|
02 Aprill 2007
Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)
PEKELILING KOPERASI BILANGAN 07/2007
Per: PERUBAHAN
PROSEDUR KETIKA MEMPROSES BORANG ARAHAN POTONGAN BPA MELALUI SISTEM POTONGAN
GAJI ANGKASA(SPGA)
Ingin dimaklumkan kepada
semua koperasi/organisasi pelanggan BPA, semenjak ANGKASA melaksanakan
sistem baru SPGA pada bulan November 2006, beberapa perubahan telah dilakukan
bagi mengurangkan kes penyalahgunaan kemudahan potongan gaji yang
diberi oleh pihak kerajaan.
Melalui sistem ini, koperasi
digalakkan menggunakan borang BPA secara elektronik bagi mempercepatkan rekod
dikemaskini dalam pengkalan data. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma
tetapi alat MYKAD "reader" perlu dibeli oleh koperasi/organisasi pelanggan BPA
bagi mengelakkan penyamaran identiti pegawai yang mengesahkan transaksi. Kos
alat tersebut ialah RM298.00 seunit.
Bagi Koperasi/organisasi pelanggan
BPA yang tidak dapat menggunakan sistem tersebut, pihak BPA akan menguruskan
potongan dengan mengikut prosedur mengemaskini maklumat borang dalam sistem.
Oleh kerana terdapat 2 kaedah yang
akan digunakan oleh BPA secara memproses borang arahan potongan, beberapa
perkara perlu difahami oleh semua yang terlibat.
-
Borang BPA yang dikemaskin dan
disahkan secara "online" oleh koperasi/pelanggan BPA akan mendapat maklumbalasa
dengan lebih cepat. Sekiranya potongan telah melebihi 60%, sistem akan memberi
maklumbalas ketika rekod dikemaskini.
-
Bagi Koperasi/organisasi
pelanggan BPA yang menghantar borang secara "manual" had kelayakan peminjam
hanya diketahui semasa pihak BPA memproses borang tersebut. Sekiranya potongan
telah melebihi 60%, borang akan dikembalikan.
Sekian, harap maklum
Terima kasih
|