Laman Web Rasmi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
   Bahagian Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA) - Pekeliling Koperasi   
  Perkhidmatan ANGKASA
  Pendidikan B4P
   Kursus Wajib
   Pendidikan Ahli
   SEKKOP 1 2 3
   Pendidikan Jarak Jauh
   Khidmat Runding (PEKA)
   Pelancongan Koperasi
   Sekolah (PKS)
  Khidmat Urusan   Potongan Gaji BPA
    Khidmat Potongan Gaji
   Sistem Online ANGKASA
   Pekeliling Koperasi
  Perkhidmatan Lain
   Pinjaman Pendidikan
 
   Bahagian 4P  
   Bahagian Kewangan
   Pembangunan Usahawan
 
  Direktori ANGKASA
   Direktori ANGKASA Negeri
   PETA Lokasi ANGKASA
   Direktori E-mel ANGKASA
 

 

29   Jun  2006

Kepada   semua

Koperasi / Organisasi Pelanggan

Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)

 

PEKELILING KOPERASI BILANGAN 14/2007

Per:     MASALAH TEKNIKAL DI TELEKOM MALAYSIA BHD DAN ANAK SYARIKATNYA BAGI POTONGAN GAJI BULAN JANUARI HINGGA MEI DALAM 2007

Dimaklumkan, bahawa terdapat masalah teknikal dalam menguruskan potongan gaji bagi kakitangan Telekom Malaysia Berhad untuk bulan Januari hingga Mei 2007.Bersama-sama ini juga disertakan salinan surat daripada pihak Telekom bertarikh 27/06/07 berkenaan perkara di atas. 

Perkara ini telah dimaklumkan oleh pihak Telekom semasa mesyuarat di antara pihak Telekom dan pihak Angkasa pada 25/06/2007 di pejabat Menara Telekom. Oleh yang demikian terdapat kelewatan bayaran kepada semua pelanggan Angkasa bagi potongan gaji daripada Telekom tersebut.

Walaubagaimanapun, Angkasa telah lama membuat bayaran kepada koperasi bagi potongan gaji bulan Januari  hingga Mac 2007. Bagi potongan gaji bulan April  2007 pula, bayaran telah pon dihantar ke bank pada hari ini (29/06/2007) untuk dikreditkan ke dalam akaun koperasi. Manakala potongan gaji bulan Mei, bayaran akan dimajukan kepada pihak koperasi pada awal minggu hadapan

Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada pihak tuan adalah diperlukan untuk tidak mengenakan caj lewat bayaran (late payment interest/penalthy interest) ke atas akaun pinjaman bagi semua kakitangan Telekom Malaysia Berhad dan anak syarikatnya kerana potongan ke atas gaji kakitangan telah dibuat pada setiap bulan.

Sekian, harap maklum

Terima kasih

 

 

 


Untuk paparan terbaik gunakan pelayar Internet Explorer IE4.0 ke atas dengan resolusi 800x600
All rights reserved for ANGKASA. Copyright © 2001
webmaster@angkasa.coop