Laman Web Rasmi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
   Profail dan Organisasi - Jatidiri & Manifesto   
   Organisasi ANGKASA
   Sejarah & Objektif
   Pengurusan ANGKASA
   Aktiviti & Kegiatan
   Organisasi & Carta
   Badan Puncak Koperasi
 
   Bahagian 4P  
   Bahagian Kewangan
   Pembangunan Usahawan
 
  Perkhidmatan ANGKASA
  Pendidikan B4P
   Kursus Wajib
   Pendidikan Ahli
   SEKKOP 1 2 3
   Khidmat Runding (PEKA)
   Pelancongan Koperasi
   Sekolah (PKS)
  Khidmat Urusan   Potongan Gaji BPA
   Khidmat Potongan Gaji
   Sistem Online ANGKASA
   Pekeliling Koperasi
  Perkhidmatan Lain
   Pinjaman Pendidikan
   Amanah Saham ANGKASA
 
  Direktori ANGKASA
   Direktori ANGKASA Negeri
   PETA Lokasi ANGKASA
   Direktori E-mel ANGKASA
 

 

JATI DIRI KOPERASI

DEFINISI
Sebuah koperasi adalah pertubuhan beroutonomi di mana anggotanya bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama dan aspirasi bersama di bidang ekonomi, sosial dan budaya, melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang terkawal secara demokrasi.

NILAI-NILAI
Koperasi adalah berasaskan nilai-nilai berdikari, bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi, kesamaan, kesaksamaan atau keadilan,perpaduan,kesetiaan dan bersatu hati. Selaras dengan tradisi pengasas gerakan itu, anggota koperasi menerima nilai-nilai etika, termasuk sadik, amanah, ketelusan, tanggungjawab sosial serta sikap prihatin terhadap orang lain.

PRINSIP-PRINSIP
Prinsip koperasi menjadi panduan untuk koperasi mengamalkan nilai-nilainya.

Prinsip Pertama : Keanggotaan Sukarela dan Terbuka
Koperasi adalah organisasi sukarela yang terbuka kepada semua orang yang boleh mengguna perkhidmatannya dan yang sedia menerima tanggungjawab keanggotaan tanpa diskriminasi jantina, lapisan masyarakat, bangsa,politik mahupun agama.

Prinsip Kedua : Kawalan Demokrasi oleh Anggota
Koperasi organisasi demokratik yang dikawal oleh anggotanya mengambil bahagian secara aktif didalam usaha menentukan dasar dan membuat keputusan. Lelaki dan wanita yang berkhidmat sebagai wakil yang dipilih bertanggungjawab kepada semua anggota. Didalam koperasi Asas, anggotanya mempunyai hak mengundi yang sama (iaitu satu ahli satu undi) dan koperasi-koperasi ditahap lain disusun secara demokrasi.

Prinsip Ketiga : Penglibatan Ekonomi oleh Anggota.
Setiap anggota menyumbangkan modal secara saksama dan mengawal modal koperasi itu secara demokrasi. Sekurang-kurangnya sebahagian daripada modal itu menjadi harta bersama koperasi itu. Pada umumnya anggota yang menyumbang modal sebagai syarat keanggotaan akan menerima pulangan terhad, jika ada. Anggota akan membahagikan lebihan atu keuntungan kepada tujuan berikut : memajukan koperasi mereka mungkin melalui rezab yang sebahagian daripadanya tidak boleh diagih-agihkan kepada anggota; memanfaatkan anggota mengikut nisbah urusniaga mereka dengan koperasi itu, dan membantu kegiatan lain yang dipersetujui oleh keanggotaan.

Prinsip Keempat : Outonomi dan Kebebasan.
Koperasi adalah organisasi berotonomi dan berdikari yang terkawal oleh anggotanya. Jika koperasi itu membuat perjanjian dengan organisasi lain, termasuk kerajaan, atau koperasi itu mendapatkan modal daripada sumber luar, maka ia harus memelihara prinsip kawalan demokrasi oleh keanggotaan sambil otonomi koperasi itu dikekalkan.

