Laman Web Rasmi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
   Perkhidmatan ANGKASA - Pelaburan Amanah Saham ANGKASA (ASA)    
  Perkhidmatan ANGKASA
  Pendidikan B4P
   Kursus Wajib
   Pendidikan Ahli
   SEKKOP 1 2 3
   Khidmat Runding (PEKA)
   Pelancongan Koperasi
   Sekolah (PKS)
  Khidmat Urusan   Potongan Gaji BPA
   Khidmat Potongan Gaji
   Sistem Online ANGKASA
   Pekeliling Koperasi
  Perkhidmatan Lain
   Pinjaman Pendidikan
   Amanah Saham ANGKASA
 
   Bahagian 4P  
   Bahagian Kewangan
   Pembangunan Usahawan
 
  Direktori ANGKASA
   Direktori ANGKASA Negeri
   PETA Lokasi ANGKASA
   Direktori E-mel ANGKASA
 

 

AMANAH SAHAM ANGKASA (ASA)

AMANAH SAHAM ANGKASA (ASA) telah dilancarkan dengan rasminya pada 24 April 1998 di Wisma Ungku A. Aziz dengan saiz tabung dibenar adalah sebanyak 300 juta unit. ANGKASA telah melantik Pelaburan Johor Berhad (PJB) sebagai Pengurus Dana dan Amanah Raya Berhad (ARB) selaku Pemegang Amanah.

 

MATLAMAT PENUBUHAN ASA

  • Pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang yang selamat serta berupaya menghasilkan pulangan stabil.
  • Menanam sifat menabung dan melabur.
  • Peluang menambah sumber pendapatan kepada koperasi.

Pada bulan Oktober 1999, pihak Suruhanjaya Sekuriti telahpun memberi kelulusan pelaburan secara individu kepada ahli-ahli koperasi, ahli ANGKASA, termasuk juga pelajar sekolah. Koperasi ahli ANGKASA dan anggota boleh membuat pelaburan minima 100 unit di kaunter operasi PJB, atau melalui pos.

Sehingga kini Amanah Saham ANGKASA telah menunjukkan prestasi yang amat menggalakkan di mana bagi tempoh berakhir 29 Februari 2000, Tabung ASA mengisytiharkan pembayaran dividen interim sebanyak 20 peratus.

Ini adalah pembayaran dividen interim kedua selepas pembayaran dividen interim pertama sebanyak 9.87 peratus yang telah diisytiharkan pada 30 November 1999. Ini bermakna jumlah keseluruhan pembayaran dividen kasar ASA sejak pelancarannya pada April 1998 adalah sebanyak 42.07 peratus.

Angkasa dab PJB telah melancarkan Skim Unit Amanah Syariah yang mana pelaburannya hanya di dalam syarikat-syarikat tersenarai di BSKL dan istrumen kewangan yang berlandaskan prinsip syariah.

 

SIAPA YANG LAYAK MELABUR DI DALAM ASA

  • Koperasi-koperasi yang telah berdaftar sebagai ahli Angkasa.
  • Ahli-ahli individu koperasi yang telah berdaftar sebagai ahli Angkasa.
  • Ahli-ahli individu koperasi yang berumur lebih 18 tahun.
  • Pelabur remaja yang berumur di antara 1 hingga 18 tahun.
  • pekerja-pekerja yang bekerja dengan koperasi tetapi bukan menjadi ahli koperasi.

 

PELABUR REMAJA

  • Pelabur remaja yang berumur di antara 1 hingga 18 tahun.
  • Menjadi ahli koperasi sekolah yang berdaftar dengan Angkasa.
  • Pelaburan atas nama ibubapa/penjaga yang sah.
  • Pelabur remaja yang genap usia 18 tahun : Status pelaburan akan bertukar dari Akaun Pelabur Remaja kepada Akaun Pelabur Dewasa.

 

FAEDAH PELABURAN

MODAL YANG KECIL - Pelaburan permulaan 100 unit sahaja.

PENGURUSAN PROFESIONAL - Keputusan pelaburan berdasarkan strategi pelaburan dan model pelaburan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pelaburan serta berdasarkan analisa dan penyelidikan pasaran.

PENGURANGAN RISIKO MELALUI KEPELBAGAIAN PELABURAN - Pengurus Dana melabur ke dalam pelbagai saham termasuk saham mewah, pasaran wang dan jenis pelaburan lain yang tersenarai.

KAWALSELIA YANG MENCUKUPI - Dikawalselia oleh Akta, Garispanduan, Suratikatan Amanah, Suruhanjaya Sekuriti, Pemegang Amanah, Juruaudit Bebas.

MUDAH CAIR - Boleh menjual pelaburan mereka bila-bila masa kepada Pengurus. Pelabur juga bebas membuat keputusan untuk memasuki atau keluar daripada pelaburan skim unit amanah pada bila-bila masa.

TRANSAKSI PELABURAN YANG MUDAH - Pelabur mempunyai pilihan serta kemudahan untuk melabur, menjual semula pelaburan serta mencantumkan sijil unit-unit pelaburan.

 

PRESTASI HARGA & PENGAGIHAN PENDAPATAN SEHINGGA 15HB. FEBRUARI 2002

 


Untuk paparan terbaik gunakan pelayar Internet Explorer IE4.0 ke atas dengan resolusi 800x600
All rights reserved for ANGKASA. Copyright © 2001
webmaster@angkasa.coop