|
13 Ogos
2008
Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)
PEKELILING KOPERASI BILANGAN
18/2008
Per: SENARAI
MAJIKAN YANG MEMERLUKAN TANDATANGAN PENGESAHAN UNTUK BORANG BPA
1/79.
Seperti yang sedia
maklum, senarai majikan yang dilampirkan telah mengeluarkan arahan
dengan menyatakan bahawa kuasa menandatangani borang BPA 1/79 hanya
diberikan kepada pegawai-pegawai yang dilantik sahaja.
Oleh yang demikian,
dan bagi memastikan agar kakitangan jabatan tersebut perlu mendapatkan
pengesahan dahulu dari majikan mereka sebelum potongan gaji dibuat,
maka semua pelanggan BPA dikehendaki untuk menggunakan borang BPA
1/79 untuk semua permohonan potongan gaji termasuk kes pinjaman
bertindih.
Perkeliling ini
berkuatkuasa serta merta untuk majikan yang disenaraikan sahaja
dan pelanggan BPA perlu mematuhi arahan ini.
Sekian dimaklumkan.
Terima kasih
|