|
13 MAC 2008
Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)
PEKELILING KOPERASI BILANGAN 11/2008
Per: MASALAH TEKNIKAL DI KEMENTERIAN PENGANGKUTAN BAGI BULAN FEBRUARI 2008
Dimaklumkan bahawa terdapat masalah teknikal dalam menguruskan potongan gaji bagi bulan Feb 2008 di Kementerian Pengangkutan.
Dalam hal ini, semua arahan-arahan semasa untuk menghenti, mengurang atau menambah sesuatu potongan anggota yang berkuatkuasa pada bulan Feb 2008 tidak dapat diambil tindakan oleh Kementerian Pengangkutan.
Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan adalah diperlukan untuk memaklumkan pekara ini kepada anggota-anggota yang terlibat.
Sekian dimaklumkan.
Terima kasih
|