ARKIB PELANCAR 2004

 

 

 

 

Pusat Latihan Taman Cahaya Mata ANGKASA

Taman Cahaya Mata atau Taman Asuhan Kanak-Kanak iaitu pusat jagaan bagi kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke bawah dan adalah merupakan pilihan bagi ibubapa yang bekerja meninggalkan anak-anak mereka untuk dijaga oleh pengasuh sewaktu mereka keluar bekerja.Sepeninggalan mereka,pengasuh adalah penganti ibubapa yang diharapkan dapat memberi kasih sayang,tunjuk ajar dan sokongan untuk menjamin pertumbuhan fizikal dan perkembangan yang positif bagi kanak-kanak dari segi jasmani,rohani,sosial dan emosi.

Selaras dengan prinsip koperasi ketujuh 'Berprihatin Terhadap Masyarakat',Taman Cahaya Mata (TCM) ANGKASA menyediakan perkhidmatan berkualiti yang akan melahirkan kanak-kanak yang mempunyai etika, budi pekerti yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat.Persekitaran yang bersih dan selamat juga menyumbangkan ke arah pembentukan sahsiah diri yang baik.

Kualiti yang sebegini akan terus dijaga dan tingkatkan dari masa ke semasa kerana TCM ANGKASA akan dijadikan sebagai contoh atau model kepada koperasi-koperasi yang menubuhkan TASKA ditempat mereka.

Untuk mencapai matlamat sebagai model yang terbaik TCM ANGKASA kini sedang dalam proses pemantapan dari segi fizikal,pengurusan dan tahap profesionalismenya.Perkara utama yang akan dilakukan ialah memastikan TCM ANGKASA menjadi contoh kepada TCM koperasi.

ANGKASA menggalakan koperasi-koperasi diseluruh negara menubuhkan TCM.Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanakyang telah dijalankan untuk koperasi-koperasi selama lima kali sejak dari tahun 2001 telah melahirkan pengasuh-pengasuh yang berkualiti dalam bidang pengasuhan.Hasil dari kursus yang dianjurkan kini terdapat 13 buah koperasi yang ditubuhkan TCM.

Kebanyakan koperasi belum dapat melihat keuntungan penubuhan TCM.Memang diakui dari segi kewangan,TCM tidak mendatang keuntungan dalam sekelip mata tetapi jika kita berpegang kepada prinsip koperasi yang ketujuh,keuntungan itu boleh dilihat dengan kelahiran generasi muda yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin.Keuntungan ini sebenarnya lebih bernilai dari wang ringgit.Selain dari itu,penubuhan TCM ini adalah perkhidmatan yang amat berharga yang boleh koperasi berikan kepada anggota-anggotanya.

ANGKASA dalam perancangan jangka panjangnya akan menjadikan TCM ANGKASA sebagai pusat latihan TCM yang memberikan bimbingan kepada koperasi-koperasi dalam bidang pengurusan TCM,pengasuhan kanak-kanak dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan pentadbiran TCM.Keyakinan koperasi untuk menubuhkan TCM akan dapat tingkatkan dengan adanya pusat latihan TCM ini.

Oleh itu,pemantapan TCM ANGKASA yang sedang dalam proses ini adalah ke arah menjadikan pusat latihan TCM sebagai satu kenyataan.Proses pemantapan ini dijangka akan dapat menampakan ahsilnya pada bulan Januari 2005 dengan pendaftaran kemasukan kanak-kanak pada awal tahun.Sistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih profesional akan ditekankan dalam sessi baru nanti.

 

 


Untuk paparan terbaik gunakan pelayar Internet Explorer IE4.0 ke atas dengan resolusi 800x600
All rights reserved for ANGKASA. Copyright © 2001
webmaster@angkasa.coop