|
30 April 2009
Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)
PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 10/2009
MASALAH TEKNIKAL DI JABATAN
AKAUNTAN NEGARA CAWANGAN NEGERI KELANTAN BAGI BULAN APRIL 2009
Dimaklumkan, bahawa terdapat masalah
teknikal dalam menguruskan potongan gaji bagi bulan APRIL
2009 di Jabatan Akauntan Negara Cawangan Negeri Kelantan.
Dalam hal ini, semua arahan -arahan
semasa untuk menghenti, mengurang atau menambah sesuatu potongan
anggota yang berkuatkuasa pada bulan April 2009 tidak dapat diambil
tindakan oleh Jabatan Akauntan Negara Cawangan Negeri Kelantan.
Sehubungan dengan itu, kerjasama
tuan adalah diperlukan untuk memaklumkan perkara ini kepada anggota-anggota
yang terlibat.
Sekian harap maklum.
|