Prinsip Kelima : Pendidikan, Latihan dan Maklumat.
Koperasi menyediakan pendidikan dan latihan untuk anggotanya,wakil yang terpilih, pengurus serta kakitangan supaya mereka boleh menyumbang tenaga secara berkesan kepada pembangunan koperasi mereka. Koperasi memberi maklumat tentang sifat dan manfaat koperasi kepada rakyat umum dan khususnya kepada remaja dan pemimpin masyarakat.

Prinsip Keenam : Bekerjasama di antara Koperasi.
Koperasi berkhidmat kepada anggotanya dengan cara yang paling berkesan dan ia memperkukuhkan Gerakan Koperasi jikalau ia bekerja bersama-sama dengan struktur koperasi lain, setempat, nasional, serantau dan antarabangsa.

Prinsip Ketujuh : Berprihatin Terhadap Masyarakat.
Koperasi berusaha untuk mendapatkan pembangunan berkekalan bagi masyarakatnya melalui dasar-dasar yang dipersetujui oleh anggotanya.

( Jati Diri Koperasi yang diputuskan di Manchester, UK pada 24 September 1995)

 

MANIFESTO KOPERASI ANGKASA

Bahawasanya Gerakan Koperasi Malaysia yang didorongi oleh Badan Nasional, ANGKASA, mendokong cita-cita hendak:

  • Memelihara susunan kuasa yang demokrasi;
  • Mengembangkan seluas-luasnya masyarakat yang bercorak kerjasama;
  • Mencapai perpaduan yang erat dikalangan seluruh masyarakat;
  • Menghapuskan kemiskinan dan penindasan supaya kemakmuran ekonomi dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • Bekerjasama dengan pihak kerajaan demi kepentingan pembangunan ekonomi negara dan supaya tindakan penyusunan semula masyarakat Malaysia dapat dibantu sekuat mungkin oleh Gerakan Koperasi Malaysia;
  • Mengambil peranan yang dinamis dalam usaha pembangunan negara, istimewa di lapangan perindustrian dan perdagangan dan jika perlu bekerjasama dengan pihak pemodal swasta dengan cara yang membawa faedah kepada kedua-dua pihak selagi identiti dan prinsip-prinsip koperasi tidak terancam.

Maka anggota koperasi Malaysia harus berikrar menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan kepada prinsip-prinsip koperasi berikut:

1. Perjalanan secara demokrasi;
2. Keanggotaan sukarela;
3. Bayaran munasabah bagi untung atas saham;
4. Pemulangan keuntungan sebagai tambahan perkhidmatan kepada ahli,
    
tambahan modal atau mengikut pulangan atas langganan;
5. Pemberian balik modal mengikut pelaburan;
6. Kepentingan masyarakat mendahului kepentingan ahli;
7. Sikap neutral dalam politik dan agama;
8. Menggalakkan pendidikan; dan
9. Bekerjasama di semua peringkat koperasi.

Perlu disedari bahawa prinsip-prinsip koperasi pada asasnya bertentangan dengan prinsip permodalan swasta. Ini nyata dilapangan tujuan mencari dan membahagikan untung dan juga cara susunan kuasa di dalam organisasi. Dari itu tidak sabit diakal jikalau koperasi hendak digunakan sebagai alat atau tangga untuk menggalakkan sesuatu kumpulan orang masuk menjadi ahli permodalan swasta.

Perlu diketahui oleh seluruh anggota koperasi dan pemimpin negara umumnya, bahawa prinsip-prinsip koperasi itu adalah satu sistem yang berkaitan rapat antara satu sama lain. Satu-satunya tidak boleh diubah dengan tidak menimbulkan bahaya kerosakan atau penyelewengan bagi kesemua prinsip-prinsip itu. Namun demikian dari masa ke semasa mengikut kehendak keadaan ekonomi dan berdasarkan tujuan asasi koperasi, amalan prinsip itu boleh diubah dengan sewajarnya.

Yang demikian dari cita-cita dan prinsip-prinsip tersebut, Gerakan Koperasi adalah melakukan suatu peranan yang berkesan di dalam rangka usaha pembangunan ekonomi negara serta penyusunan semula masyarakat Malaysia.

 

24 Mei 1975 Persidangan Kebangsaan ANGKASA

 


Untuk paparan terbaik gunakan pelayar Internet Explorer IE4.0 ke atas dengan resolusi 800x600
All rights reserved for ANGKASA. Copyright © 2001
webmaster@angkasa.coop