|
19 Januari 2006
Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)
PEKELILING KOPERASI
BILANGAN 02/2006
Per:
PENGHANTARAN BORANG BPA 1/79, 1/79A DAN 2/79 BAGI CAWANGAN SABAH DAN
SARAWAK
Ingin dimaklumkan kepada semua
pelanggan BPA bahawa borang-borang yang berkaitan dengan negeri
Sabah dan Sarawak perlu di hantar terus ke ANGKASA Cawangan Sabah
dan Sarawak untuk di proses.
Jika borang tersebut diterima di
ibu Pejabat ANGKASA Kelana Jaya, pihak BPA akan mengembalikan semula
borang tersebut kepada pelanggan BPA untuk dihantar ke ANGKASA
Cawangan Sabah dan Sarawak.
Semua pelanggan BPA perlu
mematuhi arahan ini untuk mengelakkan kelewatan memproses
borang.
Arahan ini berkuatkuasa 1hb
Jun 2006.
Sekian, harap maklum
Terima kasih
|