, koperasi telah mem-peruntukkan sebanyak
10 peratus daripada keuntungan yang diperolehi untuk tabung
kecemer-langan pelajar. Ianya telah dimulakan pada tahun 1997
dan pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan PMR, SPM dan
STPM akan diberikan wang melalui tabung ini.
Katanya, koperasi mewujudkan tabung tersebut
dengan tujuan memberi galakan kepada anak-anak anggota supaya
berusaha dengan gigih di dalam pelajaran. Selain itu, ianya
adalah tanda penghargaan kepada pelajar yang terbabit untuk
terus berjaya menjadi pelajar yang cemerlang.
Beliau turut menyentuh mengenai
harapan koperasi untuk memiliki pejabatnya sendiri. Ini kerana
urusan koperasi
masih dijalankan di pejabat koperasi. Dengan adanya pejabat
sendiri nanti akan memudahkan perjalanan urusan koperasi. Jika
ianya berjaya dilaksanakan maka satu kejayaan telah dapat dicipta.
|