|
5 Ogos 2009
Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)
PEKELILING KOPERASI BILANGAN: 14/2009
ARAHAN POTONGAN BARU (BPA 1/79) DAN PEMBERHENTIAN
POTONGAN LAMA (BPA 2/79) YANG MELIBATKAN PENYELESAIAN AWAL PINJAMAN
LAMA
Pekeliling Koperasi Bil. 13/2009 bertarikh 8 Julai
adalah dirujuk.
Lanjutan dari maklumbalas yang diterima dan perbincangan
dengan beberapa pelanggan BPA kami merumuskan seperti berikut:
i) Surat pengesahan asal tidak dapat disertakan
kerana pelanggan BPA tidak mahu mengeluarkannya samada kerana ia
berada di luar bandar atau alasan melibatkan tambahan kerja.
ii) Surat pengesahan asal dan resit penyelesaian
awal mudah dipalsukan.
iii) Surat pengesahan asal atau resit penyelesaian
awal tidak boleh disertakan kerana lokasi pelanggan BPA berada di
luar bandar dan hanya menerima salinan faks sahaja untuk dihantar
kepada ANGKASA.
iv) Maklumat dalam salinan bank deraf / cek boleh
dipalsukan.
v) Resit atau surat pengesahan asal diberikan kepada
peminjam dan bukannya kepada Koperasi / Organisasi Pelanggan BPA
maka Koperasi / Organisasi Pelanggan BPA lewat menghantar borang
arahan potongan kepada ANGKASA.
vi) Arahan berhentikan potongan gaji melalui Borang
BPA 2/79 tidak dapat dilaksanakan kerana perlu menunggu untuk cek
ditunaikan walaupun resit telah dikeluarkan.
Maka dengan demikian, pihak BPA membuat garis panduan berikut untuk
kes penyelesaian awal dan semua Koperasi / Organisasi Pelanggan
BPA dikehendaki bekerjasama untuk melaksanakannya dengan sempurna.
1. Koperasi A yang menghantar arahan potongan baru
melalui Borang BPA 1/79 perlu sertakan salah satu daripada dokumen
berikut:
i. Salinan surat penyelesaian pinjaman yang dikeluarkan oleh bank
yang disahkan; ATAU
ii. Salinan resit penyelesaian awal yang disahkan; ATAU
iii. Salinan bank deraf yang disahkan.
2. ANGKASA akan memberi tempoh masa sehingga 10hb
setiap bulan kepada Koperasi B untuk memberhentikan potongan gaji
melalui Borang BPA 2/79 secara ‘online’ dalam Sistem
Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).
3. Selepas 10hb, jika didapati Koperasi B tidak
memberhentikan potongan untuk pinjaman yang telah diselesaikan maka
ANGKASA akan memberhentikan potongan gaji dengan memasukkan bulan
terakhir potongan dalam Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).
Sila ambil perhatian, jika sekiranya Koperasi /
Organisasi Pelanggan BPA tidak bekerjasama untuk memberhentikan
potongan gaji untuk kes penyelesaian awal dan memerlukan ANGKASA
memasukkan tarikh akhir maka ANGKASA akan mengambil tindakan untuk
menangguhkan pemerosesan Borang BPA 1/79 di mana arahan potongan
baru (Koperasi A) akan dimulakan selepas potongan lama (Koperasi
B) dihentikan. Kemungkinan potongan baru akan ditangguhkan selama
sebulan untuk kedua-dua Koperasi A dan Koperasi B.
Semua Koperasi / Organisasi Pelanggan BPA adalah
diminta untuk bekerjasama dan mematuhi garis panduan di atas supaya
proses borang potongan gaji yang melibatkan penyelesaian awal dapat
dilaksanakan dengan sempurna dan baki gaji penjawat awam tidak menjadi
negatif atau lebih daripada 60%.
Pekeliling ini berkuatkuasa 1 Oktober 2009 dan pelanggan
BPA perlu mematuhi arahan ini.
Sekian dimaklumkan.
Terima kasih
|