|
4 Disember 2006
Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)
PEKELILING KOPERASI BILANGAN 28/2007
Per: MASALAH TEKNIKAL
DI JABATAN AKAUNTAN NEGARA KUCHING CAWANGAN NEGERI SARAWAK BAGI BULAN NOVEMBER
.
Dimaklumkan bahawa terdapat masalah teknikal dalam
menguruskan potongan gaji bagi bulan Nov 2007 di Jabatan Akauntan Negara
Kuching Cawangan Negeri Sarawak
Dalam hal ini, semua arahan-arahan semasa untuk menghenti, mengurang atau
menambah sesuatu potongan anggota yang berkuatkuasa pada bulan Nov 2007 tidak
dapat diambil tindakan oleh Jabatan Akauntan Negara Kuching Cawangan Negeri
Sarawak.
Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan adalah
diperlukan untuk memaklumkan perkara ini kepada anggota-anggota yang terlibat.
Sekian harap maklum.
Terima Kasih
|